
Pembunuh bersiri apabila di kaji adalah subjek yang menarik kerana cara mereka berfikir lain dari kita yang normal. Infografik di bawah menunjukkan beberapa pembunuh bersiri terkenal dan kajian yang telah di buat untuk memahami cara mereka berfikir.
https://www.criminaljusticedegreehub.com/serial-killers/
Insan Yang Lemah

5 tahun dahulu, Saat paling indah untuk Daud dan Wawa berubah menjadi tragedi selepas anak yang lahir itu meninggal. Selepas membuat persediaan yang lengkap, dari beli barang-barang bayi, cat bilik bayi warna-warna cerah dan macam-macam lagi, ia menguji kekuatan kami sebagai suami isteri. Kami insan yang lemah.
Sejak kejadian itu, hubungan aku dan Fifi mula renggang. Kami jarang bercakap. Fifi menjarakkan diri dari aku. Dia akan duduk berjam-jam dalam bilik bayi dan pegang baju bayi. Apabila aku cuba berborak dengannya, dia abai. Aku ingin dengan memberi ruang, dia akan keluar dari kemurungannya tapi ia menjadi lagi buruk. Bukan sahaja dia suka duduk dalam bilik, malah tidur. enggan mandi. enggan makan.
Aku cuba buat sesuatu. Aku cuba menegurnya. Tapi hari tu kami bergaduh besar. Segala macam ayat keluar. Aku rasa kesal. Dia juga tidak menahan. Dia menyalahkan aku. Kata aku tak beri kasih sayang sepenuhnya. Bagaimana aku nak beri kasih sayang? Dia tak lahir lagi. Aku tak pandai jaga isteri di saat memerlukan. Macam mana aku nal jaga di Macam-macam isu lah keluar. Kadang-kala isu tak ada kena mengena pun masuk dalam pergaduhan itu. Dua hari aku tak berborak dengan dia. Dua hari aku biarkan dia dalam bilik itu seorang diri.
Pagi itu aku rasa kesal. Aku fikir balik apa aku dah buat dan sedar aku dah buat banyak kesilapan. Aku sendiri tak tahu nak uruskan keadaan ini dengan baik. Aku nekad mulai hari ini, aku akan menyokong apa sahaja keputusannya.
Aku pun masuk bilik bayi. Fifi sedang memandang katil bayi. Aku terus meminta maaf atas kesilapan. Air mata mengalir. Aku berjanji akan sentiasa menyokong perbuatan Ffi.
Fifi meletakkan jari telunjuk di atas mulutnya dan memaksa aku diam. “Shhh. Anak kita sedang tidur.”
Aku mendekatkan diri ke katil. Ingin tahu apa dia pandang. Perlahan-lahan. Sampainya di katil, Fifi sudah menyalikan mainan patung dengan baju bayi. Di sini aku terbelah bagi. Perlu ke aku tegur dan mencetuskan satu lagi pergaduhan atau layankan dia sehingga dia sedar sendiri. Ini pilihan yang aku ambil… “Maaf sayang. Anak tidur tu, jom kita makan.”
Untuk pertama dia ikut aku pergi makan. Kami pun makan nasi kukus yang aku beli kat luar taman. Aku cuba tanya soalan, dia jawab. Dia seperti gembira. Sehingga kan aku berjaya nampak senyuman dari dia.
Mulai hari itu, aku layankan dia. Apa sahaja. Dia dah mula tidur semula dengan aku. Berani sentuh aku semula. Aku ingin kita akan kembali biasa, tapi kami sebenarnya dah jauh dari normal.
Satu malam, aku di kejutkan oleh bunyi guruh. Aku lihat isteri aku tidak ada di sebelah katil. Patung yang dia wakilkan sebagai patung ada di sebelah aku. Dia tak akan biarkan patung itu keseorangan. Aku pun keluar dari bilik sambil memanggilnya, “Sayang”.
Bunyi hujan dan guruh bermain-main di latar belakang sambil aku berjalan perlahan-lahan ke bilik bayi. Aku menolak pintu dan melihat dalamnya kosong.
Aku turun ke bawah sambil memanggil namanya lagi. Isteri ku di sofa sedang memeluk sesuatu. Badannya basah. Bajunya kotor. Aku menghampirinya. “Sayang…” sambil dengar bunyi guruh.
Sekali lagi aku panggil “Sayang…”
Apabila aku dekat dengannya, aku terkejut melihat isteri aku sedang menyusukan mayat anak kita. “Jangan bising. I tengah susukan anak kita.”
Keesokkan hari aku panggil hospital gila. Itu sahaja pilihan aku. Mayat itu di kebumikan semula. Kesilapan aku terakhir adalah aku tidak jaga isteri aku di hospital gila. Biar keluarganya yang uruskan. Aku jual rumah dan berhijrah ke Melbourne, Australia. Mula semula kehidupan baru di sana.
Sekarang aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Aku tak tahu apa terjadi dekat Fifi.
Seperti aku cakap, aku insan yang lemah.
Pembunuh bersiri Ted Bundy

Ted Bundy menggambarkan dirinya sebagai “anak lelaki paling kejam tidak berhati perut yang anda akan jumpa.” Jenayahnya pasti membuktikan kenyataan itu benar.

1974- Dalam masa 6 bulan, 6 pelajar perempuan telah di culik. Semakin hari semakin panik penduduk kawasan Washington dan Oregon. Polis tiada bukti dan tiada suspek utama sehinggalah di Lake Sammamish State Park. Dua lagi pelajar perempuan di culik. Tapi kali ini ada saksi. Mereka memberi gambaran penculik itu seorang yang kacak, menaiki Volkswagen coklat dan bernama Ted.
Setelah mendapat penerangan daripada saksi-saksi, polis kongsi info itu kepada orang ramai. Polis di hubungi mengenai seorang lelaki bernama Ted Bundy yang sesuai dengan kriteria penculik itu. Tetapi polis menolak Ted Bundy sebagai suspek, memikirkan tidak mungkin seorang pelajar undang-undang yang bersih tanpa rekod jenayah dewasa boleh menjadi suspek; dia tidak sesuai dengan profilnya.
Berpindah ke Utah
Oleh kerana Bundy tidak rasa selamat lagi, dia membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain. Bundy diterima di sekolah undang-undang di Utah, lalu terus berpindah ke Salt Lake City.
Sewaktu tinggal di sana, dia teruskan merogol dan membunuh pelajar-pelajar wanita. Bekas girlfriendnya, Elizabeth Kloepfer sedar bahawa Bundy telah berpindah ke Utah dan pembunuhan bersiri itu juga berpindah ke Utah. Dia menelefon polis untuk menegaskan bahawa Bundy adalah pembunuhan itu. Polis Utah mula mengekori Ted Bundy.
Tidak menyedari penguatkuasaan undang-undang sedang memerhatikannya, Bundy terus membunuh. Pada bulan Ogos 1975, Bundy ditahan polis semasa memandu melalui pinggir bandar Salt Lake City. Polis menemui topeng, gari dan objek tumpul di dalam keretanya. Walaupun ini tidak cukup untuk menangkapnya, sehinggalah mereka sedar Bundy merupakan suspek utama dalam pembunuhan bersiri yang melanda kawasan Salt Lake. Bundy di tangkap.

Sepandai-pandai tupai melompat
Tidak boleh dinafikan Ted Bundy seorang yang bijak. Semasa dia dalam tahanan polis, dia berjaya dua kali larikan diri. Kali pertama berlaku di Courthouse di Aspen, Colorado. Dia fikir apabila melarikan diri menghala ke gunung Aspen dia akan selamat. Dia silap. Bundy berputus asa dan menyerah diri kepada polis.
Kali kedua percubaan melarikan diri berlaku 6 bulan kemudian. Bundy menyedari bahawa selnya berada di bawah kuarters penjara. Selnya dan kuarters dipisahkan dengan sebuah ruang kecil di mana dia boleh merangkak keluar penjara. Ted Bundy berjaya melarikan diri. Kali ini Bundy mahu pindah ke Florida.
Di Florida dia membunuh berapa perempuan lagi dan seorang budak berumur 12 tahun Kimberly Diane Leach. Pembunuh bersiri kebiasaanya mengikut satu sistem, tetapi semasa Bundy di Florida, pembunuhannya agak terburu-buru dan tidak mengikut apa yang sepatutnya. Dia mula lalai.
Kelalaian itu membuatkan dia di tangkap semula dengan pihak polis. Kali ini dia tidak dapat membebaskan dirinya. Dia di jatuhkan hukuman mati. Ted Bundy di hukum mati dengan kejutan elektrik pada 24 Januari, 1984.

18 wanita menjadi mangsa perogol bersiri Malaysia, Lee Chow Meng

Pada tahun 1986 hingga 1987, Malaysia di kejutkan dengan kejadian 18 wanita di dadah dan di rogol manakala 5 dari mangsa itu di bunuh oleh perogol bersiri bernama Lee Chow Meng.
Berasal dari Mentakab, Pahang, Lee Chow Meng mula merogol mangsanya di sebabkan kekecewaannya dalam hubungan dengan teman wanitanya bernama Tiong Hwa. Cinta mereka berkembang dan Tiong Hwa mempelawa Chow Meng duduk serumah dengan dia. Namun begitu, hubungan mereka mula retak di sebabkan perangai Chow Meng yang suka berfoya-foya dengan wanita lain. Akhirnya Tiong Hwa tidak boleh terima lagi dan menamatkan hubungan mereka.
Kecewa dan marah, Chow Meng mula menanam perasaan benci terhadap perempuan. Perasaan itu mendorongnya untuk membalas dendam kepada kaum wanita dengan mengorat dan merogol perempuan untuk kepentingan nafsunya. Dia akan mencari mangsa di dalam iklan suratkhabar. Perempuan yang menyiarkan nombor mereka kerana kerja seperti penjual bunga dan guru tusyen akan menjadi mangsa Chow Meng.
Dia akan bertemu selalunya di kedai makanan segera dan di situ, dia akan membeli air dan memasukkan sejenis dadah di dalamnya sebelum mencadangkan mereka ke tempat lain sama ada dengan keretanya atau kereta mangsa. Dadah itu membuatkan mangsanya menjadi khayal dan menuruti katanya. Ini membolehkan dia memaksa mangsa menandatangani slip pembelian kad kredit dan memberitahu nombor pin mesin ATM, menyamun wang tunai dan barang kemas selain merogol mangsa. Untuk mengelakkan daripada perbuatan jenayahnya di bongkar, Chow Meng mengunakan berbagai-bagai alias dan dia juga tidak teragak-agak untuk bunuh jika perlu.
Polis cuba menangkap Chow Meng dengan menawar duit yang lumayan. Posternya pula di tampal merata Malaysia. Selama 10 tahun dia menjadi buruan polis.
Pada 28 ogos, 1997, Chow Meng cuba mengugut untuk menyebarkan gambar bogel salah seorang mangsanya. Mangsa itu membuat laporan polis. Chow Meng berjaya di tembak di peha ketika cubaan lari dari kepungan pihak polis.
Ketika dibicarakan atas kes bunuh, Chow Meng terselamat daripada hukuman gantung sampai mati tetapi terpaksa menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana pelbagai kesalahan lain.
Pada 30 Mac 2001, Chow Meng dikejarkan ke Hospital Taiping dan disahkan mati akibat kerana paru-paru telah dijangkiti kuman HIV.
Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 37 tahun, Chow Meng sempat meminta pihak Jabatan Penjara memasukkan dua buku panduan seks di dalam kerandanya. Permintaan itu dibenarkan Jabatan Penjara. Mayat Chow Meng akhirnya dibakar sebelum abunya ditabur di sebuah perkampungan nelayan di Perak.