Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan Nabi Sulaiman tidaklah kafir, akan tetapi para syaitanlah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia” (Al Baqarah : 102)
Minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang di perbuat dari dagu seseorang yang telah mati. Bahagian yang di gunakan adalah dagu, justeru kenapa ia di panggil minyak dagu. Bukan senang untuk dapat minyak ini. Katanya, untuk mendapatkannya, seseorang itu mesti mengorek kubur pada pukul 12 malam. Kemudian, dia akan membuka kain kapan hanya mengunakkan gigi. Selepas itu, ambil lilin dan baca menteranya. Lilin itu akan di salai di dagu dan menghasilkan minyak lemak. Minyak lemak itulah yang di tadah ke dalam botol untuk jadi minyak dagu.
Selepas itu minyak itu akan di calit pada baju, buku, tombol pintu rumah dan pemegang pintu kereta, di campur dengan wangian. Minyak itu kemudian di sapu di bahagian anggota badan terutama tempat nadi aliran darah.
Minyak ini di katakan boleh menunduk seseorang yang terkena. Minyak dagu sebenarnya bukan hanya kepada dagu orang perempuan mati beranak sulung sahaja. Ada yang menggunakan mayat orang mati dibunuh untuk membuat minyak dagu. Bermakna, mereka tidak mengharapkan mayat perempuan sahaja. Ada beberapa jenis minyak dagu. Kuasanya ikut pada yang mati. Minyak dagu yang di ambil dari wanita mati kerana mengandung anak sulong akan di gunakan untuk memporak-perandakan hubungan suami isteri sehinggakan bercerai. Mengikut pakar, minyak ini banyak di gunakan di pantai timur.
Minyak dagu yang di ambil dari anak dara sulong yang telah mati boleh di gunakan untuk mengsihir perempuan untuk jatuh cinta. Perempuan juga boleh sihir kepada lelaki yang dia suka.
Minyak dagu yang di ambil dari pembunuh. Selalunya minyak dagu ini di gunakan untuk menglumpuhkan atau menghancurkan sesuatu perniagaan (selalunya saingan peniaga). Ia agak kejam tapi kekuatan minyak itu bergantung kepada ganas ke tidak penjenayah itu semasa hidup.
Ada beberapa cara untuk mengesan mereka yang sudah terkena minyak dagu. Secara peribadi, mereka yang sudah kena akan menyendiri dan sering murung. Fisikalnya akan sentiasa sakit seluruh badan dan sering pening kepala. Doktor pun tak dapat mengesan sebabnya. Apabila bulan penuh, mereka akan benci dengan keluarganya sehingga tidak kenal ahli keluargannya sendiri. Mereka yang terkena selalunya tak tahu mereka sudah terkena dan apabila di bawa untuk berubat, mereka akan melawan. Mereka tak mahu di ubat.
Perasaan benci berubah menjadi sayang yang menglampau kepada penyihir. Mereka akan selalu terbayang muka penyihir. Sehinggakan mereka termimpi-mimpi penyihir itu. Mereka juga kerap mimpi kucing, anjing hitam, ular yang ganas mematuk mereka, jatuh tempat tinggi, mimpi berada di tempat kotor dan mimpi tukang sihir.
Mereka juga akan membuta tuli turut kata dan nafsu mereka membuak-buak kepada penyihir. Mereka akan rela lakukan apa sahaja kehendak penyihir.
Tapi tanda paling besar untk mengetahui seseorang itu terkena sihir minyak dagu adalah apabila kita dan bacaan Al-Quran, mereka akan sensitif dan tidak boleh duduk gelisah.
Mengunakan minyak dagu ini adalah syirik dan terlarang mengikut agama Islam. Apabila kita dapat tahu ahli keluarga kita terkena sihir, carilah ustaz. Gunalah keadah Islam. Insya Allah pasti dapat halau jin itu. Di fahamkan, jika kaedah rawatan tidak tepat, ia boleh menyebabkan pesakit menjadi gila.
Sesungguhnya “yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” Dan kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian. (Al-isra’ 81-82)
∞
Wak Bakar adalah pengasas Kuda Kepang. Dia dan Kumpulan Warisan Kuda Kepang Parit Ponorogo di upah untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Wak Bakar telah membawa kumpulannya dua hari sebelum untuk menyiapkan diri mereka. Dia di beri sebuah dewan serbaguna untuk berlatih.
Apabila melakukan latihan mereka di dewan itu, Wak Bakar perasan ada sesuatu yang tak kena. Setiap kali kumpulannya nak ‘menurun’ je, tiba-tiba budak dia tersedar. Masalahnya, jika dia tidak turun dengan sepenuhnya, Wak Bakar tidak dapat menyebat mereka, dan budak-budaknya tidak dapat makan kaca. Ia boleh melukakan mereka. Wak Bakar rasa pelik.
Mereka cuba dan cuba, pekara sama berlaku. Selalunya apabila seseorang dah menurun, dia tidak akan bersuara, tapi kali ini ada beberapa dari mereka boleh berkata.
Wak Bakar tak puas hati. Dia tanya kepada bomohnya, Wak Mus, apa sebenarnya berlaku. Wak Mus beritahu ada sesuatu atau seseorang sedang menghalang mereka dari menurun. Di antara dia tak puas hati dengan kumpulan kita atau dia sahaja nak ‘test power’. Wak Bakar membuat keputusan untuk hentikan latihan mereka buat hari ini. Esok sambung. Sementara itu, Wak Bakar dan Wak Mus cuba mencari puncanya.
Mereka keluar dari dewan itu dan menyalakan rokok. Sambil hisap rokok sambil memerhatikan sekeliling mereka. Wak Mus mendapati ada seorang lelaki berdiri di tingkat 5, di pangsapuri berdekatan, sedang memerhatikan dewan sambil mulutnya berkomat-kamit. Dia tak perasan Wak Bakar dan Wak Mus di luar dewan.
Wak Bakar mengangguk dan Wak Mus terus bersiap untuk melakukan sesuatu. Wak Bakar mengambil bertih (yang sepatutnya di beri kepada kuda kepang) dan memberi kepada Wak Mus.
Dengan bertih di tangan , Wak Mus mula membaca sesuatu. Lepas habis baca, dia rejam bertih di tanah dan tunjuk dengan jari telunjuk ke lelaki itu. Lelaki itu jatuh pengsan. Kecoh keadaan jadinya apabila isterinya menjerit melihat suaminya terbaring di berandar rumah mereka.
Mereka belum selesai lagi. Dengan bertih yang di rejam itu, Wak Mus menghantar santau angin kepada lelaki itu.
Keesokkan harinya, latihan berjalan lancar. Budak-budak Wak Bakar menurun dengan baiknya.
Wak Bakar mendapat berita bahawa lelaki itu namanya Pak Manan. Di kawasan sini, dia terkenal dengan ilmu mistiknya. Boleh di katakan bomoh di kawasan sini. Wak Bakar tak kisah siapa dia atau motifnya, tapi apabila dia ganggu kumpulannya, dia perlu di jatuhkan.
∞
Duit syiling 10 sen puaka dikatakan membawa malapetaka kepada sesiapa sahaja yang memilikinya. Dari gangguan mistik hingga membawa maut, syiling kecil ini menjadi misteri menakutkan.Kisah Bermula Dengan Aishah
Pernahkah anda dengar tentang sebuah duit syiling 10 sen yang dikatakan berpuaka? Ia bermula dengan seorang mahasiswa bernama Aishah. Dia tidak tahu di mana dia dapat duit itu atau sedar duit itu berpuaka.
Aishah baru balik dari kampus. Letih, dia masuk ke dalam biliknya tanpa makan malam. Tepat pukul 12 malam, selimutnya ditarik. Selepas beberapa kali, Aishah tersedar. Perutnya lapar lalu ke dapur, namun dia terdengar bunyi ketukan di dinding. Gangguan berlaku selama lima hari berturut-turut. Pada hari keenam, Aishah menggunakan duit syiling 10 sen puaka itu untuk membeli burger.
Azri dan Burger 7-Eleven
Azri, penjual burger di depan 7-Eleven, menjadi pemilik seterusnya. Malam itu, dia terdengar jeritan, frame jatuh, meja terpelanting. Dia ternampak lembaga hitam di tepi tandas rumahnya lalu pengsan. Keesokan harinya, duit itu berpindah kepada kawannya, Rahim.
Rahim Menjadi Mangsa
Rahim tertarik dengan duit syiling pelik itu. Dia menyimpan syiling tersebut. Semasa menonton filem seram, dia diganggu makhluk halus. Perjalanan pulang menaiki motor menjadi malam terakhirnya. Dalam side mirror, dia nampak lembaga putih menumpang di belakang. Motor terbabas, Rahim maut serta-merta.
Yus dan Pengakhiran Misteri
Duit itu jatuh ke tangan Yus, lelaki berkeluarga. Gangguan demi gangguan melanda rumahnya – sofa terbalik, TV terpelanting, suara mengilai. Yus membawa keluarganya lari. Keesokan hari, Yus bertemu ustaz. Sebelum pulang, dia memasukkan duit syiling 10 sen puaka itu ke dalam tabung derma.
Kesimpulan Misteri Duit Syiling 10 Sen Puaka
Kisah seram ini menunjukkan bagaimana sekeping syiling boleh membawa bencana. Sama ada benar atau sekadar urban legend, duit syiling 10 sen puaka terus menjadi tanda tanya. Adakah ia sekadar kebetulan, atau memang ada sumpahan di sebaliknya?
∞
Hantu Polong adalah belaan (selalunya lelaki) makhluk halus bertujuan untuk memudaratkan musuh. Ia akan di simpan dalam botol mulut panjang.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol itu. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol.
Polong perlu makan. Makanan ia adalah darah. Dengan mengiris sedikit tangan pemuja dan memberi polong memakan darah di jarinya, Polong akan anggap pemuja itu tuannya. Polong itu akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong adalah sejenis makhluk halus yang boleh dipelihara. Maka, ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya sendiri. Jika tuannya mati,Polong itu perlu diwariskan kepada seseorang. Sekiranya tuannya meninggal sebelum sempat mencari pengganti, Polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Pada kebiasaannya, polong akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali melalui kesan lebam pada mayat dan darah yang keluar melalui mulut mayat tersebut.
Selain untuk menyakiti musuh, hantu polong juga dikatakan boleh digunakan untuk menyelewengkan wang dari mangsa. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar. Tuan polong akan mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.
Dengan mengambil seguni pasir dan lemparkan di tempat sunyi untuk melalaikan polong lalu menghindarikannya. Dari segi perubatan Islam, bacaan Ayat Kursi digunakan bagi menyembuhkan pesakit dari gangguan jin termasuklah polong.
Polong boleh di paksa memberi nama tuannya. Dengan mengunakan lada hitam, pengamal akan menggentel bahagian badan mangsa dengan doa.
Dalam perubatan tradisi melayu, polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu. Itu akan menyebabkan polong yang berada di dalam badan mangsa kesakitan.
sumber: https://ceritahantuseramm.wordpress.com/2018/01/29/fakta-tentang-hantu-polong/
∞