Ini peristiwa seram yang di sampaikan oleh kawan semasa dia kena jaga isterinya di hospital.
Ia berlaku dua bulan lepas. Satu hari badan isterinya panas dan tak bermaya. Apabila dia bawa ke klinik, mereka suruh bawa ke hospital sebab dia suspek kena denggi. Di hospital, mereka ambil darah untuk buat ujian dan memang betul, dia mengidap penyakit denggi.
Hospital ini membenarkan seorang ahli keluarga untuk teman jadi Nabil mengambil kesempatan itu untuk menjaga isterinya. Nasib baik mereka belum ada anak lagi.
Jam menunjukkan pukul 1130 malam. Isterinya sedang berehat. Nabil nak turun bawah hisap rokok sekejap. Tangannya tak berhenti main PUBG. Semasa dia lalu depan kaunter jururawat, dia terlanggar kerusi. Nasib bunyinya tak kuat tapi semua jururawat yang ada kat kaunter itu berhenti bergerak dan kepala mereka berpusing ke arah Nabil. Tak lama kemudian, mereka gelak. Ketua jururawat minta mereka perlahankan suara. Nabil meminta maaf.
Sampainya di lif, dengan tangan memegang handphone, dia tekan butang di lif. Katanya dia pasti dia tekan tingkat G, tapi yang buka tingkat LG.
Kalau ke G, kamu akan pergi ke lobi, LG ke bilik mayat.
Kerana terlalu taksub dengan PUBG, dia berada di tingkat LG pun tak perasan. Nabil berjalan sehingga dia sampai ke bilik mayat. Masa tu dia baru sedar dia berada di salah tingkat. Nabil patah balik ke arah dia datang. Dia rasa dia sudah jalan arah yang betul, tapi dia sampai ke bilik mayat semula. Dia cuba sekali lagi dan masih sampai di bilik mayat yang sama. Empat kali dia cuba. Empat kali berakhir di bilik mayat.
Akhirnya Nabil memutuskan untuk guna tangga kecemasan. Sebaik dia buka, Nabil dengar tapak kaki seperti seseorang sedang turun tangga. “Hello…?” kata Nabil.
Tiada orang jawab. Bunyi tapak kaki pun hilang. Seram sejuk dirinya rasa. Baru sahaja nak naik tangga, bunyi pula cakaran di dinding. Tak jadi nak naik.
Nabil terpinga-pinga di depan pintu kecemasan. Tak tahu nak berjalan ke arah mana. Tiba-tiba ternampak benda hitam melintas dengan laju. Nabil berjalan ke arah bertentangan. Tiba-tiba rasa seram sejuk di belakang badan. Meremang bulu roma. Bila toleh ke belakang, tiada apa-apa.
Tak lama kemudian, Nabil dengar orang bunyi roda bergerak. Sayup-sayup dia dengar. Nabil terhenti langkahnya. Bunyi itu makin kuat, makin dekat. Semakin gelisah dibuatnya.
Muncul seorang lelaki yang sedang menolak katil orang mayat. Di atas katil itu, tertutup sesuatu dengan selimut. Dia menolak ke arah Nabil.
Nabil ragu-ragu, antara lelaki yang tolak itu manusia atau bukan. Lelaki itu lalu sebelah seperti Nabil tidak wujud. Nabil tak berani menegur. Semasa dia di sebelah Nabil, dia percaya dia nampak di bawah selimut itu bergerak. Sebaik sahaja lelaki itu di belakangnya, Nabil belari ke depan.
Suara itu makin lama, makin hilang. Dia lari sampai ke lif dengan tidak sengaja. Dia tekan aras dua balik ke wad di mana isterinya berada. Oleh kerana takut sangat, dia tak jadi hisap rokok dan berhenti main PUBG.
Keesokkan harinya, isterinya bertambah pulih, Nabil pula jatuh sakit.
Setiap hari ke kerja aku akan mengunakan perkhimatan lrt. Jarak rumah ke lrt tidak jauh. Di sebabkan itu aku jarang mengunakan motor ke kerja. Ya la, masuk KL jam. Walaupun guna motor. Lebih selamat guna lrt.
Satu hari aku terpaksa balik lambat. Tidak pernah selambat ini. Aku terpaksa mengambil tren terakhir untuk balik. Dari KLCC ke Kelana Jaya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit dalam tren.
Tak ramai dalam tren. Aku rasa ada 4 orang termasuk aku.
Seorang-seorang penumpang tinggalkan tren. Sehinggalah aku seorang. Perhentian berikutnya, Dang Wangi, ada seorang perempuan masuk ke dalam tren. Dia berpakaian serba merah. Rambutnya hitam panjang. Aku tak nampak sangat mukanya. Tapi aku boleh nampak mulutnya. Dia seperti memandang aku dan memberi sedikit senyuman.
Pada awalnya aku tak mahu fikir apa-apa pelik. Aku pura-pura sambung tengok handphone aku. Tapi biasalah, apabila perangai lelaki dah keluar, aku nak cuba ngorat perempuan itu. Mana lagi aku dapat peluang macam ni. Sorang-sorang dengan perempuan, macam jodoh. Lagi bila dia senyum kat aku, mesti dia minat.
Aku pun mula langkah aku. Aku bangun dari tempat duduk sambil main handphone. Aku dekati dia. “Hi” sambil duduk sebelah dia. Sekali lagi dia senyum kat aku. Kali ini aku nampak lebih jelas sikit mulutnya. Bibir dia merah.
Aku pun terus tanya, “Awak nak ke mana?” Dia tak jawab. “Bahaya jalan seorang-seorang.” Dia masih senyap. Dalam otak aku fikir main susah nak dapat pulak minah ni.
Aku sambung main handphone. “Awak…” akhirnya dia berkata.
“Nama saya Fuad.” aku balas. “Siapa nama awak?”
“Sudi tak awak teman ke rumah saya?” dia tanya.
Perempuan dah ajak balik, aku sudilah. Jangan lepaskan peluang keemasan. “Boleh je. Awak tinggal kat mana?”
“Tu.” dia jawab. Stesen berikutnya Abdullah Hukum. Alamak, jauh pulak dari rumah aku. Takpela. Ada grab. Aku pun angguk.
Sampai lrt Abdullah Hukum dia tak bangun. “Kata ni stesen awak?” Dia terus diam. Lrt tu mula jalan. Aku jadi pelik. Sebaik dia jalan, perempuan tu bangun. Aku tengok je dia. Dia berjalan ke pintu keluar dan toleh ke arah aku. Dia senyum. Aku terkedu. Tak lama kemudian dia lalu tembus pintu itu dan ghaib.
Satu badan aku meremang. Apa yang aku baru lalui.
Keesokkan harinya aku demam. Sejak hari itu aku trauma naik lrt.
Aku teringat lagi sebuah kisah yang di ceritakan dari mulut ke mulut. Mengisahkan seorang DJ yang mendapat panggilan lebih seram dari biasa. Kisah ini di katakan benar berlaku kerana ia berkait dengan seorang DJ 90an bernama Isma Halil Hamzah. Nama Isma memang terkenal dengan cerita seram pada waktu malam. Ramai juga yang menjadi saksi panggilan itu, maklumlah ia sedang bersiaran live.
Seperti biasa, pendengar akan menelefonnya dan mencerita pengalaman seram mereka. Pada malam itu, seorang lelaki menelefonnya dan ingin mencerita pengalamannya.
Pemanggil itu terus bercerita dia sedang memandu malam di satu lebuhraya bersama isteri, anak, dan kedua-dua orang tuanya. Tapi hanya dia sahaja yang masih belum tidur. Pemanggil tu kata dia dalam keadaan yang sangat mengantuk sambil memandu.
Dalam keadaan yang mengantuk, pemanggil itu memberitahu tiba-tiba ada satu lori yang hanya ada satu lampu yang menyala setentang dengan keretanya lalu melintasi keretanya. Tapi yang hairannya lori tersebut di lorong yang songsang di lebuh raya. Lori itu muncul beberapa kali dari hadapan hingga lah tiba-tiba dia muncul dari belakang. Pemanggil itu kata, dia mula panik dan takut dengan gangguan lori terbabit. Dia asyik menumpukan perhatian pada lori dibelakang sehingga dia tidak sedari ada satu lagi lori muncul dihadapannya. Dia elak lalu terbabas masuk ke dalam gaung.
Selapas pemanggil tu mengatakan dia jatuh ke dalam gaung itu, dia mengatakan dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya meninggal dunia, juga anaknya di ikuti isterinya. Akhir sekali dia mengatakan dia juga mati di tempat kejadian. Talian terputus! DJ radio berkenaan cuba memanggil beberapa kali dan ianya tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, semua kembali seperti biasa.
Keesokkan harinya, sebuah artikel di akhbar menceritakan berita mengenai kemalangan di kawasan yang sama berlaku di radio malam semalam. Mangsa yang mati juga serupa dengan gambaran yang di berikan, seorang lelaki dan seorang perempuan, seorang kanak-kanak dan dua orang warga emas. Sesiapa yang mendengar live semalam amat terkejut apabila dapat tahu. DJ Isma juga terkejut. Dia terus mencari rakaman itu. Apabila dia playback, rakaman itu kosong. Seperti tidak pernah berlaku.
“Kamal, dah magrib. Masuk rumah sekarang, nanti kena culik dengan hantu kopek.” Itulah pesanan ibu aku. Banyak lagi pesanan ibu seperti “jangan makan pindah randah nanti kahwin banyak atau jangan potong kuku waktu malam, nanti hantu datang”. Macam-macam. Semasa kecil aku akan patut dengan pesanan-pesanan ibu tapi bila aku masuk remaja, pesanan dia menjadi bunyi yang mengjengkelkan.
“Kamal oi… masuk, nak magrib. Nanti hantu kopek datang” kata ibu.Han
“Merepek je ibu ni.” aku sambung pancing ikan depan rumah.
Beberapa tahun kemudian aku berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Isteri aku cuba pesan seperti mana ibu aku lakukan dulu, tapi aku bantah. “Biarlah dia nak main.”
Satu hari anak aku sedang main kat luar. Magrib tiba. “Saad, masuk. Dah magrib. Tak baik main kat luar.” kata isteri.
Aku yang sedang tonton TV, memarahi isteri aku.
“Dia belum mandi lagi tu bang.” kata isteri.
“Biar la dulu. Bukan dia boleh keluar dari rumah pun, gate kan dah kunci.” aku balas. “Awak pergi mandi dulu.”
Isteri aku pun pergi mandi. Saad terus main di luar. Aku sambung tonton TV.
Tak lama kemudian isteri aku keluar dari bilik. Dia dah siap mandi. “Mana Saad?” isteri aku tanya.
“Kat luar lagi” aku jawab. Isteri aku geleng kepala dan terus mencari Saad. “Ya Allah bang! Mari sini! Cepat!” isteri aku menjerit.
“Apasal kau menjerit?” aku memarahi isteri aku. Apabila aku keluar rumah, terkejut aku melihat anak aku di luar gate bersama makhluk halus berwajah perempuan tua, gemuk dan t*t*knya layut berjuntai ke bawah.
Tiba-tiba aku teringat, ini lah hantu kopek yang ibu selalu pesan. Wujud rupanya hantu ini. Ingatkan selama ni pesanan ibu itu untuk menakut-nakutkan aku untuk masuk rumah.
Saad berada di antara ke dua-dua t*t*k hantu kopek itu. “Ayah, Saad takut.” kata Saad.
“Bang, buat sesuatu!” isteri aku paksa. Aku nak buat apa. Aku sendiri pun tak tahu.
“Nek, tolong pulangkan Saad kepada kami.” kata isteri. Hantu kopek itu senyum. Isteri aku sambung. “Nek nak apa sebagai pertukaran?”
Azan berkumandang. Hantu itu tiba-tiba gelisah. Telinganya panas mendegar ayats suci Al-Quran. Tiba-tiba dia hilang.
Aku terus membuka gate rumah rumah dan tarik Saad masuk ke dalam rumah.
Keesokkan hari aku ke kubur ibu aku. “Ibu. Maafkan Kamal kerana selama ini Kamal tak dengar pesanan ibu.” Aku buka dan baca surah Yasin.