Bahar jatuh cinta dengan seorang janda. Rambutnya pendek, matanya bulat. Selalu pakai lipstik merah. Badannya berisi tapi tak gemuk. Dia liar walaupun sudah ada anak seorang. Setiap malam dia dan kawannya, yang tua sikit darinya, akan ke kelab untuk berhibur. Anaknya yang berumur 12 tahun, akan di tinggalkan bersama ibunya. Bahar kenal Zee di kelab juga. Kawan kepada kawan.
Bahar tak tahu bagaimana nak luahkan perasaannya. Bila Bahar jumpa Zee, dia akan malu-malu. Tetapi apabila sudah mabuk, Bahar berani untuk mendekati Zee. Bukan Bahar seorang sahaja yang minat dengan Zee.
Lama kelamaan apabila dah selalu sangat keluar bersama, Bahar dapat rasakan Zee minat dengan dia. Satu malam itu, Bahar ajak Zee untuk pergi keluar makan bersama dia. Zee setuju. Ini kali pertama Bahar dapat keluar berdua sahaja dengan Zee.
Selepas itu kami sering keluar bersama. Akhirnya Bahar kuatkan diri dan tanya jika Zee sanggup jadi kasihnya. Zee setuju.
Sudah hampir 6 bulan mereka bersama. Bahar pun dah kenal dengan anak Zee. Pernah juga sekali tu jumpa dengan bekas suami Zee. Seorang lelaki tua.
“Kau tak malu ke?” tanya bekas suaminya kepada Zee.
“Kau jangan masuk campur hidup aku” kata Zee.
“Kesian budak ni.” kata bekas suami Zee.
Bahar rasa tercabar apabila bekas suami Zee kata dia budak. “Bang. Beradab sikit cakap tu.”
Dia gelak. “Kau belum kenal siapa Zee ni. Aku harap mata kau buka cepat.” kata bekas suaminya sambil beredar dari situ.
Sejak itu Zee tak bawa Bahar apabila kena jumpa bekas suaminya.
Bahar tak banyak tanya sejarah Zee, tapi apa dia boleh analis, Zee kahwin dengan orang yang lebih tua dengannya semasa dia umur muda. Mungkin kahwin paksa.
Satu hari mak aku paksa aku bawa jumpa Zee. Apabila Bahar beritahu hajat maknya, Zee macam mengelak. Berbulan-bulan Bahar ajak Zee jumpa keluarganya tapi Zee mesti ada alasan.
Satu hari Bahar cuba ugut untuk putus hubungan dengan Zee. Akhirnya Zee setuju jumpa keluarga Bahar.
Hari ini Zee akan jumpa keluarga Bahar. Sepanjang perjalanan, dia senyap je. Bahar cuba menceriakan Zee tapi Zee terus bersenyap.
Bahar membawa masuk Zee ke dalam rumah. Apabila lihat sahaja wajah Zee, reaksi muka mereka berubah. Bahar kenalkan Zee kepada keluarganya. Soalan pertama keluar dari mulut mak Bahar, “Maaf bertanya berapa umur Zee?”
“Apa soalan macam tu. Umur dia sama dengan Bahar la” kata Bahar.
“Tapi mukanya macam dah berumur.” sambung maknya.
“Mak! Apa ni? Ayah? ” Bahar marah.
“Salah ke mak tanya soalan macam tu?” Ayah dia jawab.
Bahar bengkek dan keluar rumah bersama Zee. Dalam perjalanan pulang mereka tak bercakap. Sampai di rumah Zee, Bahar meminta maaf atas kelakuan keluarganya. “Awak sayang tak kisah apa pun terjadi?” tanya Zee.
“Ya. I love u sayang” jawab Bahar.
“Ambil gambar ini. Gambar ini gambar saya 15 tahun dahulu. Semasa saya belum berkahwin” kata Zee.
Bahar lihat gambar tu. Tak ada apa-apa perubahan muka bentuk Zee. Dia konfius.
“Apa yang awak nampak ni sebenarnya muka saya 15 tahun dahulu. Umur saya sekarang 45 tahun.” kata Zee. “Saya tak boleh tipu awak lagi. Saya sebenarnya pakai susuk muda. Sejak hari pertama saya nampak awak, kat kelab, saya minat kat awak. Tapi awak tak perasan saya. Awak nampak saya selepas saya pakai susuk.”
Bahar terkejut dengan kata-kata Zee. Sambung Zee,” Awak ada dua option. Nak lihat saya begini atau nak lihat muka saya sebenar. ”
“Beri saya masa untuk fikir.” kata Bahar.
Zee cuba sentuh Bahar tapi Bahar mengelak. Dia meninggal kan Bahar di dalam kereta seorang diri.
Dua tiga hari berlalu, Bahar hanya fikirkan apa Zee kata kat dia. Akhirnya dia membuat keputusan. Bahar hanya mampu whatsapp. “Zee. Terima kasih atas memori Indah. Tapi saya tak boleh teruskan hubungan ini kerana saya rasa tertipu. Saya pilih option ketiga. Selamat tinggal sayang untuk selama-lamanya.”
Sabri dan Kila mengupah seorang pembantu rumah untuk jaga anak-anaknya sementara mereka berkerja. Mereka mempunyai Boy, 3 tahun dan Nita, 6 bulan.
Selepas mendapat anak kedua, Kila mahu bekerja semula. Selepas empat tahun menjadi suri rumah, Kila mahu kembali bekerja. Dengan gaji Sabri sahaja, banyak plan mereka tersangkut. Nak pergi bawa anak-anak holiday pun kena fikir dua tiga kali.
Kak Tuti datang dari Indonesia. Umurnya 5 tahun lebih tua dari Sabri. Selepas kedatangan Kak Tuti dan Kila dapat bekerja, kewangan mereka lebih stabil.
Satu malam, Kila ke dapur membuat susu anaknya, dia terperasan seorang wanita sedang mengcangkung di tepi tandas sedang makan sesuatu. Pada awalnya, dia ingat Kak Tuti lalu dia tegur, “Akak buat apa tu?”
Apabila Kak Tuti tak jawab, dia merasa sesuatu tak kena. “Kak?” tanya Kila sekali lagi. Dia cuba menghampiri Kak Tuti. Baru sahaja dia nak tepuk bahu Kak Tuti, anaknya menangis. Kila toleh ke biliknya. Apabila dia toleh ke arah Kak Tuti, dia dah hilang. Tak lama kemudian Kak Tuti keluar dari bilik tidurnya , “Ibu,” kata Kak Tuti. Kila rasa pelik. Makin kuat anaknya menangis. Tuti cepat-cepat buat susu dan membawanya ke Nita.
Sepanjang hari, Kila tidak dapat melupakan apa terjadi semalam. Apabila pulang dia memberitahu kepada suaminya apa terjadi semalam. Kila rasa tak sedap hati dengan Kak Tuti. Sabri bengkek. Keadaan dah baik. Dia tak mahu Kila rosakkan kerana dia cemburu.
“Cemburu? Saya nak cemburu apa?” marah Kila.
Perbualan mereka menjadi pergaduhan. Sabri menuduh Kila kuat cemburu, manakala Kila menuduh Sabri kena sihir dengan Kak Tuti kerana tak sokong dia.
Tak boleh tahan dengan bergaduh, Sabri angkat kaki dan keluar dari rumah. “Bagus! Keluar! Kau tak payah balik! Lagi bagus!” marah Kila. Sabri start enjin dan tinggalkan mereka di rumah. Boy menangis melihat ibubapanya bergaduh. Kila cuba pujuk Boy tapi dia berlari ke Kak Tuti.
Pukul 12.30 malam, Sabri baru pulang. Semua orang sedang tidur. Sabri ke dapur untuk meminum segelas air. Sampai je di dapur, dia seperti melihat sesuatu berjalan di tepinya. “Siapa tu? Kak Tuti?” tanya Sabri.
Dia merasa sekali lagi ada orang lalu tepinya. Sabri berpusing. Tak ada sesiapa. Tiba-tiba kak Tuti keluar dari biliknya. “Ayah.” kata Kak Tuti.
“Tuti. Maaf la apa terjadi tadi. Kila cemburu dengan Tuti.” kata Sabri.
Kak Tuti senyum sahaja. Dia memegang tangan Sabri dan menariknya masuk ke biliknya. Sabri ikut. “Kalau Kila tak dapat jaga ayah, Tuti ada”.
Rupanya betul gerak hati Kila. Memang sepatutnya dia risau dengan Kak Tuti. Satu keluarga dah di sihirkan Kak Tuti. Sejak hari itu, Kila dan Sabri asyik bergaduh sahaja. Setiap kali isu Kak Tuti naik, Sabri akan sokong Kak Tuti daripada isterinya. Sehingga satu hari mereka membuat keputusan untuk bercerai.
Tak lama kemudian, Kila dapat tahu Sabri berkahwin dengan Kak Tuti.
Wak Bakar adalah pengasas Kuda Kepang. Dia dan Kumpulan Warisan Kuda Kepang Parit Ponorogo di upah untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Wak Bakar telah membawa kumpulannya dua hari sebelum untuk menyiapkan diri mereka. Dia di beri sebuah dewan serbaguna untuk berlatih.
Apabila melakukan latihan mereka di dewan itu, Wak Bakar perasan ada sesuatu yang tak kena. Setiap kali kumpulannya nak ‘menurun’ je, tiba-tiba budak dia tersedar. Masalahnya, jika dia tidak turun dengan sepenuhnya, Wak Bakar tidak dapat menyebat mereka, dan budak-budaknya tidak dapat makan kaca. Ia boleh melukakan mereka. Wak Bakar rasa pelik.
Mereka cuba dan cuba, pekara sama berlaku. Selalunya apabila seseorang dah menurun, dia tidak akan bersuara, tapi kali ini ada beberapa dari mereka boleh berkata.
Wak Bakar tak puas hati. Dia tanya kepada bomohnya, Wak Mus, apa sebenarnya berlaku. Wak Mus beritahu ada sesuatu atau seseorang sedang menghalang mereka dari menurun. Di antara dia tak puas hati dengan kumpulan kita atau dia sahaja nak ‘test power’. Wak Bakar membuat keputusan untuk hentikan latihan mereka buat hari ini. Esok sambung. Sementara itu, Wak Bakar dan Wak Mus cuba mencari puncanya.
Mereka keluar dari dewan itu dan menyalakan rokok. Sambil hisap rokok sambil memerhatikan sekeliling mereka. Wak Mus mendapati ada seorang lelaki berdiri di tingkat 5, di pangsapuri berdekatan, sedang memerhatikan dewan sambil mulutnya berkomat-kamit. Dia tak perasan Wak Bakar dan Wak Mus di luar dewan.
Wak Bakar mengangguk dan Wak Mus terus bersiap untuk melakukan sesuatu. Wak Bakar mengambil bertih (yang sepatutnya di beri kepada kuda kepang) dan memberi kepada Wak Mus.
Dengan bertih di tangan , Wak Mus mula membaca sesuatu. Lepas habis baca, dia rejam bertih di tanah dan tunjuk dengan jari telunjuk ke lelaki itu. Lelaki itu jatuh pengsan. Kecoh keadaan jadinya apabila isterinya menjerit melihat suaminya terbaring di berandar rumah mereka.
Mereka belum selesai lagi. Dengan bertih yang di rejam itu, Wak Mus menghantar santau angin kepada lelaki itu.
Keesokkan harinya, latihan berjalan lancar. Budak-budak Wak Bakar menurun dengan baiknya.
Wak Bakar mendapat berita bahawa lelaki itu namanya Pak Manan. Di kawasan sini, dia terkenal dengan ilmu mistiknya. Boleh di katakan bomoh di kawasan sini. Wak Bakar tak kisah siapa dia atau motifnya, tapi apabila dia ganggu kumpulannya, dia perlu di jatuhkan.
Duit syiling 10 sen puaka dikatakan membawa malapetaka kepada sesiapa sahaja yang memilikinya. Dari gangguan mistik hingga membawa maut, syiling kecil ini menjadi misteri menakutkan.Kisah Bermula Dengan Aishah
Pernahkah anda dengar tentang sebuah duit syiling 10 sen yang dikatakan berpuaka? Ia bermula dengan seorang mahasiswa bernama Aishah. Dia tidak tahu di mana dia dapat duit itu atau sedar duit itu berpuaka.
Aishah baru balik dari kampus. Letih, dia masuk ke dalam biliknya tanpa makan malam. Tepat pukul 12 malam, selimutnya ditarik. Selepas beberapa kali, Aishah tersedar. Perutnya lapar lalu ke dapur, namun dia terdengar bunyi ketukan di dinding. Gangguan berlaku selama lima hari berturut-turut. Pada hari keenam, Aishah menggunakan duit syiling 10 sen puaka itu untuk membeli burger.
Azri dan Burger 7-Eleven
Azri, penjual burger di depan 7-Eleven, menjadi pemilik seterusnya. Malam itu, dia terdengar jeritan, frame jatuh, meja terpelanting. Dia ternampak lembaga hitam di tepi tandas rumahnya lalu pengsan. Keesokan harinya, duit itu berpindah kepada kawannya, Rahim.
Rahim Menjadi Mangsa
Rahim tertarik dengan duit syiling pelik itu. Dia menyimpan syiling tersebut. Semasa menonton filem seram, dia diganggu makhluk halus. Perjalanan pulang menaiki motor menjadi malam terakhirnya. Dalam side mirror, dia nampak lembaga putih menumpang di belakang. Motor terbabas, Rahim maut serta-merta.
Yus dan Pengakhiran Misteri
Duit itu jatuh ke tangan Yus, lelaki berkeluarga. Gangguan demi gangguan melanda rumahnya – sofa terbalik, TV terpelanting, suara mengilai. Yus membawa keluarganya lari. Keesokan hari, Yus bertemu ustaz. Sebelum pulang, dia memasukkan duit syiling 10 sen puaka itu ke dalam tabung derma.
Kesimpulan Misteri Duit Syiling 10 Sen Puaka
Kisah seram ini menunjukkan bagaimana sekeping syiling boleh membawa bencana. Sama ada benar atau sekadar urban legend, duit syiling 10 sen puaka terus menjadi tanda tanya. Adakah ia sekadar kebetulan, atau memang ada sumpahan di sebaliknya?