Esah telah nekad untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Dia ingin memulakan hidup baru. Dia tak kenal sesiapa di KL kecuali kakak saudara dia, Tasha. Esah dan Tasha agak rapat. Dari kecil lagi mereka akan buat apa-apa bersama. Itu kenapa Esah nak sangat pindah ke sana.

Tasha tinggal bersama dua lagi rakan serumah di rumah yang mempunyai 4 bilik. Memang ada satu lagi bilik kosong, sudah di sediakan untuk Esah. Malam itu, Tasha sangat teruja dan tak sabar untuk berjumpa semula dengan saudaranya.

Dari Temerloh ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja. Jadi selepas makan malam, Tasha mula bertolak dengan motosikalnya. Dia sampai area Cheras lebih kurang pukul 12 malam. “Tasha, aku rasa aku hampir. Aku kat sebelah plaza pheonix.” kata Esah.

“Oh dah dekat tu. Depan plaza ada simpang ke kiri…” Tasha terangkan bagaimana nak sampai. Arahan Tasha sangat jelas, Sukar untuk tak faham.

Esah pun ikut arahan dan sampai ke kawasan perumahan Tasha. Semasa tu jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Dia menelefon semula Tasha “Wei. aku hampir sampai. Tunggu kat luar.” Tasha setuju.

Tasha sambung tunggang motosikalnya. Tak lama lepas tu dia nampak Tasha yang sedang menunggu di luar rumah. Esah angkat tangan, Tasha pun balas angkat tangan. Tasha pusing dan masuk ke dalam rumah. Esah pun ikut. Dia parking motosikalnya depan rumah. Esah buka pintu rumah. “Tasha,” Esah panggil. “Tasha. Mana kau pergi?”

Esah duduk di sofa sambil menunggu Tasha. 5 minit berlalu. Tasha tak muncul-muncul. “Tasha! Kau buat apa tu? Tak kan kau nak biarkan aku macam ni. Kenalkan aku dengan rumah kita ni.” Tiada jawapan. Esah menjadi lebih bingung. Dia bangun dan mencari Tasha. Dia pergi ke dapur. Tasha tak ada. Dia buka pintu tandas, Tasha tak ada. Setiap bilik dia dah buka, Tasha tak ada. Esah menelefon Tasha, “Wei, kau pergi mana? Aku duduk lama kat sofa ni?”

Tasha pelik, “Apa yang kau merepek ni. Aku tunggu lama kat luar rumah. Kau sesat ke?”

IKLAN

Esah jawab, “Aku kan dah sampai rumah.”

Tasha makin pelik, “Rumah siapa pulak kau masuk tu?”

Soalan tu mencetuskan persoalan kepada Esah. Dia keluar dari rumah. Tiba-tiba dia dengar bunyi hon sambil disuluh dengan lampu. Rupanya pegawal keselamatan menegur Esah, “Apa awak buat kat sini?”

Esah jawab, “Ni rumah saudara aku,” sambil tunjuk rumah di saudara dia.

IKLAN

Pengawal itu balas, “Rumah ni kosong. Mana ada orang tinggal.”

Pada mulanya Esah memang tak nampak apa-apa yang pelik, tapi apabila di tegur baru dia perasan, rumah yang dia masuk ini terbiar. Lampu tak bernyala. Dinding penuh conteng. Lalang depan rumah panjang. Jadi siapa yang dia nampak depan rumah tadi? Bulu roma Esah naik. “Mana satu rumah ini,” sambil tunjuk alamat rumah.

“Simpang satu lagi. Meh ikut saya,” kata pengawal itu.

Esah pun ikut. Tasha sudah tunggu di luar. “Kenapa bang?” tanya Tasha.

IKLAN

“Saudara kau ni masuk rumah terbiar tu.” kata pengawal.

“Oh. Rumah berhantu tu?” tanya Tasha. Esah dengar sahaja.

Pengawal tak jawab, dia terus beredar.

“Tasha. Aku betul-betul nampak kau tadi,” Esah jelaskan.

“Rumah tu memang keras sikit. Dah jom. Aku kenalkan housemate kau.” kata Tasha.

Mereka masuk ke dalam rumah.

 

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI