Bukan mudah untuk Haikal melupakan perkara yang menimpa mereka empat beranak enam bulan lalu.
Pada awalnya Haikal sekeluarga tidak berniat untuk mengikut keluarga mentuanya bercuti di sebuah pulau di pantai Timur atas desakan kerja di pejabat yang menggunung. Memohon cuti panjang memang agak payah di kala projek klien sedang menimbun tetapi di saat akhir, setelah puas dipujuk isterinya, Nadia, dia mengambil keputusan untuk mengikut percutian yang telah dirancang.
Perkara menjadi sukar apabila Haikal dan isterinya tidak turut serta menempah bilik hotel dari awal dan mereka berdua mencari bilik hotel lain yang berdekatan semata-mata untuk bercuti bersama keluarga isterinya itu.
Pencarian mereka tidak berhasil sehinggalah mereka tiba di lokasi percutian, namun dengan bantuan kenalan lama Haikal, dapatlah mereka sebuah bilik kecil untuk mereka menginap dua malam bagi menghilangkan lelah. Biar pun pada mulanya pihak hotel menyatakan kesemua bilik penuh dihuni tetapi di saat akhir disebabkan rasa kasihan pada Haikal yang memujuk rayu, akhirnya mereka akur memberi sebuah bilik kepada Haikal.
Biarlah kurang selesa tetapi dekat dengan keluarga mertuanya yang tinggal di hotel yang kurang lima kilometer dari hotel mereka. Selesai urusan check in, Haikal mengangkat semua barangan di dalam bonet kereta. Maklumlah anak-anaknya masih kecil banyaklah barang perlu diangkut.
Ads
Nadia dan anak-anak disuruh Haikal berada di lobi hotel, sementara dirinya mengangkat barang satu-persatu. Kala itu anaknya Syauqi dan Maisarah terlena melentuk di atas sofa lobi, barangkali letih perjalanan daripada Kuala Lumpur. Selepas mengangkut barangan, naiklah empat beranak ini ke dalam bilik hotel.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Syauqi terus terbeliak matanya sambil menuding jari pada satu sudut. Terdapat sofa usang di situ, antik dan unik. Mungkin perkara itu menarik perhatiannya. Tak lama kemudian, Maisarah yang baru berusia enam bulan, menangis sekuat hati secara tiba-tiba.
Nadia yang melihat keadaan Maisarah jadi cemas, baru sahaja beberapa minit melangkah ke dalam bilik, pelbagai perkara sudah berlaku. Sepantas kilat Nadia menguatkan suhu penghawa dingin kerana terasa badan Maisarah terlalu panas.
Ads
Namun anaknya tetap terus-terusan menangis. Nadia fikir mungkin Maisarah ingin mandi, jadinya dia meminta bantuan Haikal untuk memandikan anaknya dan Nadia menyiapkan susu serta tempat tidur yang selesa untuk Maisarah lelapkan mata.
Setelah dimandikan keadaan Maisarah tetap sama, dia juga enggan minum susu. Keadaan menjadi semakin kelam-kabut apabila Syauqi yang dari tadi diam mula menangis seolah-olah nampak hantu. Masih sama seperti tadi, Syauqi menuding jari ke arah sofa lama. Haikal mula terasa tidak sedap hati. Pantas tangannya mencari telefon bimbit untuk memperdengarkan ayat suci Al-Quran. Telefon bimbitnya pula mati akibat kehabisan bateri.
Ads
Tanpa membuang masa, Haikal cuba melaungkan azan di segenap penjuru bilik. Bilik menjadi tenang seketika, anak-anaknya mula melelapkan mata dan menyusu. Rupanya itu bukanlah penghujung cerita. Selang sejam kemudian, anak-anaknya mula menangis lagi. Hati Haikal mula panas dan terus dia bersuara meminta isterinya berkemas untuk keluar dari hotel.
Dalam keadaan celaru, Nadia angkut segalanya dan masukkan ke dalam beg tanpa berfikir panjang. Setelah berkemas, mereka laju turun. Sebelum menutup pintu terdengar suara mengilai dari dalam bilik. Tanpa menoleh mereka terus berlari ke lobi. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menumpang di bilik hotel ibu mentuanya. Biar pun kurang selesa dan bersempit daripada anaknya menangis sepanjang malam.
Keesokan harinya setelah ditanya pada penduduk setempat, rupa-rupanya bilik yang disewa Haikal sekeluarga memang berhantu dan setiap kali musim cuti persekolahan pasti sahaja ada penginap yang diganggu. Sejak itu Haikal berjanji, sekiranya bilik hotel penuh, dia lebih rela membatalkan percutian daripada membiarkan keselamatan anaknya terganggu.
Mujurlah setelah kejadian anak-anaknya semakin pulih apabila berjumpa dengan seorang ustaz. Menurut ustaz tersebut, makhluk itu memang gemar mengganggu anak-anak kecil. Sebagai ibu dan bapa, sebelum memasuki sebuah rumah atau hotel, lebih baik dibacakan ayat suci Al-Quran atau dilaungkan azan sebagai langkah berjaga-jaga.
Hana baru lepas keluar bersama tunangnya. Mereka telah mengluangkan masa di sebuah restaurant di Citta Mall sambil menonton sebuah filem dari Indonesia bertajuk Makmum. Hana suka menonton atau membaca cerita seram.
Tunangnya menghantar Hana di luar gate apartmentnya. Semasa Hana berjalan menuju ke rumahnya, dia perasan di sebuah pohon, ada anak patung yang pelik. Hana tertarik dengan anak patung itu. Hana mendekati anak patung itu. Anak patung ini tubuh badannya sempurna, dua kaki, dua tangan, tapi di badannya, sellotape di lilit dengan gambar wajah seseorang perempuan. Untuk orang lain mungkin melihat patung itu, agak menyeramkan, tapi untuk Hana, ia sesuatu yang menarik minat dia. Lalu Hana mengeluarkan handphonenya dan mengambil gambar.
Di dalam rumahnya, Hana sedang bersiap sedia untuk mandi, tunangnya whatsapp.
‘Sayang. I baru sampai rumah. Rindu.’ -tunang
‘I rindu u juga.’ -Hana
‘Yang. tadi i nak naik, i jumpa anak patung pelik. Nak tengok?’-Hana
‘Seram tak? Hantarlah’ -tunang
Hana sent gambar tu kat tunangnya.
‘I mandi dulu. Nanti kita sambung. Love u.’ -Hana
Hana mandi tanpa sedar yang tunangnya sedang kelam kabut cuba hubungnya. Dia tak dengar whatsapp masuk tanpa berhenti. Apabila dia tak dapat whatsapp dari Hana, dia cuba call. Tapi tak angkat. Tunangnya mula risau.
Hana keluar dari tandas. Dia nampak kelibat ibunya masuk ke dalam bilik. Dalam hatinya, belum tidur lagi mak aku ni.
Dia baru perasan handphone berbunyi, Hana angkat phone. “Sayang. Buang gambar patung tu. U dah buang gambar tu?”
Hana konfius, “Kenapa kena buang. Tak faham.”
“Gambar dan patung tu cara orang memuja orang yang dah mati. Siapa ada gambarnya boleh memanggil jin berupa orang yang mati tu” kata tunangnya.
“Yang jangan takut-takut kan I” kata Hana.
“Betul sayang, buang sekarang” kata tunangnya.
“Ok. Ok.” Hana terus letak handphone. Baru sahaja Hana nak letak phone, dia rasa ada sesuatu di belakangnya. Apabila dia pusing, perempuan dalam gambar sedang memerhatinya. Hana berlari ke bilik Maknya, “Mak! Mak!”
Apabila dia masuk Maknya tak ada. Baru dia ingat Maknya tidur rumah kakaknya malam. Nak main dengan cucu.
Perempuan tu menyeret kakinya mencari Hana.
Hana cari gambar yang dia ambil dan terus delete. Bunyi seret tu berhenti. Hana perlahan-lahan keluar dari bilik. Perempuan tu dah tak ada.
Hana telefon tunangnya dan minta berborak sampai tertidur.
Orang kata kalau kita puja sesuatu tu, benda yang kita puja tu boleh di kurniakan nyawa.
Sesuatu seperti ini berlaku dekat keluarga aku. Anak aku suka patung. Setiap kali keluar, mesti Zaza mahu patung baru. Kami cuba strict tapi apabila part anak, kita jadi lemah. Kadang-kadang dia buat muka cute dia. Kadang-kadang dia menjerit, satu shopping mall boleh dengar. Yang aku tak puas hati tu, dua tiga hari je dia main, lepas tu minta yang baru.
Walaupun Zaza dah ada berpuluh-puluh anak patung, tapi dia ada satu patung kegemarannya. Apa sahaja dia buat, patung itu mesti ada. Bila makan, dia suap patung tu. Bila nak tidur, dia bagi patung itu minum susu. Sampai dia namakan patung itu, Vicky.
Zaza akan borak dengan Vicky seperti kawan baiknya. Ia menakutkan isteri aku tapi aku cuba tenangkan dia.
Satu hari aku kena balik lambat. Jam dah tunjuk pukul 12. Selalunya masa begini kami dah tidur. Tak mahu kejutkan mereka, aku cuba masuk bilik tidur perlahan-lahan. Terkejut aku apabila nampak Zaza masih bangun dan sedang bercakap dengan Vicky. Apabila aku perhatikan Vicky, dalam sekelip imbas itu, aku seperti perasan matanya berkelip.
Tak mungkin. Mungkin mainan otak aku je, Aku suruh Zaza tidur. Dia pun meletakkan Vicky di tepi katil di bahagain aku tidur.
Beberapa jam kemudian aku merasakan ada orang kejutkan aku. Bila aku terjaga, Benda yang pertama aku nampak adalah Vicky. Aku hampir menjerit. Aku pusingkan badan, kedua-dua anak dan isteri aku sedang tidur. Siapa pulak kejut aku, dalam otak aku berfikir. Aku pusing semula kepala, Vicky, yang sepatutnya ada di sebelah aku, dah tak ada. Vicky lenyap.
Aku cuba mencarinya di bawah lantai, mungkin aku tertolak dia, tapi dia tak ada.
Aku perasan Vicky sedang duduk di meja make up. Bula roma aku meremang. Kepala Vicky pusing perlahan-lahan menghadap aku, tangan kanannya angkat seperti sambut aku, mulutnya senyum, lalu dia kata, “Hi ayah.”
Aku cepat-cepat buka surah ruqyah di handphone. Aku ambil Vicky dan cuba buangnya dalam tong sampah, “Ayah nak bawa Vicky ke mana?” dia tanya.
Sebaik sahaja aku buka tong sampah, Vicky bersuara semula, “cuba fikir apa Zaza akan cakap.” Aku ragu-ragu tapi apabila Vicky pusing kepalanya ke arah aku dan senyum, aku terus lepaskan dia masuk terus ke dalam tong sampah.
Aku ingat cerita ini berakhir di sini. Aku amat salah…
Kami baru pindah ke sebuah rumah flat di Selayang. Rumah ini kami beli lebih kurang RM 150 000. Alhamdulillah selepas 3 tahun duduk dengan rumah mertua, kami mempunyai rumah sendiri. Selepas kahwin, kami dah mula kumpul duit. Maklumlah, bila duduk dengan mertua, kena sopan santun. Macam tak bebas.
Aku bekerja sebagai pemandu bas. Isteri aku seorang jururawat. Kami jatuh cinta semasa aku eksiden Rina, semasa tu belum jadi isteri lagi, adalah salah seorang jururawat yang jaga saya. Cinta kami berputik di Hospital Selayang.
Kami belum di kurniakan cahaya mata lagi. Keluarga Rina sangat baik. Secara jujur memang tak ada masalah tinggal kat rumah mereka, tapi kami memang nak kediaman sendiri.
Ada satu masalah rumah itu. Setiap malam kami dengar jiran yang duduk atas rumah kami mengetuk. Tak tahu apa yang dia ketuk tapi ia menganggu tidur aku. Dah la aku kena bangun pagi buta, malam tak boleh tidur.
Setiap malam dia ketuk sehingga satu malam aku dah tak boleh tahan aku nak naik atas. Isteri aku menahanku. Aku pun cuba tenangkan fikiran tapi telinga aku masih dengar bunyi ketukan itu.
Aku buka tv dan tonton bola. Isteri aku samubung tidur. Jam menunjukkan jam 12.30 tengahmalam. Bunyi dari atas dah berhenti. Aku pun fokus kat tv. Tibq-tiba kedengaran bunyi bising kat luar. Siapa lagi tak tidur ni?
Aku pun buka pintu dan intai luar, terkejut apabila aku nampak seorang perempuan bermabut kusut, sedang mengcangkung di atas tembok sambil menghulur tangan. Di depannya ada seorang budak sedang terkapai-kapai nak naik tembok. Mereka tak perasan aku. Aku tutup pintu perlahan-lahan tapi berbunyi juga. Kedua-dua makhluk itu pusing kepala dan memerhati aku.
Aku terus tutup pintu dan cuba menonton perlawanan bola semula. Sampai habis bola aku tak habis fikirkan apa terjadi tadi. Aku kuatkan semangat dan buka pintu. Kali ini aku tak nampak apa-apa. Aku kunci pintu dan nak masuk tidur.
Aku baring memeluk isteri aku. Dia terjaga, tiba-tiba aku dengar bunyi orang sedang tukul. Aduh. Makin kuat pulak ketukan itu. Esok aku memang cadang nak beri teguran kat dia.
Keesokkan harinya, aku pulang lebih kurang pukul 9 malam. Selepas mandi dan makan, bunyi ketukan itu di dengar lagi. Aku terus naik atas. Aku ketuk rumah jiran atas aku. Tiada orang jawab. Aku ketuk kuat lagi. Masih tak ada orang jawab. Aku nampak seorang pakcik baru pulang dari kerja. Aku menahannya dan tanya dia. Pakcik itu beritahu aku yang rumah itu dah lama tak ada penghuni. Aku tak percaya. Aku beritahu setiap malam kami dengar ketukan. Pakcik itu beritahu orang yang duduk kat rumah tu dulu ada bela bermacam-macam. Kalau nampak seorang perempuan dan seorang budak berkeliaran di kawasan rumah itu, ia adalah hantu belaan penghuni rumah itu.
Aku pun turun. Isteri aku tanya apa terjadi. Aku beritahu beritahu isteri aku, tak sempat jumpa. Mungkin esok. Tak sanggup aku nak beritahu kebenaran.