Abang Yus seorang pemandu teksi. Hampir 20 tahun dia bekerja sebagai pemandu teksi. Malam ini seperti malam-malam biasa. Tiada yang aneh. Cuma malam ini Abang Yus kena hantar seorang lelaki di area Kemensah. Abang Yus jarang ke sana. Dia tak lah familiar sangat. Selepas hantar lelaki itu, Abang Yus mencari jalan keluar dari Kemensah. Dalam perjalanan, dia di tahan oleh seorang perempuan. Abang Yus fikir bagus juga ada penumpang. Rezeki jangan di tolak.

Selalunya apabila dia ambil orang, penumpang itu akan duduk belakang, lagi-lagi perempuan. Tapi kali ini perempuan tu duduk depan. Tiada yang aneh tentang perempuan ni, rambutnya sampai ke leher, bajunya tshirt hitam, berseluar jean. Abang Yus tanya nak ke mana. Dia jawab, nak ke Selayang. Abang Yus gembira, kerana senanglah untuk dia, lepas hantar perempuan ni dia boleh balik terus. Rumah Abang Yus dekat stadium Selayang.

Abang Yus sambung tanya Selayang belah mana, perempuan itu pun bagi arahan. Jauh sikit tapi okla. Dalam perjalanan, perempuan ini suka jeling ke belakang teksi Abang Yus. Abang Yus pun tak berapa selesa, dia pandang ke belakang tapi tak ada benda.

Sampai jalan utama, Abang Yus nak buang air kecil, dia minta kebenaran untuk berhenti sekejap di stesen minyak. Perempuan tu setuju. Dia pun nak beli air. Selepas Abang Yus buang air kecil, dia lihat perempuan tu dah masuk dalam kereta. Tapi kali ini dia duduk di belakang. Abang Yus cuba tegur dia, “eh, duduk belakang pulak”. Kali ini dia tidak jawab. Abang Yus anggap mungkin perempuan itu penat. Sampai di traffic light, Abang Yus terpaksa berhenti kerana lampu merah. Abang Yus pun jeling ke cermin tapi kali ini perempuan itu macam lain macam. Tak sedap hati Abang Yus.

IKLAN

Abang Yus buat tak tahu pada mulanya. Dia pun terus pandu. Tiba-tiba dia terdengar bunyi pelik. Abang Yus toleh ke belakang tapi tak ada apa-apa. Dia tanya kepada perempuan itu kalau dia dengar juga. Tapi perempuan itu tidak jawab. Tiba-tiba Abang Yus meremang. Dia cuba cari station radio yang baca surah Al-Quran tapi tak jumpa.

Satu lagi traffic light Abang Yus terpaksa berhenti. Abang Yus dengar bunyi yang sama. Dia jeling ke belakang. Perempuan itu makin pelik. Abang Yus tutup mata dan selawat tiga kali. Apabila dia buka mata, dia jeling semula ke belakang, perempuan itu dah hilang.

IKLAN

Abang Yus percaya bahawa perempuan yang duduk belakang teksinya bukan perempuan yang sama semasa dia ambil di Kemensah. Abang Yus patah balik ke stesen minyak tadi. Memang betul perempuan itu masih di situ.

Abang Yus pun angkut perempuan tadi. Perempuan itu tanya, “Abang pergi mana?” Abang Yus tak tahu nak jawab apa. Dia hanya minta maaf kerana kononnya dia terlupa dia ada penumpang. Perempuan itu rasa pelik. Dia pun naik teksi.

IKLAN

Dalam perjalanan perempuan itu menjeling ke belakang, Abang Yus memberitahu, “Jangan takut, benda tu dah tak ada lagi”. Dia toleh Abang Yus dan buat tak tahu.

Abang Yus hantar dia ke destinasinya lalu dia pun balik. Abang Yus percaya bahawa perempuan itu nampak seorang lagi penumpang di belakang teksi tapi dia tak mahu tegur takut penumpang itu bukan manusia.

Menumpang mahkluk halus di Kemensah

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI