Ini adalah sambungan dari cerita ‘Hantu Main Candy Crush’.
…”Dari tadi Kak Gee tunjuk hebat. Tempat ni keras Kak Gee. Dia tak ganggu kalau kita tak ganggu dia.” aku jawab. Kak Gee senyap je.
“Kak, cuba tengok belakang Mira.” tanya Mira. Apabila tengok, ada bekas cakar kat badan Mira. Bila masa pulak Mira di cakar. “Ni siapa yang cakar ni Mira?” tanya Kak Gee.
Sebelum sempat dia jawab Mira histeria. Dia menjerit ketakutan seperti nampak sesuatu. Badannya bergelut. Kami cuba pegang dia tapi gelutan dia amat kuat. Amira bukan lah besar sangat. Kurus. Tapi cara dia bergelut seperti bodybuilder. Sampaikan penolong pengurus di tolaknya.
Aku telefon ayah. Tanya siapa boleh tolong. Dia suruh aku call Wak Sudin. Aku pernah jumpa Wak Sudin, dia bomoh kampung berdekatan. Aku cuba menelefon Wak Sudin, tapi tidak dapat di hubungi. Aku suruh budak produksi membawa Amira masuk ke dalam van. Aku plan nak bawa dia jumpa Wak Sudin. Aku ingat-ingat lupa rumahnya tapi aku dah tak ada pilihan. Sebelum sempat di angkat, Amira melepaskan diri dan berlari keluar rumah. Kami kejar dia.
Sebelum sempat lari jauh, Salah seorang krew sempat tangkap dia.
Tiba-tiba Kak Gee menari. Dia menari seperti puteri zaman dulu. Matanya tidak berkelip, senyumannya menyeramkan. Tak tahu nak buat apa, kami biarkan dia menari.
Tak lama kemudian Amira mengikut tarian Kak Gee. Seperti melihat persembahan tapi seorang pun takut nak hentikan.
Sekali lagi aku telefon semula Wak Sudin. Tiada orang angkat.
Tarian mereka makin laju. Tak boleh tahan lagi, pengurus produksi menekam Kak Gee. Amira dan Kak Gee tumbang.
Tak lama kemudian Amira sedar. Kami berikan sebotol air untuk di minum. Salah seorang krew tanya apa yang Amira nampak. Amira enggan cakap. Dia senyap. Tapi matanya masih bergerak ke kiri ke kanan. Aku cuba ikut apa yang Amira sedang perhati.
Ads
“Lemas,” Amira beritahu dengan sesak nafas.
“Beri dia ruang. Dia susah bernafas,” aku mengarah. Semua orang ke belakang memberi Amira ruang.
Kak Gee pun sedar. Kami bagi dia air. Kami tanya Kak Gee apa berlaku. Dia tak ingat langsung. Apa yang dia ingat, semua orang sedang kejar Amira.
Tiba-tiba, “Badannya hitam. berbulu. matanya merah. Muka seperti manusia. Tinggi.”
Ads
Semua senyap. Sambung Amira, “Selepas akak tegur badan saya kena cakar, saya nampak lembaga hitam itu muncul dari belakang abang tadi” (sambil tunjuk kat kameraman).
Bulu roma kameraman meremang.
“Dia perlahan-perlahan datang menghala kat saya. Apabila dia pandang saya, satu badan rasa takut. Saya tak ingat langsung apa terjadi lepas tu. Sedar-sedar saya kat luar rumah” sambung Amira.
“Aku rasa kita cari tempat tinggal baru je.” salah seorang krew bersuara.
Apabila aku dengar kata tu, aku kena setuju. Malam itu kami membuat keputusan untuk batal pengambaran kami dan balik Kuala Lumpur. Setiap orang di beri dua hari rehat dan sambung kat Ulu Langat.
Setakat lalu, objek bergerak, di usik sikit, boleh lagi kuatkan semangat. Tapi selepas kejadian itu, aku sendiri takut nak ke Dusun Indah. Itu la kali terakhir aku ke sana.
Kemain lagi Ari, sejak nak kahwin dia bertungkus lumus nak nampak badannya dalam keadaan fit. Setiap malam dia pergi ke Gym berdekatan rumahnya.
Dia ajak aku. Pada mulanya aku malas, tapi di pujuk berkali-kali, aku terpasa bersetuju.
Pemilik gym ni adalah abang saudara Ari. Apabila Ari memberitahu dia belum habis lagi, abang saudaranya memberi kunci gym. Aku nak balik, badan dah letih.Kalai nak balik sangat, Ari suruh aku balik dulu tapi aku tak sanggup tinggalkan kawan aku. Aku pergi ke bilik sauna manakala Ari menerus angkat beratnya.
Aku duduk dalm bilik sauna seorang diri. Seminit je badan aku dah berpeluh. Tiba-tiba aku nampak sesuatu lalu depan aku. Tak jelas. Cuma kelibatnya sahaja. Takut, aku terus keluar dari bilik sauna. Ari masih angkat berat. “Ri, aku rasa aku nampak hantu la.” aku beritahu dia.
“Merepek la kau.” Ari jawab.
“Dah la. Aku nak nak makan kat kedai bawah. Bila kau nak habis ni?” aku tanya.
“Entah, 30 minit lagi kot.” Ari jawab.
Aku pun masuk ke dalam bilik persiapan. Aku mandi. Aku salin. Aku terduduk sekejap. Jam dah tunjuk pukul 11.30 malam. Berdentum bunyi salah satu loker dalam bilik itu. Ia nak bermain-main pulak. Aku tak nak main, aku cepat-cepat siap dan keluar dari bilik persalinan. Aku angkat tangan dan membuat signal aku tunggu di bawah. Ari angguk.
Sebaik sahaja aku nak keluar gym, hantu itu lalu belakang aku sambil mencuit bandan aku. Tak nak pandang belakang aku terus keluar ddari gym.
Ari baru habis angkat berat. Dia terduduk di gym itu. Tiba-tiba pemberat 5 kg terbang. Ari terkejut. Tak lama kemudian, 5 kg itu jatuh ke lantai. Pemberat 10 kg pula terbang. Kali ini Ari terus angkat kaki dan berlari ke bilik persiapan.
Dia cepat-cepat mandi dan memakai baju. Buuummm… Bunyi locker di ketuk. Sekali lagi. Dan sekali lagi. Dan sekali lagi. “Wei, jangan takutkan aku,” Ari beritahu.
Tiba-tiba hantu itu muncul depan Ari. Hantu itu bertubuh lelaki, rambut panjang. Tidak berwajah. Ari pegsan melihat hantu itu.
Ari bangun. Dia sudah berada di hospital. Aku beritahu apabila aku naik, kau dah pengsan. Aku menelefon ambulan. Abang saudara Ari ada di situ. Dia beritahu memang ada penunggu kat gym.
Tak lama kemudian kami beredar. Ari adjust katilnya. Naikkan suhu aircond. Tutup tv.
Ari dah bersedia nak tidur. Apabila dia tutup matanya, dia terasa di sentuh di badannya. Ari takut nak buka mata. Sekali lagi dia rasa badannya di sentuh. Ari buka matanya. Tak boleh tahan nak tahu apa terjadi. Apabila dia buka je, dia nampak hantu yang sama berdiri sebelah nya. Hantu gym itu ikut Ari sampai ke hospital.
Setiap malam aku akan jog di sebuah taman berdekatan dengan aku. Maklumlah, siang hari aku kerja. Sabtu dan ahad pun Kadang-kadang busy.
Dua minggu lagi aku akan sertai marathon. Biasanya aku jog seminggu tiga kali, tapi sebab marathon ni, aku cuba jog tiap-tiap malam.
Malam ini, khamis malam jumaat, aku ingin cuba jog di sebuah taman lain. Jarang aku ke situ, tapi taman tu lebih luas.
Sebelum jog aku stretch dulu. Aku perhatikan tak ada selain aku di taman itu.
Aku pun mula jog. Selepas dua pusingan aku rehat sebenar. Aku lihat keliling tak masih tak ada orang. Tak la pelik, tapi kalau kat taman dekat rumah aku tu, mesti ada orang jog sekali dengan aku. Kat sini, sepi.
Aku mula kan pusingan ketiga. Kali ini aku jog aku perasan ada seorang perempuan berjogging juga. Dia memakai pakaian sukan jadi aku tak ada la suspek apa-apa.
Semasa jog itu aku perasan tali kasut aku terbuka. Aku berhenti dan mengikatnya. Apabila aku pandang belakang, perempuan itu pun berhenti. Aku pun tengok muka dia dan senyum tapi apabila dia senyum balik, matanya terbeliak dan senyuman agak menakutkan.
Ia menaikkan curiga aku tapi tak ada terfikir sampai perempuan tu hantu. Mungkin dia takut jog sorang dan apabila nampak aku, dia rasa selamat. Tapi senyuman dia tu tak boleh aku lupa kan.
Aku pun jog semula, dia juga sambung jog. Aku pusing ke belakang sekali lagi, aku terkejut melihat cara dia berlari. Kepalanya memandang ke langit, mulutnya ternganga. Mata aku memandang ke kakinya dan aku dapati dia bukan berlari tapi mengelongsor.
Masa tu satu badan aku meremang. Aku dari berjogging terus lari pecut ke kereta. Aku masuk kereta, kunci pintu. Aku padang kiri kanan, perempuan tu dah tak ada. Leha badan.
Aku pun start enjin dan kereta aku. Sambil pandu aku adjust rear mirror aku, terkejut aku apabila perempuan tu sedang duduk di belakang seat kereta sedang seyum sambil matanya terbeliak.
Ramai tegur berat aku dah naik. Aku pun perasan. Dulu, masa zaman sekolah, aku aktif sukan. Badminton. Rugbi. Berat badan masa tu baru 72 kg. Sekarang, dah masuk universiti ni, berat badan aku dah naik 87 kg. 15 kg dalam masa setahun. Banyak sangat makan jajan.
Dengan semangat berkobar-kobar untuk kuruskan badan, aku memutuskan untuk mendaki bukit. Selalunya orang akan berjogging dulu, cari stamina, tapi aku bukan seperti orang biasa… kononnya.
Permulaan Mendaki Bukit
Berdekatan rumah aku ada bukit. Zaman sekolah dulu memang selalu je mendaki di situ. Dah lebih setahun tak jejak. Dengar cerita dah ada pangkin atas tu. Dengan semangat berkobar, aku mula mendaki.
Orang degil macam aku memang cari nahas. Sebaik sampai di puncak, kaki aku mula kejang. Tak boleh berjalan, aku rehatkan kakiku kat pangkin baru. Ada lah beberapa orang pendaki cuba bantu, tapi aku tolak dengan cara paling sopan sekali, “saya ok bang.”
Matahari pun hampir terbenam. Kaki ku rasa dah cukup rehat untuk turun semula. Tak mahu lah duduk dalam hutan ni sampai gelap, aku bergesa turun ke bawah. Sebaik sahaja sampai di parkir kereta, azan berkumandang.
Kejadian Seram di Rumah
Di bilik, aku terbaring keletihan sambil memandang dinding siling aku. Tak lama kemudian, makku ketuk pintu, “Tak ada orang kat rumah. Ayah dan mak pergi wedding. Makanan ada kat dapur tu.”
Aku hanya balas dengan bunyi “Hmmm…”.
“Dah malam dah. Pergi mandi!” kata mak aku.
Malas nak mandi aku terus ke dapur. Dalam perjalanan ke dapur, aku perasan beranda di rumah aku terbuka luas. Aku sangkakan ayah dan mak belum bertolak lagi. Aku pun menutup pintu beranda sambil memanggil keluarga, “Mak! Ayah!” Tiada ada orang jawab.
Mungkin mereka lupa tutup kot. Aku pun ambil makanan yang ditinggalkan oleh mak dan bawa ke ruang tamu sambil menonton ulangan Maharaja Lawak Mega. Tiba-tiba pintu bilik ayah dan mak diketuk. “Ayah! Mak!” Sekali lagi tiada orang jawab.
Pertemuan Dengan Makhluk Ghaib
Tok…Tok…Tok…
“Siapa tu?” Bunyi itu berhenti. Mood aku pontong. Hilang selera makan. Baru angkat je makanan dari meja, meja tu bergerak. Berlari aku dari situ. Rasanya aku tak sentuh pun meja tu.
Aku bergegas ke paip dapur, basuh tangan dan cuci pinggan. Semasa aku basuh pinggan, aku merasakan sesuatu sedang memerhatikan diri ku dari belakang. Apabila aku toleh, tak ada sesiapa. Keadaan menjadi lebih seram apabila pintu tandas pula diketuk.
Tok…Tok…Tok…
Aku beranikan diri. Aku cuba buka pintu tandas itu. Perlahan-lahan aku berjalan ke tandas. Sebelum sampai, bunyi itu berhenti. Tiba-tiba aku dengar bunyi kaki diseret. Tapi aku tak nampak apa-apa. Hanya bunyi. Makin dekat, makin kuat bunyi. Bunyi itu betul-betul dekat dengan aku. Tapi aku masih tak nampak apa-apa.
Makhluk ghaib itu tiba-tiba mengilai. Baru aku sedar, ia di atas siling. Aku perlahan-lahan angkat kepala, sebuah lembaga hitam seperti bayang-bayang, matanya merah memerhati aku. Ia mengilai untuk kali terakhir dan lesap.
Makhluk Ghaib Ikut Pulang
Tak lama kemudian ayah dan mak pulang. Mak lihat aku tercengang di lantai dapur. “Kau apasal tak mandi lagi? Dah pukul berapa ni?”
Aku buat seperti tak ada benda berlaku. Aku ambil tuala dan pergi mandi.
Aku pasti makhluk ghaib ni ikut aku balik dari mendaki tadi. Pada mulanya aku berdiam diri. Tapi ia berulang setiap kali aku seorang di rumah. Tak tahan, aku beritahu kat ayahku. Dia panggil kawan ustaznya untuk menghalau makhluk ghaib itu.