Jin Ummu Sibyan ini adalah sejenis jin yang gemar menganggu bayi atau wanita yang masih hamil dipercayai dari rupa atau wajah kaum perempuan yang mengerikan dan berjalan di dinding seperti cicak. Ia juga dikatakan mampu mengikat rahim wanita serta turut membunuh bayi ketika masih dalam kandungan.

Maghrib adalah saat di mana matahari sudah tenggelam, namun masih muncul dengan sinar yang kadang-kadang berwarna jingga atau merah menyala. Untuk mengelak agar wanita Jin Ummu Sibyan tidak datang ke rumah, kita diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah.

Jin Ummu Sibyan dikatakan akan memasuki ke dalam rahim perempaun. Tujuannya agar wanita itu tidak dapat mengandung atau tidak mampu hamil. Jin Ummu Sibyanakan masuk ke dalam rahim perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat supaya perempuan itu tidak boleh mengandung.

Di ceritakan juga Apabila Jin Ummu Sibyan memasuki janin, jin itu kemudian akan menendang sehingga berlaku keguguran menjadikan rahim kosong.

Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.

Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kangungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tambahnya lagi : “Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.

Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka sera diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.

IKLAN

sumber:https://fitrahislami.wordpress.com/2017/12/05/kisah-jin-ummu-shibyan-dengan-nabi-sulaiman/

 

Walau bagaimana pun, Hadith tentang Jin Ummu Sibyan agak Daif. Tapi waktu magrib adalah waktu syaitan dan iblis berkeliaran. Janganlah bagi anak-anak bermain di waktu senja. Pastikan anda menutup semua pintu dan tingkap pada waktu Maghrib
dan jangan mengangkat jemuran baju atau kain yang dijemur pada waktu Maghrib.

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.”

(HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).

———————————————————————————————–

IKLAN

Tanda-tanda bayi di ganggu Jin Ummu Sibyan:

1. Bayi menangis melalak dan mata terbeliak memandang ke atas
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas waktu malam sehingga subuh sahaja

Akibat terkena gangguan Jin Ummu Sibyan:

1. Sawan tangis
2. Autisme (over hiperaktif)
3. Nakal dan keras kepala
4. Malas

Tanda-tanda wanita hamil terkena gangguan Jin Ummu Sibyan:

1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar dan berlarut sampai tengah malam
2) Kusut fikiran
3) Sakit pada bahagian tulang-tulang belakang
4) Mengigau ketika tidur
5) Mimpi-mimpi yang menakutkan

IKLAN

Cara mengelak daripada gangguan Jin Ummu Sibyan

1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu maghrib
2) Jangan angkat baju yang masih berjemur di luar rumah pada waktu maghrib

Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak

Meniarapkan bayi kemudian baca ayat Qursi dan surah Tiga Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai bayi berhenti menangis. Satu lagi cara dengan halaunya sahaja seperti “Wahai Ummu Sibyan, keluarlah dari rumahku dan jangan ganggu anak-anakku.”  InsyaAllah, Ummu Sibyan akan pergi.

————————————————————————————————

sumber: https://mediamaklumat.com/gangguan-jin-ummu-sibyan/

sumber: https://www.bukuprima.com.my/info-Artikel/125/KISAH-UMMU-SIBYAN

sumber: http://www.lawakhambar.my/2018/12/28/kisah-ummu-sibyan-adakah-ia-kisah-shahih/

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI