Esah telah nekad untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Dia ingin memulakan hidup baru. Dia tak kenal sesiapa di KL kecuali kakak saudara dia, Tasha. Esah dan Tasha agak rapat. Dari kecil lagi mereka akan buat apa-apa bersama. Itu kenapa Esah nak sangat pindah ke sana.
Tasha tinggal bersama dua lagi rakan serumah di rumah yang mempunyai 4 bilik. Memang ada satu lagi bilik kosong, sudah di sediakan untuk Esah. Malam itu, Tasha sangat teruja dan tak sabar untuk berjumpa semula dengan saudaranya.
Dari Temerloh ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja. Jadi selepas makan malam, Tasha mula bertolak dengan motosikalnya. Dia sampai area Cheras lebih kurang pukul 12 malam. “Tasha, aku rasa aku hampir. Aku kat sebelah plaza pheonix.” kata Esah.
“Oh dah dekat tu. Depan plaza ada simpang ke kiri…” Tasha terangkan bagaimana nak sampai. Arahan Tasha sangat jelas, Sukar untuk tak faham.
Esah pun ikut arahan dan sampai ke kawasan perumahan Tasha. Semasa tu jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Dia menelefon semula Tasha “Wei. aku hampir sampai. Tunggu kat luar.” Tasha setuju.
Tasha sambung tunggang motosikalnya. Tak lama lepas tu dia nampak Tasha yang sedang menunggu di luar rumah. Esah angkat tangan, Tasha pun balas angkat tangan. Tasha pusing dan masuk ke dalam rumah. Esah pun ikut. Dia parking motosikalnya depan rumah. Esah buka pintu rumah. “Tasha,” Esah panggil. “Tasha. Mana kau pergi?”
Esah duduk di sofa sambil menunggu Tasha. 5 minit berlalu. Tasha tak muncul-muncul. “Tasha! Kau buat apa tu? Tak kan kau nak biarkan aku macam ni. Kenalkan aku dengan rumah kita ni.” Tiada jawapan. Esah menjadi lebih bingung. Dia bangun dan mencari Tasha. Dia pergi ke dapur. Tasha tak ada. Dia buka pintu tandas, Tasha tak ada. Setiap bilik dia dah buka, Tasha tak ada. Esah menelefon Tasha, “Wei, kau pergi mana? Aku duduk lama kat sofa ni?”
Tasha pelik, “Apa yang kau merepek ni. Aku tunggu lama kat luar rumah. Kau sesat ke?”
Esah jawab, “Aku kan dah sampai rumah.”
Tasha makin pelik, “Rumah siapa pulak kau masuk tu?”
Soalan tu mencetuskan persoalan kepada Esah. Dia keluar dari rumah. Tiba-tiba dia dengar bunyi hon sambil disuluh dengan lampu. Rupanya pegawal keselamatan menegur Esah, “Apa awak buat kat sini?”
Esah jawab, “Ni rumah saudara aku,” sambil tunjuk rumah di saudara dia.
Pengawal itu balas, “Rumah ni kosong. Mana ada orang tinggal.”
Pada mulanya Esah memang tak nampak apa-apa yang pelik, tapi apabila di tegur baru dia perasan, rumah yang dia masuk ini terbiar. Lampu tak bernyala. Dinding penuh conteng. Lalang depan rumah panjang. Jadi siapa yang dia nampak depan rumah tadi? Bulu roma Esah naik. “Mana satu rumah ini,” sambil tunjuk alamat rumah.
“Simpang satu lagi. Meh ikut saya,” kata pengawal itu.
Esah pun ikut. Tasha sudah tunggu di luar. “Kenapa bang?” tanya Tasha.
“Saudara kau ni masuk rumah terbiar tu.” kata pengawal.
“Oh. Rumah berhantu tu?” tanya Tasha. Esah dengar sahaja.
Pengawal tak jawab, dia terus beredar.
“Tasha. Aku betul-betul nampak kau tadi,” Esah jelaskan.
“Rumah tu memang keras sikit. Dah jom. Aku kenalkan housemate kau.” kata Tasha.
Mereka masuk ke dalam rumah.
Abang Ya seorang yang di geruni di Kelantan. Seorang gedebe yang amat di hormati. Apa sahaja dia cakap, walaupun salah, jangan betulkan kalau tak nak kena penampar. Abang Ya tak pernah ke KL. Dia tidak mahu ke KL. Tetapi sebab kawannya yang minta bantuannya, dia turun ke KL untuk mencari anaknya yang di culik. Dia di tempatkan di satu hotel besar. Abang Ya bangga dengan penghormatan yang di terima.
Abang Ya mahu makanan negerinya. Dia kata bahawa makanan di KL ni mengarut. Dia di bawa ke mamak, dia marah pekerja mamak kerana makanannya yang pahit. Padahal apa dia rasa adalah rempah. Bawanya pula ke western food. Dia minta nasi. Kedai tu tak ada nasi. Dia mengamuk. Dia minta driver kawannya bawa dia ke hotel. Dia akan makan kemudian. Sampainya di bilik dia menelefon anak buahnya yang tinggal di KL. Masalah paling besar, Anak buahnya tak tahu dia tinggal mana. Cara penjelasan Abang Ya yang berputar belit buatkan mereka tak faham. Mereka terpaksa tanya setiap hotel besar. Akhirnya mereka jumpa Abang Ya.
Abang Ya memperlawa mereka tidur bersamanya. Kedua-dua mereka menolak cara baik. Tak mahu lukakan hati Abang Ya. Sebenarnya mereka tahu Abang Ya ajak-ajak ayam.
Abang Ya cuba cari posisi untuk tidur, tapi tak boleh tidur. Dia berpusing dan berpusing. Dia tak puas hati, dia menelefon anak buahnya untuk ambil dia. Anak buahnya ikut perintah sahaja.
Abang Ya bising tentang hotel itu. Kata je hotel mahal, bantal lembut, aircond sejuk, banyak betul masalah. Abang Ya mahu tidur rumah anak buahnya. Kerana tidak berani menolak mereka setuju. Katil rumah anak buahnya sesuai dengan Abang Ya. Dia memuji-muji. Abang Ya masuk tidur.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Abang Ya terjaga dari tidur. Dia ingin ke tandas buang air kecil. Maklumlah umur dah makin tua. Masalahnya bilik air jauh dari bilik mereka. Dalam perjalanan ke tandas, dia merasa sesuatu yang memerhatinya. Abang Ya mula rasa takut. Abang Ya tiba merasa ada sesuatu berjalan di belakang dia. Abang Ya pusing. Tak ada apa-apa. Dengan pants dia masuk ke dalam bilik air. Baru nak buang air kecil, perutnya suruh buang air besar. Semasa dia cangkung, dia merasakan ada sesuatu lalu depannya. Kali ini dia nampak kelibat sesuatu. Meremang Abang Ya. Abang Ya tutp mata ketakuan. Tiba-tiba dia merasa ada susuatu sedang bernafas sebelah telinganya. Terkejutat. Abang Ya walaupun takut, dia terpaksa bertahan.
Tak lama kemudian dia dengar bunyi menggilai. Ini dia tak boleh bertahan lagi. Abang Ya cepat-cepat bersihkan diri dan cuba balik ke bilik. Sebaik sahaja buka pintu bilik air, dia melihat seorang wanita kat tepi cermin sedang bersikat rambut. Abang Ya ketakutan. Seluruh badannya kaku. Perempuan itu toleh dan pandang ke arah Abang Ya. Dalam otak Abang Ya arahkan kakinya untuk lari tapi kakinya tak mahu dengar arahan. Perempuan itu dengan rambut kusut, muka pucat, pakaian berkotor, perlahan-lahan bejalan menghala ke Abang Ya. Dia masih kaku, dia hanya dapat menutup matanya. Tangan perempuan itu ingin capai muka Abang Ya. Dia tak tahu nak buat apa. Hanya berserah.
Beberapa saat kemudian. Abang Ya merasakan perempuan itu sudah beredar. Dia buka mata. Melihat keadaan sebenar. Dengan sepantas kilia berlari ke bilik. Dia kejutkan anak buahnya. Dia suruh anak buahnya hantar balik ke hotel. Dia komplain rumah anak buahnya tak ada tilam. Sakit belakang. Anak buahnya ikut arahan dan hantar dia semula ke hotel.
Abang Ya tak kan beritahu apa terjadi dekat rumah anak buahnya. Reputasi dia akan terjejas. Tak kan Abang Ya yang hebat, yang tak takut mati, tapi takut dengan hantu.
Ghaffar, 49 tahun, seorang penoreh getah. Sejak muda itu sahaja dia tahu. Sekarang, dia sudah mempunyai 5 orang anak dan yang sulung telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Dua dari anaknya belajar Tahfiz Ghaffar bangga dengan anak-anaknya.
Pukul 4 pagi Ghaffar sudah bangun untuk bersiap sedia menoreh. Dengan basikal buruknya, Ghaffar mengayuh ke kebun getahnya.
Ghaffar telah mengunakan jalan sama. Tak pernah ubah. Peliknya, pagi ini, dalam perjalanan ke kebunnya, Ghaffar sesat. Dia tak tahu apa terjadi, camana dia boleh sesat. Adakah dia mula nyanyuk? Atau dia termasuk ke dunia bunian?
Gahffar meneruskan perjalanannya, harapan dia akan jumpa jalan yang dia kenal. Ketika itulah dia nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Ghaffar terus kejar. “Assalamualaikum bang…” jerit Ghaffar sambil mengayuh ke lelaki itu.
Semakin dekat, Gahffar nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Dari belakang nampak macam seorang penoreh juga. Ghaffar panggil sekali lagi, “Assalamualaikum bang…”
Lelaki itu berhentikan basikalnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Ghaffar. Terkejut Ghaffar apabila melihat mukanya. Lelaki itu mempunyai lubang di bahagian matanya. Dia memakai uniform tentera jepun. Dia juga ada sebilah pedang dan sepucuk senapang bersamanya. “Dōshite watashi o tomeru no?” tanya lelaki itu sambil mengacu senapangnya ke arah Ghaffar.
Ghaffar mengangkat tangannya. Sekali lagi lelaki itu tanya, “Dōshite watashi o tomeru no?”
Tak lama kemudia dua lagi hantu jepun muncul. Seorang tidak mempunyai kepala dan seorang lagi tidak mempunyai kaki sebelah. “Nani ga okimashita ka?” tanya hantu yang tak ada kaki sebelah.
Askar Jepun yang pertama menerangkan apa terjadi kepada kawannya. Ketiga-tiga mereka mengacu senapang mereka ke “Anatahadare? Supai?” Jepun yang tak ada kaki itu tanya kepada Ghaffar. “Anatahadare? Supai?”
Ghaffar tak faham. Jepun tu marah. Dia hentak bucu bawah senapangnya ke kepala Ghaffar.
Ghaffar pengsan.
Tak lama kemudian, Ghaffar mula sedar. Hantu-hantu jepun itu dah tak ada. Ghaffar dengar azan subuh. Dia bangun dan melihat keadaan sekeliling. Sekarang dia tahu di mana dia berada. Ghaffar tak tahu apa terjadi, di antara dia bermimpi atau dia benar-benar nampak hantu jepun tapi di kepalanya ada kesan lebam hentakan bucu senapang tadi.
Ini berlaku 10 tahun dahulu. Syam dan isterinya, Ira, tinggal di kampung. Semasa itu Ira berbadan dua. Sudah 7 bulan dia mengandung.
Kejadian ini berlaku semasa perjalanan mereka pulang dari rumah saudara. Rumah kami tak jauh. Dalam 10 minit kalau berjalan kaki. Syam ada motor. Malangnya malam itu motor Syam buat hal. Sebenarnya tak cadang pun lepak lama tapi sebab syok bercerita, mereka lupa jam dah hampir pukul 11 malam. Saudara Syam menawarkan diri untuk hantar tapi mereka tolak. Katanya bukan jauh sangat rumah.
Dalam perjalanan ke rumah, Ira menegur, “Bang, kat belakang tu ada cahaya”. Saya tanya cahaya apa. Ira terangkan bahawa sejak masuk jalan besar tadi, ada cahaya putih mengikuti mereka. Lalu Syam pusing kepala. Memang ada. Cahaya itu sedang bertebangan di atas sebuah pohon. Ira semakin takut. Dia dah lah mengandung. Takut ada apa-apa terjadi dengan bayi dalam perut. Syam beritahu isterinya untuk tunggu di sini. Ira tak mahu. Syam suruh Ira percaya dia. Ira pun ikut arahan.
Kata orang kalau nak lihat benda-benda ghaib, kita mesti berjalan tiga langkah, lalu pusing dan kangkang kaki. Selepas itu bongkokkan badan dan lihat dari celah kaki. Lalu, Syam melangkah… Satu…. Dua… Tiga… kemudian dia pusing dan kangkang kakinya. Dia bongkok dan melihat cahaya itu dari celah kaki. Terkejut dia apabila dapat tahu bahawa cahaya itu sebenarnya hantu penanggal. Dengan lidah yang panjang, hampir terkena bumi, matanya terbeliak, Ususnya tergantung dekat atas pohon sambil pandang tajam ke arah Ira.
Syam dengan perlahan-lahan menuju ke Ira, peluk dia dan memaksa Ira untuk berlari. Sambil lari baca ayat kursi. Ira mula panik. Syam cuba tenangkan Ira. Syam mengingatkan Ira untuk baca ayat kursi.
Kedua-dua mereka lari. Sambil lari sambil baca ayat kursi. Syam kesian dengan isterinya tapi dia terpaksa lari. Akhirnya mereka sampai ke rumah. Syam menoleh ke kiri ke kanan, cahaya itu dah hilang. Alhamdulillah, syukur. Syam lihat isterinya. Dia bawa isterinya masuk ke rumah dan berikan dia air kosong. Syam menelefon ustaz untuk bantu kuatkan semangat isterinya. Tak lama kemudian ustaz pun sampai. Dia beri air tangkal kepada Syam dan Ira.
Dua bulan kemudian, Ira melahirkan cahaya mata pertama mereka. Seorang budak lelaki. Syam tidak dapat menahan kegembiraannya. Dia menangis melihat anaknya itu. Syam sudah bergelar ayah.