Aku masuk lambat ke dalam bilik. Ustaz Shahrul telah mula baca ayat-ayat ruqyah. Fuad seperti tak tenteram. Gelisah. Ke kiri. Ke kanan. Mata nya memandang tak tahu ke mana. Tiba-tiba dia jerit…
Jin: KAU TIDAK HIDUP BERTAHUN-TAHUN! KAMI HIDUP LAMA!
Fuad kononnya ingin menuntut ilmu. Mencari pelindung katanya. Tapi tak tahu apa terjadi. Jin dah rasuk dia. Aku bawa dia jumpa Ustaz Shahrul untuk berubat.
Aku ni bukan tahu sangat tentang dunia ghaib. Jadi kalau ada tersilap jangan marah. Aku tulis apa aku perhatikan.
Ustaz Shahrul terus baca ayat-ayat ruqyah sehingga habis.
Jin: IBLIS! IBLIS!
Ustaz: Siapa kau? Mengapa kau dalam badan dia?
Jin itu senyap.
Ustaz: Siapa kau? Mengapa kau dalam badan dia?
Jin: AKU SAKSI KEPADA KEBINASAAN KAUM KAU!
Ustaz: Siapa kau?
Jin: AKU HIDUP DARI ZAMAN SULAIMAN!
Ustaz: Mengapa kau dalam badan dia?
Jin: SIAPA KAU ANAK? APA KAU MAHU DARI AKU?
(rasanya dia cakap begitu. Aku tidak beberapa pasti)
Ustaz: Saya mahu kau keluar dari tubuh ini kerana dia saudara kami sesama muslim. Sesama muslim bersaudara. Kalau kau sakiti dia bermakna kau sakiti aku.
Jin: DIA YANG PANGGIL AKU! KAU SIAPA?
Ustaz: Kau itu siapa? Aku ini hamba Allah. Pengikut Nabi Muhammad.
Ads
Jin: AKU TAHU SULAIMAN! BUKAN SELEPASNYA!
Ustaz: Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah. Bertaubatlah.
JIN: SIAPA DIA? SIAPA MUHAMMAD? BUKTIKAN!!
Ustaz: Muhammad adalah utusan Allah.
JIN: MANA DIA? MANA? AKU KENAL SULAIMAN SAJA!
Ustaz Shahrul pegang badan Fuad. Dia seperti tak selesa.
Jin: AKAN AKU PATAH LELAKI INI!
(selagi lagi aku tak berapa pasti apa dia kata)
Ustaz: Ilmu kau ilmu syaitan, tiada kekuatannya dengan Al-Quran
Jin: KAU NAK APA DARI AKU?
Ustaz: Bertaubat
Ads
Jin: AKU TAK TAHU NABI MU! NABI SULAIMAN AKU TAHU!
Ustaz itu pegang kepala Fuad. Dia memandang tajam ke arah aku. Lalu dia bersujud.
JIN: AKU TAHU CAHAYA! AKU NAK TAHU SIAPA MUHAMMAD!
Ustaz: Muhammad persuruh Allah. Muhammad nabi terakhir. Ikut aku. Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
JIN: Ash-hadu alla ilaha illallah… SIAPA MUHAMMAD? SULAIMAN AKU TAHU! CAHAYA AKU TAHU! SIAPA MUHAMMAD?
Ustaz: Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
Muka Fuad masih ragu-ragu. Dia memandang kiri dan kanan.
Jin:Ash-hadu alla ilaha illallah…
Ustaz:wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
Jin:wa ash-hadu anna…
Ads
Ustaz: ..Muhammadar-Rasulullah.
Jin:Muhammadar-Rasulullah.
Ustaz:Ash-hadu alla ilaha illallah,wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
Jin: Ash-hadu alla ilaha illallah,wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
Ustaz: Syukur. Sekarang kau sudah memeluk Islam. Siapa nama kau?
Jin: Idris.
Ustaz: Saudara Idris. Kau dan aku saudara sama Islam, maka itu kau tidak boleh menyakiti saudara Islam mu. Termasuk dia. Boleh?
Jin itu angguk.
Ustaz: Kau berjanji?
Jin: Ya.
Ustaz berbisik sesuatu kepada Fuad, aku tak beberapa dengar. Fuad cuba muntah sesuatu keluar dari mulutnya. Ustaz itu menepuk belakang Fuad. Tak lama kemudian Jin itu keluar dari badan Fuad. Dia nampak lemah. Aku bersyukur member aku dah balik pulih. Ustaz pesan kepada Fuad, jangan main-main dengan ilmu ni jika tak kuat ilmu di dada.
Kasyaf adalah kebolehan seseorang untuk melihat makhluk ghaib dan dunia. Alam yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Kita juga sebut ia sebagai terbuka hijab.
Kasyaf juga bermaksud terbuka (tabir pemisahan antara hamba dengan penciptanya). Dengan izin Allah S.W.T. seseorang itu mampu melihat perkara yang tidak dapat lihat dari manusia biasa.
Rasulullah bertanya kepada Jibril, “Wahai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
Pandangan kita terdiri dengan beberapa lapisan hijab. Apabila hijab paling luar terbuka, maka kita upaya melihat alam jin. Alam roh, malaikat, syurga neraka dan seterusnya.
Dikatakan ada 70 000 hijab yang menutup di antara kita dengan Allah manakala hijab yang menutup antara Allah dengan kita adalah tiada.
Kasyaf Haq adalah pemberian Allah S.W.T. kepada seseorang dengan membuka tabir untuk melihat atau mengetahu perkara yang ghaib. Kasyaf Haq tidak melibatkan bantuan jin. Kasyaf terbahagi kepada dua jenis, Kasyaf tanpa di minta dan Kasyaf yang di minta.
Kasyaf tanpa di minta merupakan pemberian dari Allah. Allah telah membuka tabir baginya untuk melihat atau mengetahui alam ghaib.
Kasyaf yang di minta adalah apabila di anugerahkan kasyaf kepada seseorang yang meminta dari Allah. Kebiasaannya para mukasyafah (orang-orang yang kasyaf) yang telah di ajar oleh guru mereka melalui jalan tarekat atau tassawuf. Para Mukasyafah telah melalui riadah-riadah kerohanian. Kebiasaannya juga, mereka tidaklah bertujuan untuk mencari kehebatan dan kelebihan dunia tetapi ingin Ma’rifatullah (mengenal Allah), dan mencapai tahap keimanan yang paling unggul.
Tahap-tahap keimanan adalah Ilmu Yakin, keyakinan terhadap ilmu, Ainul Yakin, keyakinan berdasarkan penglihatan, Haqqul Yakin, keyakinan yang Haq dan tidak bergoyah dan Haqqul Yakin, keyakinan sebenar yang hakiki.
Sesiapa yang mendapat kurniaan kasyaf perlu menjaganya sebagai satu anugerah dan ujian di mana jangan riak dan sombong dengan kasyaf.
Sebelum kubur Siti Aminah atau lebih di kenali dengan nama Siti Jalang, di cantikkan dan di jaga oleh pentadbir kawasan Kota Tinggi, Johor, ia sebuah kubur terbiar di belakang sebuah kilang papan.
Azmi anak jati. suka sejarah. Apabila dia dapat tahu tentang Siti Aminah, Azmi mengajak kawannya, Fezrul teman dia melawat kubur itu. Pada masa itu landmarknya hanyalah kilang papan.
Semasa ini, Kota Tinggi belum membangun sepenuhnya. Kedai fast food yang ada semasa tu hanyalah Marrybrown. Tak silap hotel pun ada satu je yang operasi.
Kami makan di Marrybrown. Ini pertama kali kedua-dua mereka me cuba fast food dan mereka suka.
Selepas penuh kan perut, mereka pun bertolak mencari kubur Siti Aminah.
Mereka tiba di kilang papan dan tanya pekerjanya mana kubur Siti Aminah. Salah seorang pekerja kilang membawa mereka ke kubur.
Di situ mereka nampak sebuah batu nisan tanpa nama di bawah sebuah pokok. Pekerja kilang itu terangkan bahawa ini la di kat akan kubur Siti Aminah. Tauke kilang ni jaga kubur ni, sejak itu syarikatnya maju. Pekerja kilang itu meninggal kan kami untuk lihat lebih kubur itu.
Azmi memerhati kubur itu dengan penuh semangat. Fezrul pula macam tak puas hati, “Ini je?”.
“Kau bayangkan camana?” tanya Azmi.
Sambil goyangkan dahan pokok Fezrul jawab, “Entah. Lebih dari ini.” Lalu Fezrul ludah kat tepi kubur.
Azmi lihat sahaja perangai kawannya. Dia langsung tak hormati kubur itu. “Sayang pentadbir tak jaga kubur bersejarah ni.”
“Buat apa nak membazir kat Jalang ni,” tegas Fezrul.
Mereka balik ke Johor Bharu. Azmi hantar Fezrul di rumahnya. “Esok futsal pukul berapa?” tanya Azmi.
“9. Ambil aku?” jawab Fezrul.
Azmi angguk dan beredar dari situ. Fezrul masuk ke rumahnya. Tiba badannya lemah. Kepalanya berpusing. “Kau dah balik?” tanya ibunya yang sedang menglipat baju. Fezrul angguk dan terus masuk ke dalam bilik.
Badannya panas, kepalanya yang pening, tiba-tiba berubah seperti rasa di cocok-cocok. Tiba-tiba Fezrul rasa nak muntah. Dia berlari ke tandas. Fezrul muntah darah.” Fezrul? Fezrul? Kau demam ke?” tanya ibunya.
Fezrul keluar. “Fezrul ok.” Tak nak risau kan ibunya, dia menipu. Fezrul membuka peti ais dan makan panadol. “Pening kepala sikit je,” kata Fezrul.
Dia baring kat katilnya. Ibunya pun masuk tidur. Kepala dia mencocok-cocok. Badannya sejuk walaupun tak buka aircond. Satu badan dia selimut. Fazrul sempat lihat badannya. Dia perasan dia boleh nampak uratnya terkeluar. Fezrul memaksa dirinya untuk tidur.
Di dalam mimpinya dia bertemu dengan seorang perempuan yang hodoh. Dia meludah kat Fezrul. Tiba-tiba seekor kala jengking keluar dari tangan perempuan itu. Kala jengking itu menarik badan Fezrul dan sengat guna ekornya.
Fezrul bangun dari tidur. Badannya rasa pedih seperti di sengat kala jengking.
Fezrul menelefon Azmi dan ajak dia ke kubur Siti Aminah. “Aku rasa dia sumpah aku” kata Fezrul.
Pagi tu mereka melawat semula kubur Siti Aminah. Fezrul meminta maaf menghina Siti Aminah. Dalam perjalanan pulang, Fezrul bertambah pulih. Pukul 9, mereka main sempat main futsal.
Ulek Mayang berasal dari Terengganu, satu tarian yang terkenal kerana kaitannya dengan alam mistik. Ulek Mayang di katakan bermula ratusan tahun dahulu. Ia sebenarnya sebuah mentera yang di nyanyikan untuk menghalau roh laut yang jahat. Lagenda menyatakan sekumpulan nelayan telah keluar ke laut. Di tengah laut, tiba-tiba sebuah ribut yang kuat memukul perahu mereka lalu mereka tercampak ke laut. Dalam keadaan yang cemas, laut yang masih bergelora, mereka menyerah sahaja nasib mereka.
Selepas reda laut, kesemua nelayan di hanyut ke pantai. Seorang demi seorang terjaga. Hanya seorang sahaja yang tak terjaga. Mereka percaya bahawa jasadnya ada d sini tapi jiwanya terperangkap di alam lain. Mereka meminta bantuan bomoh untuk mengembalikan kawan mereka. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Seorang puteri bunian ingin menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh itu cuba mengembalikan nelayan itu ke dunia nyata tetapi di halang oleh puteri bunian. Pertarungan menjadi senget apabila seorang demi seorang adik beradik puteri bunian (hingga 6 orang) datang membantunya.
Akhirnya Puteri Sulung muncul, puter ke-7, muncul. Paling cantik, bijak dan kuat antara mereka. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
“aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat”. – kata Puteri sulung. Tanda terima kasih, bomoh itu menyerahkan nasi berwarna kepada puteri-puteri bunian. Nelayan itu sedar tidak lama kemudian.
Dahulu, lagu Ulek Mayang akan disertakan bersama tarian. Ritual ini selalunya dilakukan di kawasan tepi pantai yang digunakan sebagai kaedah untuk merawat penyakit seseorang. Biasanya penyakit-penyakit mistik seperti kerasukan, tidak sedar diri dan lain-lain.
Namun zaman sudah berubah, tarian dan lagu Ulek Mayang kini dijadikan sebagai persembahan budaya ketika majlis-majlis tertentu.
Lirik lagu Ulek Mayang
mayang ku ulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ulek mayang diulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggol sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong Puteri empat bersanggol sendeng Puteri empat bersubang gading Puteri empat berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong Puteri enam bersanggol sendeng Puteri enam bersubang gading Puteri enam berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong Puteri tujuh bersanggol sendeng Puteri tujuh bersubang gading Puteri tujuh berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu Yang laut balik ke laut Yang darat balik ke darat Nasi berwarna hamba sembahkan Umbok mayang ku umbok Umbok dengan jala jemala Pulih mayang ku pulih Pulih balik sedia kala