Aku dan isteri aku sedang dalam perjalanan ke Kampung Bongor di Kedah. Atas sikit dari Baling. Esok, adik ipar aku akan berkahwin dengan orang sana. Keluarga isteri aku semua dah sampai homestay kat sana. Selepas habis kerja, kami terus bertolak.

Kami tiba di Baling rasanya dalam pukul 12 lebih. Lebih kurang 30-40 minit lagi dari Baling ke homestay kami. Isteri di sebelah sedang tidur.

Selepas bandar Baling, dia terjaga. Dia beritahu aku yang dia lapar. Aku dah pesan kat dia semasa kami di KL lagi untuk makan malam. Katanya nak diet. Sekarang nak cari kedai agak susah.

Dia tak habis-habis beritahu dia lapar, ini buat aku tak selesa. Aku beritahu dia kalau kita jumpa kedai nanti kita singgah. Tak lama kemudian, aku nampak sebuah kedai makan. Isteri aku paksa untuk berhenti di kedai itu. Aku pun parking tepi.

Kami memasuki kedai itu. Ada beberapa orang dekat dalam kedai itu. TV pun sedang buka perlawanan bola. Kami duduk. Seorang perempuan datang mengambil pesanan. Kami order Mee Udang dua, teh ais dua. Dia masuk ke dalam.

Aku mula lihat kawasan sekeliling. Aku perhatikan pelanggan-pelanggan di dalam kedai itu. Semua senyap. Tak berborak. Tak bergerak. Semasa Mo Salah jaring gol pun, tiada seorang yang bagi reaksi. Aku baru teringat, tiada sepatah perkataan pun dengar, dari pelayan dia mahupun pelanggannya. Masa tu meremang bulu roma aku. Tak nak takutkan isteri, aku berlakon seperti biasa.

IKLAN

Isteri sedang melihat phonenya dan beritahu tak ada line di sini. Aku pun mula perhati dalam dapur. Rasa pelik apabila lihat tukang masaknya seperti sedang berkemban. Keadaan kedai tu sangat bersih. Bau ia wangi. Ada bunga-bunga lawa di hias di luar kedai.

Sekali lagi Mo Salah jaring gol. Sekali lagi tidak ada reaksi dari sesiapa. Kali ini aku pasti ini bukan tempat biasa-biasa. Aku bisik kepada isteriku untuk tinggalkan kedai itu. Dia buat muka. Muka tak puas hati. Muka lapar. Mee Udang sampai. Hidangan mee udang itu juga pelik. Dia kerat dua udang dan bahagikan kepalanya kepada aku dan ekornya kepada isteri aku.

Semasa pelayan itu memberikan makanan, aku cuba perhatikan dia. Matanya sekali pun tidak memandang kami. Dia hanya letakkan makanan dan minuman lalu tinggalkan kami.

Isteri aku makan tanpa fikir apa-apa pelik walaupun udang itu di kerat dua. Dia beritahu aku mee udangnya sedap. Aku cuba buang perasaan pelik aku dan makan mee udang itu. Memang sedap. Isteri aku bungkus satu untuk bawa ke homestay. Mana tahu ada yang lapar di sana.

IKLAN

Selepas selesai, kami pun tinggalkan tempat itu. Tak lama kemudian kami tiba di homestay. Selepas berborak-borak, kami masuk tidur.

Keesokkan harinya, selepas upacara perkahwinan, aku teringat mee udang yang isteri aku bungkus terbiar di belakang seat kereta. Aku pergi ambil. Terkejut aku apabila lihat dalam tu bukan mee, tapi ulat sampah. Aku muntah tepi kereta.

Tak mahu isteri aku tahu, aku buang bungkusan itu. Aku minum air manis tak berhenti-henti. Dalam otak aku, apa yang aku makan semalam, mee ke ulat? Apabila terfikir, aku muntah semula.

Esoknya kami pulang ke KL. Isteri nak singgah kedai semalam. Dia kata dia rindu mee udang kedai tu. Apabila dia sebut je aku rasa nak muntah.

IKLAN

Sebenarnya badan aku dah tak sihat. Rasa nak demam. Badan menggigil. Aku minta aku pandu, aku di sebelah berselimut.

Isteri aku sampai ke kawasan kedai itu, dia berasa pelik, kedai itu tak ada. Hanya sebuah pondok yang lama terbiar ada di situ. Dia pasti sinilah tempat kedai makan mee udang itu. Aku beritahu dia, sambil berlakon, mungkin kedai tu depan lagi. Kalau tak dapat, tak ada rezeki la kot.

Isteri pun terus pandu sampai ke Baling.

Kami tak jumpa kedai itu. Sehingga hari ini aku tak beritahu apa yang aku fikir tentang kedai itu kepada isteri.

Aku tahu bahawa malam itu kita sudah masuk ke alam lain. Cuma harap apa yang kami kunyah pada malam itu bukan ulat sampah.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI