Sudah dua tahun berkahwin, ini kali pertama aku balik raya ke kampung isteri aku di Tapah. Tahun lepas tak sempat beraya, isteri dalam pantang. Untuk mengelak jam, kami buat keputusan balik selepas berbuka puasa. Harapannya semua orang balik siang hari. Realiti, semua berfikir macam aku. Memang jam lah nak ke utara. 2 jam dalam kereta, exit Tanjung Malim pun tak sampai lagi. Anak aku dah mula ragam. Dah tak selesa. Eh ork Eh ork dah berbunyi. Biasalah, muka isteri pun mula stress. Bukan salah aku jalan nak jem. Tapi biasalah, aku juga kena salah oleh isteri. Patut gerak pagi la. itu la. ini la.

Selepas 30 minit mendengar dia membebel, kami pun tiba exit Tanjung Malim. Kami exit  dan guna jalan dalam. Okla, moving sikit. Beza dengan highway. Anak pun dah tidur. Isteri  main handphone. Aku boleh pandu dengan tenang. Buka lagu raya, baru nak nyanyi, isteri tak bagi, katanya anak tidur. Aku slow balik lagu.

Tak lama kemudian, mata aku  mula ngantuk. Tengok di sebelah, isteri aku dah lama tidur. Aku cari tempat rehat. Kena kopi pun cantik. Segarkan mata. Aku jumpa kedai minum. Aku biarkan isteri dan anak dalam kereta. Aku keluar seorang. Kedai ni macam kedai makan kampung biasa, ala… lampu lip lap kat luar kedai. Aku tengok kiri kanan, rupanya aku seorang je kat kedai tu. Kat kaunter seorang lelaki pandang je aku. Aku tunggu dia ambil order, tapi tak beranjak pun dari kaunter. Sekejap lagi seorang anak dara keluar dari belakang. Perghh, cun juga. Perempuan cantik kampung, cun dia lain macam. Tak perlu make up, baju pun biasa-biasa je. Kalau kau tanya aku, compare dengan isteri aku, mestilah isteri aku lagi cun. Jangan salah faham, aku sayang isteri aku. Perempuan ni jadilah time mata ngatuk. ‘Order apa bang’…. Ya Allah. Sejuk hati aku sambil jawab, ‘Kopi’. Dia tanya lagi, ‘Makan?’. Sebenarnya aku dah kenyang, tapi sebab dia, aku order mee goreng. Dia senyum dan masuk dalam. Lelaki kat kaunter tu masuk sekali dalam.

IKLAN

Aku lihat sekeliling, tak ada rumah yang berdekatan. Lain macam kedai ni sebenarnya kalau di fikirkan. Tak lama kemudian perempuan tu bawa keluar kopi dan mee goreng aku. Laju gak. Ya lah, aku seorang sahaja di sini. Perempuan tu tanya aku asal mana. Aku jawab aku orang KL. Tak pasal-pasal dia nak berborak sambil duduk depan aku. Terkejut aku. Mungkin tak ada orang nak borak kot. Aku pandang ke kereta, isteri aku masih tidur. Aku fikir aku bukan buat apa pun borak je. Kami terus borak kosong.

Tak lama kemudian aku minta secawan kopi lagi. Macam berat je nak tinggalkan kedai ni. Aku keep on order tak berhenti. Macam syok borak dengan perempuan tu. Tiba-tiba aku dengar hon kuat. Aku pandang belakang isteri aku dalam kereta hon tak berhenti. Selepas selesai bayar aku terus ke kereta. Isteri aku tak berhenti hon. Aku masuk kereta dan lihat anak aku menangis. Aku pandu sambil marah kat dia sebab tak berhenti hon. Kali ini dia tak melawan. Selalu ada je, nak balas. Dia senyap sepanjang perjalanan.

IKLAN

Kami pun tiba kat kampung. Isteri masih senyap. Dia merajuk kot dengan aku. Aku cuba minta maaf. Tapi dia tak layan.

Keesokkan hari isteri aku duduk sebelah aku. Dengan lemah lembut, dia beritahu semasa dia terjaga dari tidur, dia nampak aku sedang mengcungkil-cungkil sesuatu sambil di perhati oleh seekor mahluk berpakaian putih. Dia takut nak keluar. So, dia terus hon sampai aku sedar. Muka dia lega. Agaknya dia takut nak cakap.

IKLAN

Aku tak tahu nak percaya ke tidak. Rasanya ada kebenaran dalam kata-kata isteri aku. Tapi… entahlah. Sepanjang raya aku terfikir tentang apa terjadi.

Semasa kami nak pulang ke KL, aku nekad untuk lalu jalan sama. Aku berharap sangat kedai makan yang aku singgah itu wujud. Tibanya di kawasan tu memang tak ada langsung kedai makan, malah, hutan belukar kiri kanan. Aku tak tahu apa sebenarnya terjadi tapi itulah kisah yang aku lalui sehari sebelum raya.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI