
Pak Dogol adalah salah satu watak dalam persembahan seni tradisional wayang kulit. Watak manusia biasa, hidup dalam serba sederhana dan menghabiskan usia menghambakan diri sebagai pembantu kepada Raja Seri Rama. Seorang yang digambarkan sebagai berperut buncit dan berkulit hitam dan bercakap dengan bahasa pelatnya. Dia dianggap badut dan seorang pelawak di kerajaan Kuala Dua Derdap Muda. Pak Dogol memang setia dengan Rajanya. Kesetiannya membuta. Itulah kekuatan dan kelemahannya. Kehinaan dan kecantikannya. Warna hitam menandakan dia sentiasa di belakang bayang-bayang raja. Perut buncit melambangkan dia mempunyai kehidupan yang senang.
Tetapi di sebalik watak yang sinikal, Pak Dogol merupakan satu-satunya watak yang dijaga oleh Dalang. Watak Seri Rama sendiri tidak di beri kehormat tertinggi seperti Pak Dogol. Di mana Seri Rama dan lain-lain di ikat di dalam bungkusan biasa, Pak Dogol akan di asingkan dan simpan di atas dinding. Dalang akan berasap batu kemenyan ke arah Pok Dogol sebelum di simpan.
Kenapa Pak Dogol begitu di hormati?
Di katakan Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal, dia merupakan Dewa ditingkat teratas. Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak Dogol. Ada juga menganggap Pok Dogol jelmaan Syaitan. Tugasnya untuk menghasut Raja Seri Rama.
Ada Pak Dogol yang di warisi dari turun-kemurun. Satu kerhormatan menjaganya. Pak Dogol ini perlu di ikut pantang larangnya. Jika tidak, malang akan timpa kepada tuannya.
Kuda Kepang Terbantut

Wak Bakar adalah pengasas Kuda Kepang. Dia dan Kumpulan Warisan Kuda Kepang Parit Ponorogo di upah untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Wak Bakar telah membawa kumpulannya dua hari sebelum untuk menyiapkan diri mereka. Dia di beri sebuah dewan serbaguna untuk berlatih.
Apabila melakukan latihan mereka di dewan itu, Wak Bakar perasan ada sesuatu yang tak kena. Setiap kali kumpulannya nak ‘menurun’ je, tiba-tiba budak dia tersedar. Masalahnya, jika dia tidak turun dengan sepenuhnya, Wak Bakar tidak dapat menyebat mereka, dan budak-budaknya tidak dapat makan kaca. Ia boleh melukakan mereka. Wak Bakar rasa pelik.
Mereka cuba dan cuba, pekara sama berlaku. Selalunya apabila seseorang dah menurun, dia tidak akan bersuara, tapi kali ini ada beberapa dari mereka boleh berkata.
Wak Bakar tak puas hati. Dia tanya kepada bomohnya, Wak Mus, apa sebenarnya berlaku. Wak Mus beritahu ada sesuatu atau seseorang sedang menghalang mereka dari menurun. Di antara dia tak puas hati dengan kumpulan kita atau dia sahaja nak ‘test power’. Wak Bakar membuat keputusan untuk hentikan latihan mereka buat hari ini. Esok sambung. Sementara itu, Wak Bakar dan Wak Mus cuba mencari puncanya.
Mereka keluar dari dewan itu dan menyalakan rokok. Sambil hisap rokok sambil memerhatikan sekeliling mereka. Wak Mus mendapati ada seorang lelaki berdiri di tingkat 5, di pangsapuri berdekatan, sedang memerhatikan dewan sambil mulutnya berkomat-kamit. Dia tak perasan Wak Bakar dan Wak Mus di luar dewan.
Wak Bakar mengangguk dan Wak Mus terus bersiap untuk melakukan sesuatu. Wak Bakar mengambil bertih (yang sepatutnya di beri kepada kuda kepang) dan memberi kepada Wak Mus.
Dengan bertih di tangan , Wak Mus mula membaca sesuatu. Lepas habis baca, dia rejam bertih di tanah dan tunjuk dengan jari telunjuk ke lelaki itu. Lelaki itu jatuh pengsan. Kecoh keadaan jadinya apabila isterinya menjerit melihat suaminya terbaring di berandar rumah mereka.
Mereka belum selesai lagi. Dengan bertih yang di rejam itu, Wak Mus menghantar santau angin kepada lelaki itu.
Keesokkan harinya, latihan berjalan lancar. Budak-budak Wak Bakar menurun dengan baiknya.
Wak Bakar mendapat berita bahawa lelaki itu namanya Pak Manan. Di kawasan sini, dia terkenal dengan ilmu mistiknya. Boleh di katakan bomoh di kawasan sini. Wak Bakar tak kisah siapa dia atau motifnya, tapi apabila dia ganggu kumpulannya, dia perlu di jatuhkan.
Mengunakan minyak dagu kerana taksub dengan Zara

Leman seorang editor di sebuah syarikat digital. Tugasnya mencari bahan untuk di jadikan berita. Leman sudah berkahwin dan masih tidak mempunyai anak. Di bawahnya ada seorang reporter bernama Zara. Dia amat minat dengan Zara. Bertudung, muka putih, budi bahasa. Selalu menjadi gangguan lelaki-lelaki bujang di opis. Leman cemburu melihat Zara di usik. Leman tidak berani menganggu Zara kerana dia sudah berkahwin. Tapi hubungan dia dan isterinya sudah lama retak. Cinta mereka sudah pudar.
Satu hari Leman bercerai dengan isterinya. Leman mula berubah. Dia banyak menghabiskan masanya dengan kerjanya. Zara melihat perubahan bosnya dan mengajak dia makan malam bersama. Hajat Zara untuk mengembalikan semangat Leman tapi Leman mengambil itu sebagai tanda yang Zara suka kat dia.
Semangat Leman baik pulih. Zara gembira melihat bosnya senyum semula. Cinta Leman terhadap Zara berkembang. Dia mula message Zara diatas nama kerja. Tapi motif sebenar ingin berborak dengan Zara.
Satu hari Leman ajak Zara ke sebuah restaurant mewah. Alasan Leman untuk ucap terima kasih atas pertolongan Zara tapi Zara menolak. Dia tidak mahukan balasan apa-apa, hanya dapat tolong kawan yang dalam kesusahan sudah memadai. Tapi Leman tidak mahu terima jawapan itu. Leman membuat satu alasan, atas nama kerja, Zara kena ikut dia ke restaurant itu. Zara tiada pilihan, atas nama kerja dia pergi.
Sampainya di restaurant itu, selepas mengambil order, Leman meminta untuk ambil gambar selfie dengan Zara. Zara setuju kerana tidaklah fikir apa-apa yang bukan-bukan, hanya sekadar selfie. Leman tanya soalan peribadi Zara. Pada awalnya Zara malu untuk bercerita, tapi beritahu juga.
Selepas habis makan, Zara tanya apa assignment yang perlu dia buat, Leman menipu dan meminta dia review kedai makan ini.
Leman menghantar pulang Zara. Mereka berborak tetapi dalam perjalanan pulang Leman cuba memegang tangan Zara. Terkejut Zara. Dia menarik tangannya. “Bos. Apa ni?”
Leman sekali lagi pegang tangan Zara dengan kuat, kali ini Zara tidak dapat lepaskan tangan dari Leman, “Zara, i sebenarnya suka u. Sebelum i cerai lagi. Time i paling down, u lah yang bagi semangat balik kat i. Kalau u sudi, i nak jaga u.”
Zara tak tahu nak kata apa. Dia dapat lepaskan tangannya dari Leman. “Zara anggap bos sebagai bos je. Zara tak pernah ada hati dengan Bos. Zara tak sedia nak couple dengan sesiapa.”
Selepas hantar Zara pulang, Leman memandu pusing-pusing Kuala Lumpur. Dia seperti tidak boleh terima dengan kata-kata Zara. Dia parking di tepi jalan dan melihat gambar mereka selfie bersama. Dia scroll ke kiri, rupanya Leman telah mengambil gambar Zara secara senyap. Dia membelai-belai gambar itu.
Leman cuba google cara-cara untuk memikat hati wanita. Entah bagaimana, dia bertemu dengan satu page mengenai minyak dagu.
Keesokkan hari dia ke opis seperti biasa. Zara lihat bosnya seperti tak ada apa-apa berlaku. Leman memanggil Zara, dia bincang seperti biasa. Zara menjadi tak sedap hati dan bertanya keadaan bosnya. Leman jawab dia ok. Zara meminta maaf sekali lagi. Leman hanya senyum. Apabila Zara beredar dari situ, Syazwan, salah seorang budak opis yang bujang menganggu Zara. Ini membuat Leman iri hati. Dia memanggil Syazwan dan memberi satu tugas yang sukar. Saja hukum Syazwan.
Malam itu Leman sudah buat keputusan untuk mendapatkan minyak dagu. Dia berhubungan dengan kawannya, Alif. Sudah hampir 15 tahun tidak jumpa. Dia tahu kawannya ini pandai sikit tentng dunia paranormal. Dia terangkan apa dia mahukan.
Keesokkan malam Leman dan kawannya ke sebuah perkuburan. Kawannya sedang membaca tulisan di batu nisan. Sehingga dia berhenti di satu kubur. “ini dia” kata kawannya. “kubur anak dara sulong”.
Mereka pun menggali kubur itu. Kawannya menyuruh Leman untuk membuka kain kapan mengunakan giginya. Leman ikut, dia merangkak tepi mayat tu dengan mengunakan gigi, dia membuka kain itu. Kawannya menyalakan lilin dan membaca sesuatu. Lilin itu kemudian di acu ke dagu mayat itu. Minyak lemak yang dihasilkan, di masukkan ke dalam botol. “Ini dia minyak dagu. Calitkan ke perempuan itu.”
Keesokkan hari Leman membawa minyak dagu itu ke opis. Dia calitkan di baju Zara. Dia tak tahu jadi ke tidak minyak itu. Dia tunggu.
Keesokkannya Zara mula memandang-mandang Leman. Zara macam tak selesa duduk. Zara bangun dan ajak Leman keluar. Kata Zara dia bosan dan mahu pergi karaoke. Leman setuju kegembiraan.
Mereka berkaraoke bersama. Leman tidak berhenti melihat Zara. Seperti seekor singa memburu mangsanya. Zara perasan. Dia malu-malu. Untuk pertama kali, Zara tidak panggil Leman dengan gelaran bos, “Awak jangan pandang saya macam tu. Malu.”
Leman senyum. Zara duduk sebelah Leman. “Awak, saya dah fikir apa yang awak kata hari tu.” Zara memegang tangan Leman. Sambil sandar di bahunya. Mulai hari tu Zara milik Leman.
Hari bertukar hari. Cinta Zara terhadap Leman menjadi-jadi. Apa sahaja permintaan Leman Zara patuhi. Sehingga Leman suruh dia duduk serumah dengannya. Zara patuh. Nafsu Zara terhadap Leman juga terbuak-buak.
Satu hari abang dan ayah Zara datang ke opis. Dia mencari Zara. Mereka dapat rasa perubahan Zara. Zara dah mula melawan keluargannya dan sudah lebih seminggu dia tak balik rumah. Keluarga Zara ingin bawanya berjumpa dengan Ustaz. Zara enggan. Dia menjerit di hadapan kawan sekerjanya. Ayah dan abangnya menarik Zara. Leman tidak berani buat apa-apa. Dia perhatikan sahaja. Ramai yang tanya kepada Leman apa terjadi, tapi Leman senyap sahaja.
Keluarga Zara bawa dia ke Ustaz. Apabila Ustaz membuat penyelidikan, dia dapati yang Zara sudah terkena sihir dari minyak dagu. Ustaz ini mula membaca ayat-ayat dari kitab. Jin yang tersembunyi dalam badan Zara pada awalnya tidak mahu keluar. Ustaz itu tanya siapa tuannya. Dia jawab “Leman.” Selepas membaca ayat dari kitab Al-Quran, Ustaz itu berjaya mengubat Zara.
Selepas Zara sedar, dia rasa dirinya kotor dan hina. Keluarganya memeluk Zara dan beritahu Leman akan di hukum. Zara berhenti kerja dari situ. Leman juga tiba-tiba hilangkan diri. Tiada seorang pun tahu ke mana Leman pergi. Di opis mereka bergossip bahawa Leman telah di bunuh oleh keluarga Zara. Ada juga yang kata Leman telah kahwin dengan Zara.
Di ganggu hantu sampai lumpuh badan

Fuad sudah berkahwin dengan Hani selama 4 tahun. Satu hari Hani jatuh sakit. Satu badan dia tak boleh gerak. Dia boleh bercakap, boleh makan tapi badannya tak boleh bergerak. Dia terpaksa baring dan tak boleh bangun dari katil. Makcik saya suruh saya cari rawatan alternatif. Saya setuju. Makcik saya menelefon seseorang.
4 hari kemudian pakar alternatif tu datang. Pak Mus tak banyak cakap. Dia berpusing-pusing sekitar rumah. Sehingga dia masuk ke dalam bilik di mana Hani terbaring. Hani sedang tidur semasa tu. Pak Mus lihat Hani. Dia meminta izin dengan Fuad untuk melakukan sesuatu. Fuad benarkan. Pak Mus baca sesuatu dan tiba-tiba Hani yang tak boleh bergerak, tiba-tiba dia duduk dan pandang tajam ke arah Pak Mus.
“Apa kau buat di sini! Kau tak di jemput! Balik! Ni tempat aku! Balik!”. -kata Hani tapi suaranya dah ubah. Suaranya lebih garing. Macam laki.
“Fuad. Kau ambil kan aku air putih.” -kata Pak Mus. Fuad pun ke dapur ketakutan. Tapi dalam ketakutan itu Fuad tuang air ke dalam bekas. Fuad dengar isterinya menjerit dan mengilai. Fuad balik dengan gesa ke bilik. Pak Mus sedang membaca sesuatu. Hani masih menjerit dan mengilai.
“Kau nampak tak apa di bawah katil kau?” -kata Pak Mus sambil tunjuk ke bawah katil.
“Nampak apa?” -kata Fuad. Di bawah katil tu cuma ada kotak-kotak barang-barang tak pakai Fuad.
Pak Mus sambung “Ada sesiapa datang ke rumah ini? Masuk bilik ni?” -kata Pak Mus.
“Saudara mara. Makcik. Pakcik saya” -kata Fuad.
“Aku bukan nak kata apa-apa, tapi ada yang masuk ke dalam bilik ini tidak bertangan kosong”- kata Pak Mus.
“Maksud Pak Mus?” -Fuad seperti tak faham.
“Kau tahu tak apa ada di bawah katil kamu?” -kata Pak Mus.
Hani toleh ke arah Fuad. Dengan matanya yang tajam dan senyuman sinis jawab dengan suara garing, “Ada tujuh pocong”.
Pak Mus menaip sesuatu di handphone dan dia terus sambung baca. Hani terus menjerit dan mengilai.
Tiga jam sudah berlalu. Tiba-tiba muncul kawan Pak Mus. Dia dah mula penat. Dia minta kawannya bantu. Kawannya sambung membaca. Pak Mus keluar dari bilik dan memberitahu Fuad bahawa ini akan mengambil masa. Selagi pocong-pocong itu tidak keluar dari bilik, ia akan bahayakan Hani. Selagi itu Hani tidak akan pulih.
Selepas Pak Mus minum segelas air, dia sambung. Pak Mus dan kawannya sambung baca sesuatu. Hani semakin mengila. Menjerit dia semakin kuat. Tiba-tiba Hani melompat ke arah mereka. Fuad dan kawan Pak Mus di minta pegang badan Hani. Pak Mus dan kawannya sambung baca. Tangan Hani terlepas. Dia cakar muku Fuad. Fuad terlepas genggaman. Kaki Hani sempat tendang kawan Pak Mus. Terjatuh. Hani cuba menikam Pak Mus, Fuad sempat tarik kaki Hani. Mereka dapat kawal Hani semula.
Mereka sambung baca. Tidak lama kemudian Hani beransur pulih. Hani menangis. “Abang. Tolong saya bang. Saya tak larat lagi.”
Fuad sedih melihat keadaan isterinya. Pak Mus memberitahu sekarang dia dah pulih. Tapi Hani belum sihat habis. Pak Mus berjanji akan datang semula untuk ubat Hani.
Fuad tanya apa yang dia boleh buat. Pak Mus suruh mereka rehat. Walaupun Fuad buang benda tu dari rumah ni, makhluk itu masih akan datang. Dia dah suka dengan Hani. Pak Mus pun beredar. Fuad melihat isteriny dan air mataNYA mengalir melihat keadaan isterinya