Pada umur aku 17 tahun, 10 tahun lepas, aku termasuk ke dunia bunian. Ini kisahnya.
Sejak kecil aku telah mendapat pelajaran Al Quran. Alhamdulillah, umur aku 15 tahun aku dah hafal Al Quran. Aku sekali sekala akan dapat panggilan untuk membaca Al Quran di rumah orang. Tak banyak, tapi cukupla. Aku ni pun bukan dari keluarga yang kaya. Duit itu aku guna untuk beli barang-barang sekolah, kalau ada lebih, baju seluar baru.
Dari sekolah berjalan kaki ke rumah, lebih kurang 20 minit. Ada aktiviti sekolah memaksa aku pulang lambat sikit. Aku berjalan kaki balik ke rumah, di belakang aku ada seorang lelaki ikut sama arah aku jalan.
Lelaki itu lalu tepi aku dan berkata, “Nak, tunggu jap.” Aku pun berhenti. Lelaki itu sambung, “Nak hafal Al Quran kan? Pakcik pernah dengar.”
Aku jawab, “Ya cik”.
Lelaki itu sambung, “Alhamdulillah. Boleh tak anak datang ke rumah pakcik dan baca Al Quran”.
Ads
Saya setuju. Saya pun ambil butir-butir dari lelaki itu.
Sejak itu aku kerap ke rumah lelaki ini untuk baca Al Quran. Setiap kali baca, dia akan bayar aku. Dia juga sentiasa sediakan hidangan yang lazat. Oleh sebab itu, aku dan pakcik ni dah macam keluarga. Ibu bapa aku dah kenal dengan dia. Dia juga banyak tolong aku. Jika aku perlukan duit, dia akan tolong secara ikhlas. Dia tahu keluarga aku bukannya kaya. Pada mulanya aku segan. Ibu aku pun larang mengambil duit dari dia. Akhirnya aku terimaa je tanpa pengetahuan ibu aku.
Satu hari aku jalan kaki ke rumah lelaki itu lambat sikit sebab ibu minta tolong sesuatu. Aku berjalan seperti biasa. Di satu simpang, aku ke kiri. Ke sebuah jalan kecil. Jalan ni aku biasa lalu, jadi tak ada fikir-fikir apa.
Ads
Semasa aku berjalan di jalan sempit itu , aku merasakan jalan ni agak panjang. Aku ikut jalan itu, tapi masih tak jumpa kesudahan.
Magrib dah tiba, rumah lelaki itu masih tidak nampak. Macam dah lebih kira-kira 40minit berjalan. Aku mula rasa risau.
Akhirnya aku nampak sebuah surau. Pada awal tak terfikir mana datang surau ini, sebab jalan tu sepatutnya tak ada. Tapi memandangkan dah masuk waktu magrib, aku pun masuk.
Ads
Selepas sembahyang, ada orang menghampiri aku. Dia tanya, “dik nak join kami baca?”
Aku angguk. Kami pun baca dan terus mebaca. Tak sangka apabila aku habis sembahyang, seorang lelaki mengedarkan buku Yasin. Dia menerangkan ada baca-baca sedikit. Aku terfikir tentang lelaki itu, aku menolak secara baik. Aku pun keluar dari surau itu selepas. Aku berjalan dua tiga langkah dan aku boleh nampak rumah lelaki itu tetapi apabila aku toleh belakang, surau itu dah tak ada. Hilang.
Baru sekarang aku terfikir, mana ada surau kat jalan ini. Aku terus ke rumah lelaki itu. Apabila aku tengok jam, waktu magrib baru nak masuk. Aku dengar bang untuk kali kedua.
“Kenapa dengan kau Toriq?” tanya lelaki itu.
“Saya rasa saya termasuk ke alam bunian.” aku jawab.
Masyarakat Toraja di Sulawesi Selatan, Indonesia mempunyai pandangan unik tentang kematian. Bagi mereka, kematian bukanlah sesuatu yang menakutkan, tetapi sebahagian daripada kehidupan. Penghormatan kepada si mati dilakukan dengan penuh perhatian untuk membantu perjalanan roh mereka ke puya (akhirat).
Siapakah Masyarakat Toraja?
Masyarakat Toraja adalah penduduk asli di wilayah selatan Sulawesi, kawasan bergunung dengan iklim tropika. Sehingga kedatangan Belanda, mereka hampir tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar. Walaupun majoriti kini beragama Kristian, mereka masih berpegang kepada kepercayaan animisme dan menghormati nenek moyang mereka yang dipercayai turun dari syurga.
Menjaga Si Mati
Sebelum dikebumikan, mayat akan dijaga di rumah dan dianggap sebagai Makula (orang sakit). Dulu, tubuh dibalut dengan selimut, dijaga dengan api membara serta cecair herba. Kini, mayat dipelihara menggunakan suntikan formalin. Mayat diletakkan di bilik khas menghadap selatan kerana masyarakat Toraja percaya arah itu menuju syurga. Inilah salah satu tradisi istimewa masyarakat Toraja.
Pengkebumian Toraja: Rambu Solo
Rambu Solo ialah upacara pengkebumian besar-besaran yang melibatkan seluruh kampung. Ia diadakan pada bulan Ogos atau September dan boleh berlangsung selama beberapa hari hingga berminggu-minggu. Dalam upacara ini, ada doa, tarian, nyanyian, korban kerbau, dan perlawanan kerbau. Lebih banyak kerbau yang dikorbankan, semakin cepat roh si mati dipercayai menuju ke puya.
Makam di Tebing dan Tau Tau
Mayat biasanya dibawa ke makam di tebing yang boleh mencapai setinggi 100 kaki. Semakin tinggi makamnya, semakin tinggi status sosialnya. Di hadapan makam, diletakkan Tau Tau iaitu ukiran kayu atau bambu menyerupai si mati. Untuk bayi pula, mereka dimakamkan di dalam batang pokok berongga yang ditutup dengan pintu gentian sawit. Ini melambangkan kembalinya roh bayi kepada alam semula jadi.
Ma’nane: Pengebumian Kedua
Salah satu tradisi luar biasa masyarakat Toraja ialah Ma’nane atau “pengebumian kedua”. Mayat dikeluarkan dari kubur, dibersihkan, dipakaikan pakaian baru, dan diraikan bersama keluarga. Generasi muda berpeluang berhubung dengan nenek moyang mereka, bahkan ada yang bergambar atau merokok bersama mayat. Amalan ini mengingatkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada komuniti yang terus bersambung dari generasi ke generasi.
Kesimpulan
Tradisi masyarakat Toraja bukan sekadar ritual kematian, tetapi simbol ikatan kekeluargaan, penghormatan nenek moyang, dan keyakinan rohani. Keunikan ini menjadikan budaya Toraja sebagai salah satu warisan dunia yang menakjubkan.
Pengkebumian Toraja adalah antara tradisi paling unik di dunia.
Benarkah haiwan peliharaan dapat lihat makhluk ghaib? Setengah orang percaya bahawa haiwan peliharaan memiliki indra keenam, yang membuat mereka boleh nampak makhluk ghaib. Haiwan juga di percayai dapat merasakan sesuatu bencana akan berlaku. Kejadian seperti berpuluribuan ikan akan berenang ke pantai atau berpuluh-puluh ribu burung bertebangan di langit untuk memberi amaran tentang tsunami atau bencana alam lain.
Ini adalah tanda-tanda haiwan boleh melihat makhluk ghaib.
MEMBUAT BISING SEPERTI TERNAMPAK SESUATU
Apabila haiwan perliharaan ternampak sesuatu yang mata kita tak nampak, pada awalnya mereka akan membuat bising. Anjing akan menyalak, ayam akan berkokok di malam hari, kucing akan mengilai sambil mengeraskan badannya. Tanda-tanda ini menunjukkan kehadiran makhluk ghaib di rumah.
MENGIKUT SESUATU GHAIB
Apabila haiwan perliharaan ternampak sesuatu itu dengan jelas, ia akan tertarik untuk mengejar makhluk ghaib itu. Seperti anjing yang sedang baring, tiba-tiba bangun dan mengejar sesuatu.
BERGULING-GULING DI LANTAI
Selalunya anjing akan tiba-tiba berguling seakan-akan sedang bermain dengan seseorang tetapi tidak ada orang berdekatannya. Hati-hati, mungkin dia sedang bermain dengan hantu.
CUBA SEMBUNYI DI BELAKANG TUANNYA
Haiwan perliharaan juga mempunyai perasaan takut. Apabila tiba-tiba telinga kucing dan anjing terkatup tanpa sebab, bererti ia sedang takut dengan sesuatu yang dia lihat. Lalu ia akan sembunyi di belakang tuannya.
Malam Jumaat Kliwon merupakan malam yang penuh energi magis dalam budaya masyarakat Jawa. Sejak turun-temurun, malam ini diyakini sebagai waktu yang keramat, di mana berbagai ritual mistik dan tradisi spiritual dijalankan. Dalam kepercayaan Jawa, malam tersebut bukan hanya dianggap menyeramkan, tetapi juga memiliki nilai spiritual yang mendalam.
Makna Malam Jumaat Kliwon dalam Kalender Jawa
Dalam kalender Jawa atau primbon, terdapat hanya lima hari iaitu Legi, Pahing, Pon, Wage, dan Kliwon. Apabila Khamis malam Jumaat bertemu dengan Wage malam Kliwon, maka itulah yang disebut sebagai Malam Jumaat Kliwon. Malam ini dianggap sangat keramat dan istimewa dalam tradisi masyarakat Jawa.
Kepercayaan Kematian
Salah satu kepercayaan masyarakat Jawa ialah apabila seseorang meninggal pada Malam Jumaat Kliwon, ia dianggap sebagai tanda kebaikan. Bukan sahaja di mata orang Jawa, malah juga dalam pandangan sebahagian umat Muslim. Orang yang meninggal pada malam tersebut seringkali dianggap sebagai insan yang baik.
Menurut tradisi, jenazah yang meninggal pada malam ini akan dijaga selama 40 hari. Penjagaan ini dilakukan untuk menghindari pencurian anggota tubuh oleh pihak tertentu yang menggunakannya bagi amalan ilmu hitam.
Tradisi Penyambutan Roh
Kepercayaan lain yang masih dipegang ialah bahawa roh orang yang meninggal diberi kesempatan untuk pulang ke rumah pada Malam Jumaat Kliwon. Oleh itu, masyarakat Jawa akan melakukan upacara yang disebut ‘penyambutan’, iaitu dengan menyediakan sajian makanan kegemaran si arwah semasa hidupnya.
Puasa dan Ritual Spiritual
Antara tradisi spiritual yang sering dilakukan adalah puasa 40 hari yang mesti dimulai pada Malam Jumaat Kliwon. Amalan ini diyakini mampu memperkuat spiritual seseorang dan memberikan ketenangan batin.
Malam Keramat dan Pantang Larang
Bagi masyarakat Jawa, anak-anak kecil biasanya tidak dibenarkan keluar rumah pada Malam Jumaat Kliwon. Mereka percaya malam tersebut adalah saat makhluk halus berkeliaran. Walau dianggap menyeramkan, hakikatnya ia tetap dilihat sebagai malam yang penuh keberkahan dan keramat.
Kesimpulan
Kepercayaan terhadap Malam Jumaat Kliwon masih kuat diamalkan sehingga kini. Ia bukan sahaja membawa unsur mistik, tetapi juga melambangkan hubungan erat masyarakat Jawa dengan nilai spiritual, tradisi, dan warisan leluhur mereka.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.