Mat Yo nama samaran yang di berikan kepada orang kampung. Seorang lurus bendul. Dalam bahasa kasar, dia tak betul sikit.

Ibu bapa Mat Yo meninggal dunia semasa dia kecil lagi. Dia di jaga oleh neneknya. Beberapa bulan lepas, neneknya jatuh dalam bilik air. Sejak tu badannya lumpuh. Mat Yo terpaksa menjaga neneknya yang tersadai di katil. Nasib ada Kak Sabariah.

Kak Sabariah kesian dengan keadaan mereka, setiap hari dia akan sediakan makanan untuk Mat Yo dan neneknya. Oleh kerana terhutang budi, Mat Yo akan bantu Kak Sabariah di warungnya.

Mat Yo dan neneknya sangat rapat. Neneknya sangat sayang dengan Mat Yo, satu-satunya cucu dia. Mereka kadang-kadang akan berborak sampai kedua-dua mereka tertidur sendiri. Mat Yo selalu tanya tentang sejarah neneknya. Kehidupan neneknya sangat menarik. Dia pernah menang pertandingan menyanyi dan menjadi terkenal sebagai penyanyi majlis dari Muar ke Batu Pahat.

Satu malam, Mat Yo pulang ke rumah. Kak Sabariah dah bungkus makanan malam untuk mereka. “Nek, Mat balik ni” kata Mat.

Tiada orang respon. Mat terus ke dapur dah hidangkan makanan untuk neneknya. “Kak Sabariah masak keli hari ni. Nek mesti lapar.” sambung Mat Yo. Tapi tak ada orang respon.

Tiba-tiba dia dengar tapak kaki dari ruang tamu. Apabila dia pusing kepala, Mat Yo terkejut melihat neneknya berjalan. “Nenek dah boleh jalan?.” kata Mat Yo. Nenek tak respon.

Nenek duduk di kerusi. Dia langsung tak perhatikan Mat Yo. Setiap langkah nenek agak pelik. Cara dia makan juga pelik. Dia mengengam sepenuh nasi di tangannya dan tanpa kunyah dia terus telan nasi itu. “Tadi penghulu bagi Mat duit.”kata Mat sambil tunjuk duit RM 10. “Esok Mat nak beli moto dengan duit ni” sambung Mat. Nenek masih tak respon.

IKLAN

Selepas makan nenek Jalan ke ruang tamu. “Nenek tak nak mandi?” Nenek dia tak respon.

Apabila selesai basuh pinggan dan mandi, dia pergi ke ruang tamu. Nenek sudah masuk tidur. Mat Yo pun buka tilamnya dan tidur di sebelah katil nenek. “Nek. Nek. Sambunglah cerita Nenek dengan lelaki tu.” kata Mat Yo. Tiada respon. Mat Yo pun tutup mata. “Selamat malam” sambung Mat Yo.

Sudah seminggu berlalu. Situasi yang sama berlaku tiap-tiap hari. Ia buat Mat Yo muram. “Mat. Kenapa dengan kau?” tanya kak Sabariah.

“Sejak boleh jalan ni, nenek pelik” kata Mat.

IKLAN

“Nenek boleh jalan? Kenapa tak beritahu” kata kak Sabariah.

“Saya tanya dia tak jawab. Mandi pun tak nak. Busuk rumah kak.” jawab Mat.

“Lepas kedai tutup kita ke rumah kau,” kata kak Sabariah.

Lepas kedai tutup, Mereka terus ke rumah Mat. Dari luar lagi, kak Sabariah dah bau busuk rumah itu. Apabila masuk, bau itu makin kuat.”Nek. Mat balik. Kak Sabariah pun ada.” kata Mat. Tiada respon.

IKLAN

Mat Yo ke dapur manakala Kak Sabariah ke ruang tamu. “Mat! Sini Mat!” menjerit kak Sabariah.

Dia bergesa lari ke ruang tamu, “kenapa kak!” tanya Mat.

“Nenek awak dah meninggal dunia!” kata kak Sabariah.

Mat Yo terus memeluk neneknya dan menangis. “Bangun nek. Bangun. Jangan tinggalkan Mat seorang diri.”

Sabariah menelefon hospital. Tak lama kemudian, ambulan sampai.

Hospital memberitahu bahawa nenek telah meninggal hampit seminggu.

Kalau nenek dah seminggu meninggal dunia, Siapa yang Mat Yo nampak setiap malam tu?

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI