Ramai tegur berat aku dah naik. Aku pun perasan. Dulu, masa zaman sekolah, aku aktif sukan. Badminton. Rugbi. Berat badan masa tu baru 72 kg. Sekarang, dah masuk Univerisiti ni, berat badan aku dah naik 87 kg. 15 kg dalam masa setahun. Banyak sangat makan jajan.
Dengan semangat berkobar-kobar untuk kuruskan badan, aku memutuskan untuk mendaki bukit. Selalunya orang akan berjogging dulu, cari stamina, tapi aku bukan seperti orang biasa… kononnya.
Berdekatan rumah aku ada bukit. Zaman sekolah dulu memang selalu je mendaki di situ. Dah lebih setahun tak jejak. Dengar cerita dah ada pangking atas tu. Dengan semangat berkobar, aku mula mendaki.
Orang degil macam aku memang cari nahas. Sebaik sampai di puncak, kaki aku mula kejang. Tak boleh berjalan, aku rehatkan kakiku kat pangking baru. Ada lah beberapa orang pendaki cuba bantu, tapi aku tolak dengan cara paling sopan sekali, “saya ok bang.”
Matahari pun hampir terbenam. Kaki ku rasa dah cukup rehat untuk turun semula. Tak mahu lah duduk dalam hutan ni sampai gelap, aku bergesa turun ke bawah. Sebaik sahaja sampai di parkir kereta, azan berkumandang.
Di bilik, aku terbaring keletihan sambil memandang dinding siling aku. Tak lama kemudian, makku ketuk pintu, “Tak ada orang kat rumah. Ayah dan mak pergi wedding. Makanan ada kat dapur tu.”
Aku hanya balas dengan bunyi “Hmmm…”.
“Dah malam dah. Pergi mandi!” kata mak aku.
Malas nak mandi aku terus ke dapar. Dalam perjalananku ke dapur, aku perasan beranda di rumah aku terbuka luas. Aku sangkakan ayah dan mak belum bertolak lagi. Aku pun menutup pintu beranda sambil memanggil keluarga, “Mak! Ayah!” Tiada ada orang jawab.
Mungkin mereka lupa tutup kot. Aku pun ambil makanan yang di tinggalkan oleh mak dan bawa ke ruang tamu sambil menonton ulangan Maharaja Lawak Mega. Tiba-tiba pintu bilik ayah dan mak di ketuk. “Ayah! Mak!” Sekali lagi tiada orang jawab.
Tak nak fikir bukan-bukan aku sambil tonton Maharaja Lawak. Tiba-tiba pintu bilik ayah ibu ku diketuk.
Tok…Tok…Tok…
“Siapa tu?” buniyi tu berhenti. Mood aku pontong. Hilang selera makan. Baru angkat je makanan dari meja, meja tu bergerak. Berlari aku dari situ. Rasanya aku tak sentuh pun meja tu.
Aku bergegas ke paip dapur, basuh tangan dan cuci pinggan. Semasa aku basuh pinggan, aku merasakan sesuatu sedang perhatikan diri ku dari belakang. Apabila aku toleh, tak ada sesiapa. Keadaan menjadi lebih seram apabila pintu tandas pula di ketuk.
Tok…Tok…Tok…
Aku berani kan diri. Aku cuba buka pintu tandas itu. Perlahan-lahan aku berjalan ke tandas. Sebelum sampai, bunyi itu berhenti. Tiba-tiba aku dengar bunyi kaki di seret. Tapi aku tak nampak apa-apa. Hanya bunyi. Makin dekat, makin kuat bunyi. Bunyi itu betul-betul dekat dengan aku. Tapi aku masih tak nampak apa-apa. Makhluk ghaib itu tiba-tiba mengilai. Baru aku sedar, ia di atas siling. Aku perlahan-lahan angkat kepala, sebuah lembaga hitam seperti bayang-bayang, matanya merah memerhati aku. Ia mengilai untuk kali terakhir dan lesap.
Tak lama kemudian ayah dan mak pulang. Mak lihat aku tercengang di lantai dapur. “Kau apasal tak mandi lagi? Dah pukul berapa ni?”
Aku buat seperti tak ada benda berlaku. Aku ambil tuala dan pergi mandi.
Aku pasti makhluk ghaib ni ikut aku balik dari mendaki tadi. Pada mulanya aku tak bersenyap. Tapi ia berulang setiap kali aku seorang di rumah. Tak tahan, aku beritahu kat ayahku. Dia panggil kawan ustaznya untuk menghalau makhluk ghaib itu.
Sam dan Vee sudah berkahwin lebih 5 tahun. Mereka bertemu di sebuah setsen bas. Kedua-dua mereka sedang menghala ke tempat yang sama dan menaiki bas yang sama. Sam kuatkan semangat dan menegur Vee. Orang putih kata, “The rest is history”.
Selama 5 tahun itu, mereka masih belum lagi mempunyai cahaya mata. Mereka memutuskan untuk membeli rumah baru. Selama ini mereka tinggal di rumah ayah Vee, tapi di rumah itu, banyak pantang-larang perlu di ikuti. Sam tak selesa walaupun sudah bertahun-tahun di situ. Akhirnya tahun ni, selepas lulus pinjaman semua, mereka berjaya beli rumah.
Rumah ini tak la baru. Malah sudah dua kali tukar pemilik. Tapi rumah ini murah, dua bilik satu bilik air. Harganya baru RM 240 000. Murah dan lokasi dekat dengan Kuala Lumpur. Apabila mereka periksa rumah di sekeliling, harganya cecah RM 350 000 ke Rm 400 000. Mungkin tuan lama mahu lepaskan secepat mungkin. Apa-apa pun mereka bersyukur.
Hari pertama kami masuk, di sebabkan barang-barang sudah ada terkumpul selama lima tahun dan ada juga barang-barang baru beli, rumah itu tidak kosong. Seperti rumah dah lama mereka miliki.
Keesokkan harinya ada seorang makcik, jiran dengan mereka, datang melawat dengan membawa karipap. Vee menjemput dia masuk. Mereka berborak seperti biasa dan menawarkan diri jika perlu apa-apa bantuan. Sebelum makcik itu tinggalkan Vee, dia berkata sesuatu yang membuatkan Vee duduk tak senang. “Maaflah kalau makcik nak beritahu ni. Vee jangan marah pulak. Rumah ini bekas rumah bomoh. Selepas kematiannya, anak-anaknya mahu menjauhkan diri dari bapanya dan menjual rumah ini dengan harga murah. Kalau boleh buatlah sembahyang hajat atau minta ustaz datang tengok-tengok rumah ni. Bukan makcik nak takutkan tapi entah apa si Bakar simpan semasa dia hidup. Jangan ambil hati ya nak.” Vee angguk sebagai tanda tidak ambil hati.
Rumah Bomoh. Rumah Bomoh. Rumah Bomoh. Itu sahaja yang bermain di minda Vee. Apabila Sam balik, dia beritahu apa yang berlaku. Sam menolak dan tak percaya apa yang si Makcik itu beritahu.
Malam itu semasa mereka sedang nyenyak tidur, terdengar bunyi tapak kaki berjalan atas bumbung. Vee terjaga. Dia kejut Sam tapi dia tidur liat. Susah nak bangun. Bunyi itu kedengaran setiap 2 minit. Seperti budak sedang bermain dan berlari. Tiba-tiba sahaja bunyi itu berhenti.
Vee cuba tidur tetapi dia dengar bunyi orang bercakap kat ruang rumah. Bulu roma Vee naik. Dia cuba kejutkan sekali lagi suaminya tapi Sam tidak sedar. Sehinggakan frame di ruang tamu terjatuh. Ia mengeluarkan bunyi yang kuat. Sam terbangun dari tidur. Vee beritahu ada sesuatu di ruang tamu.
Dengan mengunakan cahaya phone, mereka pergi ke ruang tamu. Mereka tak nampak apa-apa. Bayang-bayang hantu pun tak nampak. Tapi frame gambar perkahwinan mereka memang terjatuh. Sam memunggut frame yang jatuh itu.
Sam membawa frame itu ke dapur untuk buang, alangkah terkejutnya apabila Sam nampak seorang budak sedang bertenggek di atas lubang basuh periuk sambil tersenyum. Sam tinggal kan frame itu dan mengajak isterinya masuk tidur.
Keesokkan hari, Sam memanggil budak-budak tafiz dan ustaznya untuk baca sedikit sebanyak di rumahnya. Sejak itu mereka rasa selamat sedikit. Tapi pada hari ke 26, hantu itu muncul menakutkan mereka semula.
[Siri Dusun Indah] Di cerita kan oleh saudara aku. Ia berlaku pada malam jumaat. Kami di suruh untuk berkumpul di Dusun Indah minggu ni. Keesokkan malam ada majlis kesyukuran. Ada yang balik lepas jumaat seperti aku. Ada yang balik sabtu pagi. Saudara aku balik malam jumaat selepas kerja.
Kak Su dan suaminya, Arif, bertolak jam 10. Di jangka kan sampai jam 12.30 gitu.
Seperti di sebut kan sebelum ini, nak masuk ke dalam Dusun Indah, ada satu jalan panjang. Di hujung jalan itu, ada sebuah pondok pengawal. Lampu di pondok pegawai itu sahaja yang meyerangkan kawasan itu. Jalan panjang tu memang gelap dan seram. Kiri kanan kelapa sawit.
Kak Su tiba di jalan panjang tu lebih kurang 12.10 malam. Mereka pandu menghala ke pondok pengawal. Semasa memandu di jalan panjang tu, kereta mereka rosak. Arif terpaksa berhenti tepi jalan. Kak Su mula bising. Dia memarahi suaminya kenapa tak check dulu. Nasib dah dekat boleh dia panggil kami untuk bantu mereka.
Ali dan aku di tugas kan untuk tolong Kak Su. Nasib la Ali tu seorang mekanik.
Kak Su dan suaminya terpaksa tunggu kedatangan kami. Mereka ada juga cuba high beam pengawal tapi rasanya pengawal tu sedang nyenyak tidur.
Kak Su sambung membebel kat Arif. Tiba-tiba Kak Su rasa lain macam. Dia tanya kat suaminya kalau dia pun ada perasaan yang sama. Arif tak rasa apa-apa.
Arif keluar dari kereta untuk hisap rokok. Kak Su tak tahu nak buat apa, dia buka handphonenya. Apabila Kak Su angkat kepala mencari suaminya, Arif dah hilang. Kak Su rasa takut. Dia buka tingkat dan memanggil suaminya, “Arif… B… Jangan main-main”
Walaupun takut, Kak Su berani kan diri keluar dari kereta, “B… B…”. Tiada jawapan.
Di semak-semak kelapa sawit, Kak Su terdengar sesuatu bergerak. Dia pun pusing ke arah bunyi itu. Matanya memandang ke kiri ke kanan. Tangannya mengengam handphone. Dia tak nampak apa-apa.
Semasa Kak Su sedang mancari bunyi itu…
BOO!!!
Terkejut beruk Kak Su. Rupanya Arif segah dia. Arif gelak tak ingat dunia. Kak Su bengkek. Kat tempat keras macam ni Arif boleh main segah-segah.
“Tak lucu la” Kak Su beritahu manakala Arif masih ketawa. Kak Su sambung, “Dah, Dah tu.”
Semasa Arif tak berhenti gelak, mereka terdengar bunyi burung hantu. Kedua-dua mereka pandang atas dan ternampak seekor hantu sedang bertengek di atas pokok kelapa sawitf memerhatikan mereka.
Hantu tu matanya hitam, badannya berbulu. Tangannya sedang memeluk kakinya. Kedua-dua Kak Su dan Arif tak bergerak sambil memerhatikan hantu itu. Tak lama kemudian hantu tu melambai-lambai mereka sambil memberikan senyuman.
Apa lagi, Kak Su dan Arif terus berlari ke dalam kereta. Kedah-dua mereka senyap. Mata mereka hanya memandang ke arah pondok pengawal.
Tak lama kemudian, ada cahaya motor menghala ke mereka. Kami tiba.
Semasa Ali baiki kereta mereka, kami berborak tapi Kak Su dan Arif tak cakap. Selepas repair, Arif cuba pandang, hantu tu dah tak ada.
Tuan rumah baru beli rumah ini. Sudah hampir 5 tahun rumah ini tidak ada penghuni. Mungkin sebab harga tu murah, dia beli. Rumah tu memang memerlukan kerja baik pulih yang banyak. Alhamdulillah, rezeki aku, dia pilih syarikat aku untuk projek rumah dia.
Sudah hampir sebulan kami kerja baik pulih rumah itu. Pekerja aku ada lapor rumah tu berhantu. Mereka kata ada dengar orang sedang main piano, suara budak berlari-lari. Kadang-kadang hantu tu baling barang mereka.
Pada mulanya aku tak percaya sebab aku sendiri tak pernah lalui. Ingat kan alasan mereka nak poteng kerja. Tapi dah dua pekerja aku berhenti, mungkin ada kebenaran dalam kata-kata mereka.
Kami terpaksa bekerja overtime. Kalau tak siap pasang tile malam ni, aku tak dapat siap pada masa yang ditetapkan. Banyak akan tertangguh.
Semasa menyiapkan tiles, salah seorang dari pekerja aku dengar bunyi ketukan. Dia mula panik. Dia merayu untuk kita sambung esok je, tapi aku tak nak. Tiba-tiba kami terdengar bunyi pecah.
Rupanya dua biji tiles aku pecah. “Siapa buat?” tanya aku. Seorang pun tak mengaku. Aku suruh mereka sambung kerja.
Tak lama kemudian aku dengar bunyi piano. Merdu tapi menyeramkan, eh jap…. mana ada piano dalam rumah ini. Aku mula berasa lain macam. Lagu itu makin kuat. Seperti seseorang sedang membawa piano sambil berlari ke arah aku. Tiba-tiba lagu piano itu berhenti. Aku baru nak rasa lega, datang sebuah jeritan mengilai yang kuat.
Semua perkerja aku lari tinggalkan rumah itu. Tinggal aku seorang. Aku tengok tiles yang hampir siap. Nak lari ke nak siapkan tiles.
Lampu pulak tiba-tiba mati. Black out. Aduh. Memang kena balik la. Aku keluarkan handphone aku dan buka lampu suluh dari apps. Aku terus menghala ke pintu masuk.
Sebelum sempat aku nak keluar, aku di halang oleh sebuah lembaga. Apabila aku suluh muka dia, aku nampak lembaga itu rupa seperti aku. Apa lagi, lari lingkang pukang aku ke pintu keluar.
Keesokkan hari ni aku menelefon tuan rumah. Aku beritahu dia aku tak dapat sambung kerja rumah dia. Aku juga beritahu rumah dia berhantu.