Selepas di berhentikan kerja dari kilang percetakan, Daud mendapat perkejaan baru sebagai pegawai keselamatan di sebuah sekolah berdekatan dengan rumahnya.

Sekolah ini lokasinya menarik. Ia di kelilingi oleh tiga perkuburan berlainan pada jarak yang dekat. Kubur orang cina, orang islam dan orang kristian. Jadi sekolah itu sentiasa menjadi tempat-tempat orang terserempak hantu.

Daud sebenarnya bukan lah berani sangat, tapi untuk keluarganya, dia terpaksa. Kerja ni pun sudah berbulan tak ada orang nak. Ada empat pekerja sebagai pengawal keselamatan. Setiap seminggu mereka tukar shift.

Minggu pertama dan kedua shift Daud pagi. Masuk minggu ketiga dia di tugaskan malam bersama seorang lagi pengawal keselamatan bernama Selamat.

Selamat sudah 8 tahun menjadi pengawal keselamatan di sekolah itu. Paling senior. Dia dah nampak macam-macam. Tapi Selamat tidak mahu takutkan Daud. Dia cuba perlahan-lahan sesuaikan diri Daud dengan suasana sekolah itu.

“Ya, sekolah ni berhantu. Tapi kalau kau tak ganggu ia, mereka pun tak ganggu kau.” kata Selamat. “Kau takut dengan Allah je cukup… Kau minat pancing?” Daud angguk kepala. Malam itu mereka borak tentang pancing.

Setiap sejam salah seorang mereka akan membuat pusingan ronda sekolah. Selamat ronda dulu. Sejam lepas tu Daud.

Jam menunjukkan pukul 1. Masa untuk Daud buat rondaan. Alhamdulillah setakat ni tak ada yang menakutkan. Sebelum mula rondanya, Selamat memberi pesanan, “Ingat pada tuhan.”

IKLAN

Dalam kepala Daud kenapa perlu Selamat kata begitu. Ini telah membuat Daud fikir bukan-bukan. Daud pun mula buat rondaan. Dia menghala ke Bangunan B. Sekolah itu mempunyai dua bangunan, setiap bangunan mempunyai 5 tingkat. Di antara bangunan, tempat perhimpunan dan kantin. Dewan dan padang bola belakang Bangunan A. Ia mengambil sekali pusing lebih kurang 20 minit.

Selepas selesai buat rondaan Bangunan B, Daud menghala ke Bangunan A. Dia lalu tempat perhimpunan. Tiba-tiba Daud rasa tak sedap hati. Bendera di perhimpunan berkibar di buai angin. Lampu berkelip-kelip rosak. Dengan lampu suluh di tangan kanan, Daud berjalan.

Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu berjalan di belakangnya. Seperti mengikutnya. Dia pusing kepalannya sambil suluh lampu. Tak ada apa-apa. Sekali lagi dia merasakan sesuatu di belakangnya. Sekali lagi Daud pusing dan suluh lampu. Masih tak ada apa-apa. Daud meneruskan perjalanannya.

Sampainya Bangunan A, salah satu pintu hempas kuat. Daud toleh ke arah pintu itu. Dalam otak Daud mungkin angin kot. Dia naik ke aras 5.

IKLAN

Daud mula berjalan di tingkat 5. Dia merasakan sesuatu yang tak selesa. Setiap bilik dia suluh lampu. Bilik terakhir dia suluh dia lihat seperti ada lembaga putih di dalamnya. Tak puas Daud suluh ke arah lembaga itu. Rupanya kain putih yang di tinggalkan oleh pelajar.

Daud buat rondaan di tingkat empat, tiga, dua dan satu. Tak ada apa-apa pelik berlaku. Daud membuat rondaan di aras bawah bangunan A. Sekali lagi Daud merasakan ada sesuatu di belakangnya. Apabila dia pusing, dia terserempak dengan pocong.

Badannya terikat dengan kain kapan yang berlumpur. Hanya kepala dia sahaja boleh Daud lihat. Pocong itu melompat ke arah Daud. Daud tak fikir apa-apa dah, dia berlari ke arah bilik pengawal. Lampu suluh terjatuh.

Sebelum sempat dia sampai, pocong itu ada di depannya. Daud terjatuh. Pocong itu melompat selangkah demi selangkah ke Daud.

IKLAN

Daud ingat pesanan Selamat. Daud berulang kali berkata sambil tutup mata, “Aku hanya takut kepada Allah, Aku hanya takut kepada Allah.”

Daud mula membaca ayat kursi. Matanya masih tutup. Dia merasakan sesuatu betul-betul di depan mukannya. Daud terus membaca ayat kursi.

Tak lama kemudian, perasaan sesuatu di depan mukannya mula hilang. Dia cuba membuka mata. Pocong itu dah tak ada. Daud bangun dan beranikan diri berlari ke pondok pengawal. Daud tercunggap-cunnggap.

“Kau nampak pocong ke?” tanya Selamat. Daud angguk. Selamat memberikan sesuatu. “Ni air kuatkan semangat kau balik.” Daud minum.

“Tu baru poocong kau nampak. Kau fikirlah masak-masak kalau kau nak sambung kerja kat sini.” kata Selamat.

Daud pun pulang ke rumah. Dia melihat keluarganya. Anaknya sedang tidur manakala isterinya sedang sediakan makanan pagi. “Bagaimana bang kerja semalam?” tanya isterinya. Daud tak jawab. Dia makan sarapan dan masuk tidur.

Malam itu Daud masuk berkerja.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI