Setelah tamat pengajian di universiti, Raiz mengambil keputusan untuk mencari kerja di bandar sahaja. Alhamdulillah murah rezekinya. Raiz mendapat kerja sepadan dengan kelulusannya. Biar pun pada permulaannya gajinya agak rendah, ianya tidak mendatangkan masalah buat Raiz. Paling penting Raiz dapat peluang pekerjaan dan dapat menimba pengalaman.
Dalam masa yang sama, Raiz mencari rumah sewa berdekatan tempat kerjanya. Pada awalnya, Raiz menyewa seorang diri, mujurlah tuan rumah tidak berkira dan mengenakan sewa yang murah kerana Raiz tinggal sendirian. Lebih mudah dan privasi apabila Raiz tinggal seorang diri. Lagi pula dirinya selalu bertugas di luar daerah, jadi jarang berada di rumah. Rumah hanya dijadikan tempat tidur semata.
Suatu hari ketika dia outstation di Kuantan, Pahang, Raiz mendapat panggilan daripada rakan sekolahnya. Biar pun Raiz ragu-ragu siapakah sebenar rakannya lama ini, tanpa sedar dia bersetuju untuk tinggal bersama. Menurut rakannya, Alif, mereka pernah satu sekolah tetapi berbeza kelas. Puas Raiz mengenang memori tetapi nama Alif ini seolah-olah tidak lekat di fikirannya.
Sepulangnya dari outstation, dia dan Alif mengatur pertemuan. Setelah berbincang dan setuju akan kadar sewa yang dikongsi, Alif akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah pada awal bulan depan. Raiz rasakan mungkin dengan adanya Alif di rumah, tidak perlulah dia risau lagi setiap kali perlu outstation.
Walaupun Raiz tidaklah sealim mana, tetapi sekiranya dia berada di rumah dia tidak melepaskan peluang untuk berjemaah ke masjid. Berbeza dengan Alif, setiap kali Raiz mengajak ke masjid, dia akan berdolak-dalih. Paling ketara apabila diajak solat Jumaat, pasti ada sahaja alasan dicipta Alif.
Terasa Pelik
Pernah suatu hari, ketika pulang dari tempat kerja, ada jiran Raiz menegur, mengapa dia tinggal sendirian. Raiz jadi pelik kerana hampir setahun dia tinggal bersama Alif. Mana mungkin mereka tidak pernah terserempak dengan Alif selama ini. Lebih mengelirukan, jirannya Raiz meminta dia untuk “memagar” rumah atau keluar sahaja dari rumah itu. Pelik juga kerana selama ini dia tidak pula diganggu makhluk halus.
Tetapi Raiz hanya membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja. Namun mungkin sudah tiba masanya Allah ingin menunjukkan perkara sebenar. Suatu malam ketika Raiz pulang lewat malam, kelihatan Alif berada di dapur sedang memasak. Terdengar riuh sekali seperti ada orang lain di dapur. Setelah menjengah hanya Alif seorang, kemudian Raiz masuk sahaja ke biliknya disebabkan terlalu letih.
Keesokan harinya kebetulan Raiz ambil cuti, dia menghabiskan masa mengemas rumah. Maklumlah lelaki kalau hari bekerja bukannya ada masa untuk mengemas. Setelah bilik dan ruang tamu bersih, Raiz menuju ke dapur, di situ Raiz terperasan keadaan dapur yang agak kotor. Hatinya tiba-tiba terdetik, bukankah baru semalam Alif memasak di dapur. Kenapa makanan yang ditinggalkan ini berulat.
Kala itu juga Raiz terasa ingin menjengah ke bilik Alif. Masya-Allah busuknya bilik Alif, keadaan bilik juga tidak terurus dan bersawang. Lamunan Raiz tiba-tiba dipagut rasa terkejut apabila telefonnya berdering. Rupa-rupanya Alif memberitahu yang dia sedang bercuti di kampung kerana ahli keluarga mengadakan majlis tahlil. Alif menjemput Raiz ke kampungnya.
Inilah peluang yang Raiz nantikan, untuk mengetahui siapa sebenarnya Alif. Dengan bantuan Alif, akhirnya Raiz sampai ke kampung halaman Alif. Keluarga Alif pelik bagaimana Raiz boleh datang dan siapa yang siapa yang menjemputnya ke sana. Setelah diterangkan perkara sebenar, barulah mereka tahu yang Raiz adalah kawan kepada Alif.
Namun lebih mengejutkan Raiz apabila keluarga Alif mendakwa bahawa Alif telah setahun meninggal dalam kemalangan jalan raya. Raiz tidak dapat bayangkan bagaimana dia boleh tinggal bersama arwah Alif sejak setahun yang lalu. Oleh kerana tidak mahu mengecilkan hati keluarga sahabatnya, Raiz tidak menceritakan hal yang berlaku, tetapi sejak itu dia terus berpindah dari rumah yang dia tinggal bersama hantu selama ini.
∞
Kisah ini berlaku di sebuah pantai di Melaka. Bakri dan saudara-maranya bercadang untuk berkhemah di tepi pantai. Malam itu mereka masak bbq, ikan bakar, chicken wing, hotdog, udang, sotong dan daging. Aida, adik saudara Bakri juga telah sediakan mee goreng yang dia masak sebelum datang ke sini. Riuh rendah malam itu.
Semasa semua sedang menjamu selera, Ali, adik Aida, sedang duduk seorang diri di bangku yang sedia ada kat tepi pantai. Dia seperti berbual dengan seseorang. Bakri rasa pelik lalu aku panggil Aida. “Kau nampak Ali sedang buat apa?” Aida jawab, “Sedang berborak dengan seorang perempuan. Siapa tu?” Perempuan? Bakri pelik. Dia tidak nampak sesiapa tetapi Aida nampak seorang perempuan. Ini mesti makhluk halus kata Bakri dalam hatinya. Bakri menyuruh Aida panggil Ali balik. Ali pun datang. Aida tanya siapa perempuan tu. Ali jawap orang kampung sini. Dia tanya apa kita buat kat sini. Bakri suruh Aida dan Ali join saudara-mara yang lain dan jangan berjalan seorang diri. Ali ingin ajak perempuan tu tapi apabila dia toleh, peremuan tu dah tak ada. Mungkin dah pulang kot, kata Ali.
Aku panggil Abang Yus, seorang lagi saudara Bakri. Abang Yus ni alim sikit. Dia pun ada menuntut sikit ilmu sana sini. Aku terangkan apa terjadi. Tanpa buat kecoh, Abang Yus dan pergi ke bangku. Dia membaca sesuatu lalu ludah ke tanah. Katanya untuk perlindung supaya kita tak di ganggu.
Malam itu, semasa semua masuk tidur, perempuan itu mahu ganggu tapi tak boleh. Dia hanya dapat perhati dari jauh. Bakri bersyukur. Selepas padamkan lampu, Bakri masuk tidur.
Ali terjaga malam. Dia ingin buang kecil. Dia kejut saudara dia yang lain, tapi semua tak mahu teman. Ali bangun dan keluar seorang diri. Dia nampak perempuan tu dekat bangku. Ali pergi dekat ke sana. Ali tanya kenapa kakak tak balik lagi. Dia beritahu dia tunggu Ali. Perempuan itu tanya, Ali dah bersedia. Ali angguk. Kedua-dua mereka berjalan meninggalkan khemah.
Keesokan harinya riuh jadinya apabila dapat tahu Ali hilang. Aida paling risau. Semua saudara-mara mencari Ali. Selepas lebih kurang 40 minit mencari, Bakri ternampak Ali yang terbaring tepi pantai. Badannya basan. Bakri menjerit panggil saudaranya. Apabila Bakri terbalikkan Ali, dia mendapati Bakri sudah mati lemas.
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!
∞
Nama saya Dahlia. Saya tinggal di Shah Alam bersama dua lagi rakan. Saya student di Universiti berdekatan di sini. Kawasan rumah saya ni memang sunyi. Tapi tak pernah berlaku apa-apa ganjil sebelum ni. Malam ini semua berubah.
Satu malam saya tak sedap badan. Biasalah, masalah wanita. Sakit sangat. Nak berjalan pun tak mampu. Ni lagi pulak nak kuar rumah. Sepatutnya malam ni kami kuar tapi kerana keadaan saya begini, saya buat keputusan untuk duduk rumah. Saya suruh kawan saya tapau makanan untuk saya. Selepas mereka keluar, saya kuatkan semangat dan pergi mandi. Rasa kotor kalau tak bersihkan badan. Lagi-lagi time begini. Selepas itu saya ambil ubat dan terus masuk tidur. Harap apabila bangun, badan saya dah ok sikit.
Saya pun baring dan masuk ke alam mimpi. Tiba-tiba semasa saya sedang tidur, saya dapat rasakan ada orang tarik ibu jari kaki. Saya tersedar. Mamai-mamai. Sekali lagi saya rasa ibu jari kaki saya di tarik. Tak nak lah fikir benda-benda bukan-bukan, saya anggap otok saya menegang. Maklumlah, tidur dalam aircond. Saya pun cuba tidur semula. Tiba-tiba saya rasa dan nampak depan mata saya selimut saya yang saya selubung sehingga ke leher di tarik dari bawah.
Saya terus segar terkejut. Saya pandang kiri kanan dalam bilik saya yang gelap tu saya tak nampak apa-apa. Bulu roma dah meremang. Tapi saya masih berfikir mungkin itu mainan mimpi saja. Saya ambil balik selimut itu dan selubung semula badan saya. Sekali lagi selimut saya di tarik. Kali ini saya percaya saya bukan dalam mimpi. Oleh kerana takut, saya tak berani buka mata. Saya tak tahu nak buat apa. Saya lompat dari katil dan beranikan diri, “Jangan ganggu aku! Aku tak takut dengan kau!”.
Tiba-tiba pintu bilik saya terbuka sendiri. Saya panggil nama kawan saya. Tiada jawapan. Sakit perempuan saya makin kuat. Nak lari tak bermaya. Saya terus memanggil nama kawan saya. Tiba-tiba dengar satu gelak lembut. Saya kuatkan semangat dan bangun keluar dari bilik. Harapan saya dapat lihat kawan saya sedang usik saya tetapi apabila saya keluar, tiada sesiapa di ruang tamu.
Tiba-tiba dari dalam bilik saya dengar bunyi suara mengilai. Handphone pulak ada di dalam bilik. Nak ambil phone tak berani. Apa saya boleh buat adalah buka lampu ruang tamu. Rumah itu jadi terang. Saya pandang kiri kanan tiada orang.
Tak lama kemudian, di bilik tandas saya terdengar bunyi orang sedang makan sesuatu. Saya tak berani nak tengok. Lalu saya terfikir, “Alamak, saya terlupa saya tak basuh kain tuala yang kena darah saya tadi.” Saya berdiri kaku di pintu. Bunyi itu makin kuat, seperti makin selera. Saya nampak telefon saya. Saya terus berlari mengambilnya. Saya menelefon kawan saya. Dia memberitahu yang dia sudah berada di depan rumah. Sebaik sahaja mereka masuk, bunyi itu berhenti. Saya memberitahu apa yang terjadi. Kami bertiga pergi ke bilik air. Tuala saya berada di lantai bilik air. Saya terus ambil tuala itu dan basuh.
Takut… malam itu kami tidur sebilik.
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!
∞
Semasa aku kecil, aku ingat lagi satu kisah yang berlaku di kampung halaman ku. Malam perkahwinan Maksu ku, dia di ganggu oleh lembaga hitam.
Kampung ku jarang kami balik. Kalau ada perkahwinan atau hari raya baru kami kumpul. Rumah tu di jaga oleh paklong ku. Keluarganya ada bilik sendiri. Bahagian depan ada satu bilik yang tidak ada penghuni. Sentiasa di biarkan kosong. Semasa kami balik pun, kami tak tidur di dalam bilik itu, kami tidur beramai-ramai di ruang tamu rumah. Keluarga kami besar. Apabila Maksu ku ingin kahwin, bilik itu di hias untuk menjadi bilik pengantin.
Perkahwinannya bejalan lancar. Tiada yang pelik atau mencurigakan. Malam tiba. Kami semua sudah penat. Maksu dan suaminya, Pakzul masuk ke dalam bilik itu.
Hampir pukul 3.30 pagi, kami terdengar jeritan meminta pertolongan dari dalam bilik. Apabila kami buka, Pakzul sedang cuba kejutkan Maksu dari tidur. Ibuku membaca surah kursi. Maklong dan kakak saudaraku turut serta membaca surah kursi. Akhirnya sedar Maksu ku. Dia menarik nafas dengan kuat seperti orang baru lepas lemas dan cuba bernafas semula.
Selepas beberapa minit, Maksu kembali pulih. Kami tanya dia apa terjadi. Dia enggan jawap. Dia juga tidak mahu tidur di dalam bilik itu. Kami ikut sahaja permintaan dia.
Selang beberapa bulan. Hari raya tiba. Kami berkumpul semula di kampung halaman. Selepas bermaaf-maafan, meninjau keluarga yang jauh, akhirnya Maksu saya berani untuk cerita apa yang berlaku.
Malam itu tidak ada apa-apa ganjil berlaku. Dalam pukul 3 begitu, Maksu melihat sebuah lembaga sedang memerhatikan dia. Lembaga itu besar. hitam. berbulu seluruh badan. Matanya pula merah. Sebelum sempat Maksu nak menjerit, dia duduk atas maksu. Maksu tak bergerak. Rasa lemas. Susah nak nafas. Mata maksu mula mengalir. Mahkluk itu hanya memerhati Maksu. Tak lama kemudian Pakzul bangun. Dia nampak keadaan Maksu. Dia cuba kejutkan. Tapi Maksu tak boleh bergerak. Dia suruh Maksu mengucap. Lafaz apa-apa surah Al-Quran. Maksu ikut. Pakzul menjerit. Semasa tu kami semua masuk.
Itu kenapa jarang kami tidur dalam bilik itu. Dalam bilik itu sperti ada penghuni. Bilik itu di jadikan temlpat
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!
∞