Taured adalah sebuah negara di antara Perancis dan Sepanyol. Tak pernah dengar? Sebab ia memang tidak pernah wujud. Ini adalah kisah tentang lelaki dari Taured.
Ketibaan lelaki dari Taured
Julai 1954, Seorang pengembara tiba di lapangan terbang Tokyo dengan membawa passport negara Taured. Pegawai kastam binggung. Mereka tidak pernah dengar negara itu. Lelaki itu mendakwa negaranya berada di Eropah.
Ads
Ketika mereka cuba mencari maklumat mengenai Taured, pengembara itu mula marah. Dia menyatakan ini adalah lawatan ketiga dirinya tahun ini ke Jepun untuk syarikatnya. Lelaki itu tidak faham kenapa dia di tahan. Pegawai-pegawai kastam cuba mendapat lebih banyak info di mana dia bekerja dan tempat tinggalnya di Tokyo. Pengembara itu memberi kerjasama. Tiada info tentang wujudnya syarikat itu malah lagi pelik, hotel yang dia mengaku menginap juga tidak ada rekod namanya.
Ads
Dia boleh berbahasa Jepun dengan baik, bukti lebih lanjut mengenai hubungannya dahulu dengan Jepun. Dia bercakap bahasa Perancis secara asli dan apabila diberi peta dunia dia terkejut kerana dia tidak dapat mencari negaranya.
Ads
Dia menyatakan bahawa negaranya sepatut terletak di mana peta menunjukkan Kepimpinan Andorra, bersama dengan beberapa bahagian Perancis dan Sepanyol. Taured itu telah wujud selama hampir seribu tahun. Oleh kerana dia tidak dapat ditahan di bilik lapangan terbang selama-lamanya, pihak berkuasa lapangan terbang mengatur bilik di sebuah hotel berdekatan.
Keesokkan harinya pengembara itu hilang dari bilik. Segala dokumen berkenaan pengembara itu juga hilang. Tiada kesan dan bukti wujudnya lelaki itu. Siapa sebenar lelaki itu? Adakah ini bukti wujudnya parallel universe?
Penduduk nusantara memanggilnya ‘Burung Cederawasih’, kaum cina memanggilnya ‘Pheonix’, negara Europah memanggilnya ‘Bird of Paradise’.
Burung Cederawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Parasisaeidae susunan Passeriformes. Ia hanya boleh di dapati di kawasan Irian Jaya atau di kenali sebagai Papua, Indonesia.
Ramai yang percaya asal usul burung ini datang dari kayangan dan ia mempunyai kuasa magis. Orang yang arif mengenai burung ini mengatakan ia selalu berdamping dengan para wali Allah.
Kepercayaan ini bermula dengan kitab kuno, Hikayat Tajul Muluk. Sebahagian kandungan kitab itu menyatakan bahawa: “Burung cenderawasih asalnya dari kayangan. Amat jarang orang yang menemuinya kerana ia tiada di bumi. Kalau ia terbang rendah ke bumi, itu tandanya hayat burung itu akan berakhir kerana ia mati bila menjejakkan kaki ke tanah. Bangkai burung itu tidak reput kerana ia hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Selain itu, setiap inci tubuhnya termasuk perut dan bulu mempunyai keistimewaan. Ia ada khasiat dalam perubatan.”
Sahibul Hikayat juga menceritakan bahawa apabila bulu burung Cederawasih gugur di bumi, ia akan bertukar menjadi batu permata (zamrud hijau) yang berharga.
Kecantikan burung ini juga membantu mengukuhkan kepercayaan mereka. Rupa fizikal yang segak dengan warna bulu pelepah yang keemasan, di tambah dengan bulu-bulu lembut yang berjurai. Seperti di ukir dari syurga.
Magisnya datang apabila seseorang memakai bulunya di kepala dan dibawa pergi ke mana-mana. Mereka percaya bulu tersebut akan memberi kuasa pengasih dan penunduk kepada sesiapa yang memilikinya.
Burung Cenderawasih juga di katakan dapat menjadi pelaris dan membantu memberi kesihatan yang baik kepada pemiliknya. Bahkan boleh menaikkan nafsu kepada pasangan jika meletakkan burung itu di bilik tidur.
Justeru, harga seekor burung Cenderawasih yang telah di awet boleh mencecah dari RM1500 – RM10 000. Juga di laporkan harga sehelai bulu burung itu boleh mencecah RM800. Sebotol minyak pengasih bulu burung itu dijual pada harga RM77 sebotol.
Di Papua pula, orang tempatan akan memburu burung Cederawasih untuk upacara mereka.
Kebenaran Burung Cederawasih ini datang dari kayangan masih tidak boleh di buktikan. Namun keunikan burung Cederawasih akan sentiasa memberi magis kepadanya.
Mokele-Mbembe adalah nama yang diberikan kepada makhluk yang dipercayai mendiami bahagian atas lembah Sungai Congo, iaitu Congo, Zambia dan Cameroon, serta di Lake Tele (di Republik Congo) dan kawasan sekitarnya. Nama ini berasal dari bahasa Lingala, dan biasanya diterjemahkan sebagai ‘Ia yang menahan arus sungai’.
Identiti Mokele-Mbembe
Selama bertahun-tahun, banyak huraian fizikal mengenai Mokele-Mbembe telah digambarkan. Umumnya semua bersetuju bahawa makhluk ini sangat besar, mempunyai leher dan ekor yang panjang serta berkepala kecil.
Mokele-Mbembe juga dikatakan sebagai dinosaur herbivor yang hidup di gua dan di tepi sungai serta dapat mencari makanan kegemarannya. Walaupun vegetarian, ia dianggap bahawa Mokele-Mbembe akan bertindak agresif jika didekati oleh orang. Ada kajian mengatakan bahawa binatang itu mempunyai tanduk tunggal, mungkin seperti badak, yang mana ia akan digunakan untuk membunuh gajah. Terdapat juga tuntutan bahawa Mokele-Mbembe adalah roh semangat sungai Congo.
Apa sebenarnya Mokele-Mbembe? Selagi tiada bukti yang kukuh, ia hanya cerita buah mulut penduduk tempatan.
Si Tanggang datang dari keluarga nelayan. Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Kehidupan miskinnya tidak pernah menghalang dia bercita-cita tinggi. Si Tanggang seorang pemuda yang rajin berkerja. Oleh kerana ingin ubah nasibnya dan keluarganya, dia menjadi anak kapal di sebuah kapal perdagangan. Ibunya sedih untuk berpisah dengan Si Tanggang, tapi dia telah berjanji dengan ibunya suatu hari dia akan pulang sebagai orang kaya.
Bertahun-tahun ibunya menunggu kepulangan Si Tanggang. Setiap hari dia akan tunggu di jeti untuk kepulangan anaknya.
Oleh kerana kerajinan Si Tanggang, dia cepat naik pangkat sehingga menjadi nakhoda kapal. Dia di kenali sebagai Nakhoda Tanggang. Dengan pangkat barunya dan reputasi sebagai salah seorang nakhoda terhebat, dia mula berkenalan dengan elit orang melayu, sehinggakan dia di panggil oleh Sultan untuk mengadap.
Selepas merapatkan diri dengan Sultan, dia berkahwin dengan anak sultan. NakhodaTanggang mula berlayar ke seluruh dunia nusantara sehingga dia singgah di tempat asalnya.
Setibanya di jeti itu, ibu Tanggang tahu dalam kapal itu ada anak dia. Dia berlari ke kapal itu. Apabila melihat si Tanggang turun dengan isteri cantiknya, ibunya memanggil namanya, “Tanggang… Tanggang… Kau dah pulang Tanggang… Ibu rindu kan kamu…”
Isteri Nakhoda Tanggang melihat ibu Tanggang teriak-riak dan bertanya suaminya, dia kenal ke perempuan itu. Nakhoda Tanggang malu dengan asal usulnya, tidak mengaku itu ibunya. Malah, dia mengkeji ibunya sebagai ‘nenek gila’. Dengan biadap sekali, dia menghalau ibunya dan mengaku ibu bapanya telah lama mati.
Sedih dengan kata-kata Si Tanggang, ibunya telah membuat satu sumpuhan. “Ya Tuhan, jika benarkah aku yang menyusukannya ketika kecil, maka tunjukkan kekuatanmu.”
Laut bergelora. Petirbersambung-sambung. Kapalnya terumbang-ambing di bantai air laut. Sedar akan kesalahannya, Tanggang cuba meminta maaf, tetapi sudah terlambat. Kapalnya yang megah itu tiba-tiba hancur. Si Tanggang dan isterinya pula di sumpah menjadi batu.
Si Tanggang di kenali dengan bermacam-macam nama. Di Indonesia dia di kenali sebagai Malin Kundang, di Brunei dia di kenali sebagai Nakhoda Manis. Di Malaysia, Si Tanggang.
Si Tanggang mengajar kita untuk tidak lupa asal usul kita dan jangan sekali derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Tapi persoalannya, adakah Si Tanggang wujud?
Di Malaysia, ada dua tempat mengaku tempat Si Tanggang di sumpah. Satu di Sugai Batu, Batu Caves. Di sana ada sebuah Gua bernama Gua Gelap boleh lihat air seperti warna darah mengalir dalam gua itu. Mereka kata itulah darah Si Tanggang.
Satu lagi lokasi berada di Bukit Treh, Muar. Seketul batu laut yang di jumpai 6km dari laut menguatkan pendapat penduduk tempatan itu lah bekas kapal Si Tanggang. Ada satu perbezaan cerita yang kita tahu dan cerita orang Bukit Treh. Si Tanggang tidak bertukar kepada batu, ia berubah menjadi helang makku. Burung itu akan sering keluar dan memanggil ‘Makku’.
Di Brunei, lokasi Nakhoda Manis berada di Jong Batu, Brunei. Di sana boleh nampak jelas sebuah pulau seperti hadapan sebuah kapal yang tenggelam.
Dan di Indonesia, tempat terakhir Si Tanggang berada di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera. Si situ bukti paling kukuh tentang ke wujudan Si Tanggang, atau dalam versi Indonesia namanya Malim Kundang. Di tepi pantai, hingga kini, masih boleh kelihatan batu-batan berbentuk sauh, tali kapal, bentuk manusia bersujud meminta maaf dan sebagainya.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.