Apa perasaan kau setiap kali ingin tidur, ada bisikan suara seakan suara nenek datang menjengah ke telinga kau. Bukan semalam tetapi tiap-tiap malam. Itulah yang dialami sendiri oleh Wawa.
Wawa, penuntut tahun dua di sebuah universiti tempatan di utara tanah air. Dia beruntung kerana namanya tersenarai untuk tinggal di asrama. Jadi, dia bakal ditemani oleh adik junior untuk satu semester pengajian kali ini.
Bulan pertama, kedua dan ketiga, semuanya berjalan dengan lancar. Wawa sibuk dengan kuliah dan tugasan manakala Ayu, roommatenya pun sama mengikuti kelas dan menyiapkan tugasan. Mereka hanya sempat berbual pada waktu malam, itu pun tidak lama sebab masing-masing mengantuk dan esok ada kelas pagi.
Suatu hari, Wawa tidur agak lewat. Dia tidak dapat melelapkan mata. Puas di pusing kiri dan kanan tetap tidak mahu tidur. Dia lihat Ayu agak lena di buai mimpi. Entah macam mana, ketika dia tidur-tidur ayam, tiba-tiba Wawa terdengar suara seperti seorang nenek, sayup-sayup memanggilnya.
Bila namanya dipanggil, terus Wawa bingkas bangun dan tengok sekeliling. Sunyi sepi. Dia baring dan sekali lagi bila ingin terlelap, terdengar namanya…Wawa!..wawa!…dipanggil. Diperhatikan keadaan sekeliling masih sama, sunyi.
Tidak mahu namanya dipanggil berterusan, Wawa terus menekap bantal di telinga. Tetapi suara itu terus panggil namanya… Wawa! Wawa!. Wawa buat tak tahu. Setiap jam 4 am suara itu berhenti. Barulah, dia dapat tidur. Tiap-tiap malam nenek itu akan ganggu Wawa dan pembelajaran Wawa semakin merosot. Wawa tidak mahu Ayu tahu apa yang berlaku. Biarlah dia sorang je yang rasa.
Satu malam, Wawa baru lepas sembahyang. Malam ini Ayu tak boleh sembahyang kerana datang bulan. Selepas sembahyang, mereka berborak-borak. Dah lama mereka tak lepak bersama. Mereka berborak sehingga terlupa jam sudah tunjuk pukul 1am.
Tiba-tiba Wawa terdengar namanya dipanggil. Dia terdiam. Ayu perhati wajah Wawa yang berubah, muka dia pucat seperti dalam ketakutan. Ayu mula risau. Sebenarnya Wawa seorang sahaja yang dapat dengar suara nenek tu. Wawa tanya, “kau dengar suara tu?” Ayu jawab, “suara apa?” Wawa senyum dah suruh Ayu ignore kan sahaja persoalan tadi.
Suara nenek tu makin kuat. Wawa!… Wawa!. Sekali pintas, dia ternampak kelibat nenek tua lalu belakang Ayu. Perasaannya bertambah takut. Ayu pusing kepalanya dan bertanya apa yang Wawa nampak. Wawa masih cuba berselindung dari Ayu tapi kali ini nenek itu bukan sahaja berbisik malah munculkan dirinya. “Wawa!… Wawa!…”Â
Ayu bertanya, “suara siapa tu?” Terkejut Wawa apabila Ayu bertanya begitu. “Kau dengar ke?” “Ya aku dengar. Suara siapa tu?” Meremang bulu roma Ayu. Mereka berpura-pura tidur bersebelahan. Mereka harap nenek itu tak ganggu mereka.
‘Wawa!… Wawa!…’ suara nenek itu. ‘sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek tu masuk ke dalam biliik mereka. Bajunya putih. Rambutnya serabai. Panjang ke kaki. Bongkok. ‘Wawa!… Wawa!… Sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek itu datang dekat dengan mereka. Ketakutan menyelubungi mereka. Nenek itu menghampiri telinga. Dia berbisik, ‘Ingat lagi nenek?’ Nenek pun hilang.
Wawa pelik. Siapa nenek ini. Dia pusing dan pandang ke arah Ayu. Ayu buka mata. Matanya memandang atas seperti di sawan. Wawa cuba kejutkan Ayu tapi dia tak respon. Ayu bangun berdiri, pandang kat Wawa dan nyanyi, “cucu cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang juga nenek ku cari, siapa kena dia yang menjadi.”
Ayu jatuh lalu pengsan.
Keesokannya Ayu sedar. Dia sudah berada di hospital. Dia mencari Wawa. Kawan-kawan lain kata Wawa hilang. Mereka tak tahu Wawa kat mana. Ceritanya “pagi tadi kami nak sembahyang, nak ajak korang. Tapi apa yang kami nampak Ayu dah terbaring pengsan dan Wawa tak tahu ke mana.
Sampai sekarang, Wawa masih hilang. Keluarganya juga tidak tahu apa terjadi dengan dia. Ada khabar angin mengatakan dia terlalu stres sampai lari diri. Tapi Ayu rasa dia tahu. Nenek itu orang bunian. Dia datang untuk merisik Wawa kahwin dengan cucunya. Mungkin Wawa berjanji sesuatu yang dia tak dapat elakkan. Ayu rindu kawan dia. Semoga satu hari dia dapat jumpa dengan kawannya semula.
Abang Ya seorang yang di geruni di Kelantan. Seorang gedebe yang amat di hormati. Apa sahaja dia cakap, walaupun salah, jangan betulkan kalau tak nak kena penampar. Abang Ya tak pernah ke KL. Dia tidak mahu ke KL. Tetapi sebab kawannya yang minta bantuannya, dia turun ke KL untuk mencari anaknya yang di culik. Dia di tempatkan di satu hotel besar. Abang Ya bangga dengan penghormatan yang di terima.
Abang Ya mahu makanan negerinya. Dia kata bahawa makanan di KL ni mengarut. Dia di bawa ke mamak, dia marah pekerja mamak kerana makanannya yang pahit. Padahal apa dia rasa adalah rempah. Bawanya pula ke western food. Dia minta nasi. Kedai tu tak ada nasi. Dia mengamuk. Dia minta driver kawannya bawa dia ke hotel. Dia akan makan kemudian. Sampainya di bilik dia menelefon anak buahnya yang tinggal di KL. Masalah paling besar, Anak buahnya tak tahu dia tinggal mana. Cara penjelasan Abang Ya yang berputar belit buatkan mereka tak faham. Mereka terpaksa tanya setiap hotel besar. Akhirnya mereka jumpa Abang Ya.
Abang Ya memperlawa mereka tidur bersamanya. Kedua-dua mereka menolak cara baik. Tak mahu lukakan hati Abang Ya. Sebenarnya mereka tahu Abang Ya ajak-ajak ayam.
Abang Ya cuba cari posisi untuk tidur, tapi tak boleh tidur. Dia berpusing dan berpusing. Dia tak puas hati, dia menelefon anak buahnya untuk ambil dia. Anak buahnya ikut perintah sahaja.
Abang Ya bising tentang hotel itu. Kata je hotel mahal, bantal lembut, aircond sejuk, banyak betul masalah. Abang Ya mahu tidur rumah anak buahnya. Kerana tidak berani menolak mereka setuju. Katil rumah anak buahnya sesuai dengan Abang Ya. Dia memuji-muji. Abang Ya masuk tidur.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Abang Ya terjaga dari tidur. Dia ingin ke tandas buang air kecil. Maklumlah umur dah makin tua. Masalahnya bilik air jauh dari bilik mereka. Dalam perjalanan ke tandas, dia merasa sesuatu yang memerhatinya. Abang Ya mula rasa takut. Abang Ya tiba merasa ada sesuatu berjalan di belakang dia. Abang Ya pusing. Tak ada apa-apa. Dengan pants dia masuk ke dalam bilik air. Baru nak buang air kecil, perutnya suruh buang air besar. Semasa dia cangkung, dia merasakan ada sesuatu lalu depannya. Kali ini dia nampak kelibat sesuatu. Meremang Abang Ya. Abang Ya tutp mata ketakuan. Tiba-tiba dia merasa ada susuatu sedang bernafas sebelah telinganya. Terkejutat. Abang Ya walaupun takut, dia terpaksa bertahan.
Tak lama kemudian dia dengar bunyi menggilai. Ini dia tak boleh bertahan lagi. Abang Ya cepat-cepat bersihkan diri dan cuba balik ke bilik. Sebaik sahaja buka pintu bilik air, dia melihat seorang wanita kat tepi cermin sedang bersikat rambut. Abang Ya ketakutan. Seluruh badannya kaku. Perempuan itu toleh dan pandang ke arah Abang Ya. Dalam otak Abang Ya arahkan kakinya untuk lari tapi kakinya tak mahu dengar arahan. Perempuan itu dengan rambut kusut, muka pucat, pakaian berkotor, perlahan-lahan bejalan menghala ke Abang Ya. Dia masih kaku, dia hanya dapat menutup matanya. Tangan perempuan itu ingin capai muka Abang Ya. Dia tak tahu nak buat apa. Hanya berserah.
Beberapa saat kemudian. Abang Ya merasakan perempuan itu sudah beredar. Dia buka mata. Melihat keadaan sebenar. Dengan sepantas kilia berlari ke bilik. Dia kejutkan anak buahnya. Dia suruh anak buahnya hantar balik ke hotel. Dia komplain rumah anak buahnya tak ada tilam. Sakit belakang. Anak buahnya ikut arahan dan hantar dia semula ke hotel.
Abang Ya tak kan beritahu apa terjadi dekat rumah anak buahnya. Reputasi dia akan terjejas. Tak kan Abang Ya yang hebat, yang tak takut mati, tapi takut dengan hantu.
Siti memulakan kehidupan di asrama selepas mendapat keputusan baik dalam PMR. Dia di tempatkan bersama dua orang lain, Tuty dan Aina. Siti gembira mendapat tempat di asrama. Dia tidak mahu sia-siakan masanya di sana.
Di hari orentasi, mereka di nasihatkan untuk tidak keluar dari bilik mereka terutama sekali ke bilik air. Bilik air di asrama terpaksa di kongsi bersama dan ia terletak di hujung bangunan. Jika terpaksa untuk buang air, senior menasihatkan mereka untuk pergi bersama teman.
Selang beberapa bulan, ujian pertama mereka hampir tiba. Ketiga-tiga mereka sedang belajar untuk ujian akan datang. Tuty berasa mengantuk. Dia memberitahu dia akan sambung belajar esok dan dia ingin ke bilik air sebelum tidur. Itulah rutin mereka tiap-tiap malam. Ketiga-tiga mereka akan ke bilik air bersama sebelum tidur. Aina setuju untuk sambung belajar esok. Siti masih tidak merasa ngantuk. Dia memberitahu kepada roomatenya untuk pergi ke tandas tanpa dia. Tuty dan Aina meninggalkan dia seorang diri.
Tidak lama kemudian mereka ke bilik. Siti masih membaca. Aina dan Tuty masuk tidur dan pesan kepada Siti untuk tutup lampu selepas selesai. Siti senyum dan sambung belajar.
Jam menunjukkan 1.30 pagi. Tiba-tiba Siti terasa buang air kecil. Dia cuba kejut salah seorang kawannya tetapi kedua-dua mereka tidur mati. Siti dah tak boleh tahan dan terus berlari ke bilik air. Dia memilih tandas paling hujung kerana tandas yang lain kotor.
Semasa membuang air kecil, Siti rasa tak sedap hati. Oleh kerana takut, dia hanya pandang ke bawah. Tiba-tiba dia dengar bunyi pintu di buka. Bulu roma dia meremang. “Siapa tu?” tanya Siti. Tiada orang jawab. Siti sambung, “wei, jangan main-main. Siapa tu?”. Masih tidak ada jawapan. Makin seram perasaan Siti.
Tiba-tiba Siti dengar suara orang mengilai. Bunyi itu menakutkan Siti. Dia hanya mampu tutup mata. “Siapa dalam bilik aku?” Suaranya seperti seorang perempuan bersuara serak dan susah nafas. “Jawab! Aku tak suka diganggu.”
Siti menangis ketakutan. Mulutnya berdoa. Bunyi pintu tandas di tolak. “Bilik pertama tak ada orang.” Sekali lagi pintu di tolak. “Bilik kedua tak ada orang.” Dia tolak lagi pintu lagi. “Bilik ketiga tak ada orang”.
Mahluk itu mengilai sekali lagi. Siti merasakan dia di depan pintu bilik air Siti. Segala badan Siti bergetar. Dia terkedu di jamban bilik air.”Aku tahu kau di bilik air keempat”. Siti berdoa. Tapi tak ada apa-apa berlaku. Ingatkan mahluk itu dah balik. Siti baru nak rasa lega tiba-tiba, “Satu, dua, tiga. Saya nampak awak!” Siti pandang atas dan nampak seekor mahluk berambut panjang. Mukanya pucat. Siti menjerit dan berlari terus ke bilik tidurnya. Dia kejutkan kawannya. Tuty dan Ain terjaga. Mereka bertiga tidak tidur malam tu.
Keesokkan harinya, senior mereka dengar apa terjadi dengan Siti. Dia datang berjumpa Siti dan beritahu memang ada penunggu di bilik air. Selalunya penunggu itu tak ganggu kalau ramai sangat di dalam bilik. Itu sebab mereka sentiasa di pesan untuk pergi berdua ke tandas.
Dahlia merupakan seorang petugas bahagian pengurusan mayat di sebuah hospital. Nama dan lokasi hospital terpaksa di rahsiakan atas hal-hal keselamatan. Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas dan ia bermula begini.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi, Dahlia, Rini dan Fina bosan di bilik nurse, mereka cadang untuk berjalan-jalan dalam hospital.
Mereka terjumpa bilik mayat. Dahlia mencabar setiap seseorang mereka untuk duduk dalam bilik itu selama 15 minit. Semua setuju.
Rini masuk dulu. Dahlia dan Fina tergelak-gelak. 3 minit kemudian Rini keluar ketakutan. Kawannya gelak besar. Rini buat muka tak puas hati.
Kemudian masa untuk Fina masuk. Rini memerhatikan Fina sambil berkata, “Ingat, 3 minit 21 saat.” Fina mengejek guna lidah dan masuk ke dalam bilik mayat.
“Kau rasa berapa lama dia boleh tahan?” Dahlia tanya Rini.
“2 minit 20 saat” jawab Rini. “Kau rasa?”
“4 minit lebih” Dahlia jawab.
“Kena tepat… mana boleh lebih.” Rini balas.
“Ok… 4 minit 2 saat” Dahlia jawab.
Mereka pun tunggu Fina. Masa bergerak. Fina tak keluar-keluar.
“Kau rasa dia dah pengsan ke?” tanya Dahlia.
“Entah” jawab Rini.
“Nak pergi tengok?” tanya Dahlia.
“Tak payah.” jawab Rini.
15 minit pun berakhir. Fina keluar. “Siapa hebat?”
Semua buat tak tahu.
“Dah jom balik.” kata Dahlia.
“Eh, kau belum lagi.” kata Rini.
“Lain kali. Kita dah lambat.” beritahu Dahlia.
“Kau jangan macam-macam Dahlia. Semua dah masuk, kau je yang belum.” kata Fina.
“okok. Aku masuk sekarang.” Dahlia pun langkah ke dalam bilik tidur tu.
Dahlia sedang memerhati bilik mayat tu. Sunyi. Besar. Dahlia pun duduk. Tiba-tiba dia merasakan dia bukan seorang dalam bilik itu. Dia membuka satu persatu pintu fridge. Kebanyakannya kosong. Ada dua tiga yang ada mayat.
Dia sampai ke pintu fridge nombor 21. Dahlia buka, dia memerhati seorang lelaki yang di cucuk 28 kali. Semasa Dahlia sedang baca, tangannya di pegang oleh sesuatu. Bila dia tengok rupanya tangan mayat itu. Terkejut Kepala mayat itu pusing ke arah Dahlia dan senyum.
Dahlia lari keluar tanpa menuntup pintu fridge mayat lelaki itu.
“2 minit 16 saat” kata Rini.
“Jom balik… Jom balik”. kata Dahlia sambil tercunggap.
“Kau apahal?” tanya Fina.
“Mayat tu hidup. Ada mayat hidup! Jom balik.” jawab Dahlia.
Fina dan Rini tengok satu sama lain dan gelak.
Tiba-tiba pintu bilik mayat itu terbuka. Langkah keluar lelaki itu.
Ketiga-tiga mereka panik lalu lari lintang pukang ke bilik nurse.