Demi menyempurnakan ritual penyucian jiwa, seorang psikotik bergelar Azazel telah memerangkap dan memaksa Suhaimi melakukan pembunuhan terhadap 7 orang yang melambangkan 7 sifat keburukan yang sering dikaitkan dengan manusia.
Ketujuh-tujuh sifat keburukan itu adalah Gelojoh, Cemburu, Berahi, Malas, Amarah, Tamak dan Riak.
—————————————————————————————————
Suhaimi seorang peguam yang berjaya menyelamatkan seorang tua bernama Mokhtar dari dihukum gantung di atas tuduhan membunuh ahli keluarganya.
Suhaimi menyambut kemenangan kesnya dengan bersuka ria bersama rakannya bernama Joe di sebuah restoran mewah. Mereka makan dengan banyak sekali sehingga berlaku pembaziran.
Suhaimi pulang semula ke pejabat dan mendapat sorakan dari beberapa rakan kerja diatas kejayaannya, namun peguam kanan bernama Siva telah menampakkan rasa tidak puas hati kerana khuatir kejayaan Suhaimi bakal mengundang padah terhadap kerjayanya. Pada masa yang sama, Suhaimi bermain mata dengan salah seorang rakan kerjanya, Lisa.
Sebelah petang, Suhaimi singgah di sebuah hotel murah dan berasmara dengan Lisa. Selesai saja, Suhaimi mendapat panggilan dari adiknya, Amar, yang telah ditangkap samseng kerana berhutang dengan mereka. Suhaimi menjumpai Amar di satu lorong sunyi dan menyelesaikan hutangnya. Suhaimi juga memarahi Amar kerana malas bekerja dan hanya tahu menyusahkan orang lain.
Ads
Tiba-tiba Suhaimi mendapat panggilan pula dari isterinya Ainul. Ainul yang sudah sarat mengandung mengadu air ketumbannya sudah pecah dan kini dia dalam perjalanan ke hospital. Suhaimi bergegas ke sana.
Sampainya di hospital, Ainul sudahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat. Ainul memarahi Suhaimi kerana terlalu taksub dengan kerjaya sehingga langsung tidak memperdulikan dirinya. Suhaimi yang bengang dengan leteran Ainul terus meninggalkan hospital.
Malam menjelang tiba. Suhaimi singgah ke rumah emaknya Rafidah setelah meninggalkan hospital. Di rumah Rafidah, Suhaimi melihat Rafidah sedang sibuk berurusan dengan seorang peniaga barang kemas. Rafidah meminta Suhaimi membelikan barang kemas yang dia minat. Suhaimi bising kepada Rafidah kerana tamak sedangkan sudah banyak barang kemas yang dia miliki.
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah Rafidah, tiba-tiba Suhaimi telah dilanggar oleh sebuah kereta. Dia jatuh pengsan di atas jalanraya.
Suhaimi membuka matanya sebaik terdengar suara memanggil namanya. Suhaimi terkejut melihat dirinya yang diikat pada sebuah kerusi di dalam sebuah bilik gelap. Suara yang memanggil nama Suhaimi datangnya dari seseorang yang duduk di depannya. Lelaki itu memanggil dirinya Azazel dan menunjukkan sekeping foto anak kecilnya yang diperangkap dalam sebuah kotak besi. Azazel memberitahu Suhaimi untuk melakukan satu ritual “penyucian jiwa” jika mahu anaknya dilepaskan.
Ads
Ritual itu melibatkan 7 orang yang terperangkap di dalam bangunan ini dan mesti dibunuh Suhaimi dalam masa 24 jam. Jika Suhaimi enggan atau gagal dalam masa yang diberikan, anaknya akan mati. Suhaimi cuba memberontak tetapi dipukul oleh Azazel sehingga pengsan.
Keesokan pagi, Suhaimi menyedarkan diri. Tangannya sudah tidak lagi diikat. Di atas meja berdekatan, terdapat sepucuk pistol yang diisi 7 butir peluru, earpiece, foto anak kecilnya di dalam kotak besi dan sekeping nota yang menyuruh Suhaimi memakai earpiece sebagai alat komunikasi. Sebaik dipakai, kedengaran suara Azazel memberi arahan kepada Suhaimi untuk mencari mangsa pertama.
Suhaimi berjalan di sekitar bangunan usang itu sehingga menjumpai sebuah bilik. Di dalam bilik itu kelihatan Joe dalam ketakutan dengan keadaan dirinya yang diikat. Suara Azazel menyuruh Suhaimi membunuh Joe kerana itulah mangsa pertamanya.
Setelah membunuh Joe, Suhaimi berjalan lagi dan bertemu Siva pula di bilik lain. Seperti Joe, Suhaimi terpaksa membunuh Siva. Seterusnya Suhaimi menjumpai Lisa dan membunuhnya juga.
Di bilik yang keempat, Suhaimi bertemu Amar. Biarpun ketiga-tiga mangsa pertama berjaya dibunuh Suhaimi walaupun dalam keadaan terpaksa, kali ini dia keberatan kerana melibatkan ahli keluarga. Suhaimi merayu kepada Azazel untuk melepaskan anak kecilnya. Azazel enggan sebaliknya menceritakan tujuan sebenar ritual “penyucian jiwa” ini. Menurut Azazel, manusia semakin lalai kepada Tuhan kerana sudah sebati dengan 7 sifat keburukan dalam diri mereka. Untuk menyuci jiwa mereka semula, mereka mestilah menghapuskan diri mereka yang membawa sifat ini. Dan ketiga-ketiga mangsa pertama itu melambangkan sifat Gelojoh, Cemburu dan Berahi. Amar pula melambangkan sifat Malas.
Ads
Tiada pilihan lain, Suhaimi membunuh Amar. Jiwa Suhaimi semakin tertekan. Perasaannya semakin bergelodak. Dia sudah kabur diantara nyata dan palsu, kebenaran dan kebatilan.
Suhaimi meneruskan ritual Azazel dan berjumpa pula dengan Lisa, lambang Amarah. Jiwa Suhaimi bertambah resah. Dia enggan membunuh Lisa. Azazel memberi amaran tentang anak kecilnya. Di samping itu, Azazel mengugut Suhaimi tentang 3 mangsa lain yang tetap akan dibunuh Azazel jika dia tidak melakukannya. Tangan Suhaimi bergetar menghalakan pistol ke dahi Lisa. Dia menarik nafas lalu melepaskan tembakan. Kini tinggal lagi 2 mangsa sebelum ritual Azazel berakhir.
Suhaimi berjalan mencari mangsa keenam dan berhenti di sebuah bilik yang berselerakan dengan barang kemas. Rafidah duduk di tengah-tengah bilik dalam keadaan terikat. Rafidah adalah lambang Tamak. Rafidah yang dalam keadaan takut merayu kepada Suhaimi untuk melepaskannya. Suhaimi memekakkan telinganya dan menembak Rafidah. Dia jatuh terduduk dan menangis sekuat hati. Tinggal 1 lagi mangsa sebelum azabnya berakhir.
Suhaimi menguatkan diri dan sambung pencarian mangsa ke 7. Dia berhenti di sebuah pintu bilik yang diconteng angka 7. Suhaimi membuka pintu dan masuk ke dalam sebuah bilik yang dipenuhi cermin. Tidak siapa di dalam bilik itu melainkan dirinya. Rupa-rupanya Suhaimi adalah mangsa ketujuh, lambang kepada sifat Riak.
Melalui earpiece, Azazel memberitahu sifat riak adalah sifat buruk tertinggi berbanding sifat-sifat yang lain. Dengan adanya Riak, akan wujud sifat Gelojoh, Cemburu, Berahi, Malas, Amarah dan Tamak. Dan Suhaimi mestilah membunuh dirinya sendiri bagi melengkapkan ritual “penyucian jiwa”.
Sebelum menunaikan permintaan terakhir Azazel, Suhaimi ingin tahu siapa sebenarnya Azazel. Azazel membongkar rahsia dirinya yang sebenar. Namanya adalah Azlan, anak kepada Mokhtar. Pembunuhan yang dilakukan Mokhtar sebelum ini adalah angkara Azlan dan Mokhtar sepatutnya mati sebagai pelengkap ritualnya. Namun disebabkan Suhaimi berjaya menyelamatkan Mokhtar dari tali gantung, kini dia yang terpaksa mengambil alih tempat Mokhtar bagi menyempurnakan ritual ini. Rupa-rupanya tanpa disedari Suhaimi, Azlan berada di semua tempat di mana Suhaimi telah menjumpai keenam-enam mangsa sebelum ini. Azlan juga mengucapkan tahniah kepada Suhaimi kerana menyertai ritual ini bagi menyelamatkan anak kecilnya yang melambangkan jiwa yang suci. 7 jiwa kotor berjaya dihapuskan demi menyelamatkan 1 jiwa suci.
Suhaimi menutup mata dan menarik nafas. Pistol dihalakan ke dalam mulutnya. Fade to black dan kedengaran satu das tembakan…
Filem yang fokus kepada musuh utama Batman, Joker yang baru keluar dari pawagam ini telah mendapat ulasan yang cemerlang dari pengkritik dan penonton. Ia dikatakan sebuah filem yang menyelami (kemungkinan) asalnya sejarah Joker.
Lakonan Jaoquin Pheonix sangat berkesan sebagai Arthur Fleck. Lakonan dramtiknya dan perubahan fikzikal yang ketara, Jaoquin telah menghidupkan watak itu secara keseluruh dan membuatkan kita simpati dengan Arthur.
Jaoquin bukan orang pertama yang memegang watak Joker. Malah, kalau kita balik ke tahun 1989, Tim Burton Batman, pelakon yang memainkan watak Joker adalah Jack Nicholson. Walaupun ia lebih kartun, Jack membawa watak ikonik ini dengan cara bergerombolnya sendiri. Jack pernah memegang watak psiko dalam filem The Shinning, mungkn di sebab itu, dan zaman itu, dia dapat watak Joker.
Semua penonton mesti ingat lakonan Heath Ledger. Joker dari filem ‘The Dark Knight’ adalah seorang misteri dari asal usulnya. Ada yang kata dia seorang bekas tentera yang balik mengalami masalah mental. Itu hanya teori, tidak pernah nyata dalam filem hanya di beri petunjuk secara tersirat. Walaupun begitu, kehadirannya di dalam adegan membuat kita, penonton sedar dia ini seorang ganas yang tidak siuman. Lakonon Heath, kalau nak bandingkan kesemua lakonan Joker, masih terbaik.
Ketiga-tiga watak ini ikonik dalam genre dan gayanya sendiri tapi ketiga-tiga ini mempunyai satu kesamaan, seorang yang ingin memporak pegandakan sistem yang sedia ada kerana mereka percaya ia sebenarnya rosak. ‘Agent of Choas’. Keganasan yang di sebarkan kerana ideologinya dan motivasi kerana falsafahnya.
Walaupun kontroversi mengelilingi teori-teorinya, Carl Jung adalah ahli psikologi dan psikoterapi abad ke-20 yang sangat dipengaruhi oleh Sigmund Freud. Teorinya tentang ‘We all break bad once in awhile (kita akan lakukan kejahatan sekali-sekala)’, boleh di katakan sebagai benar.
Menurut Jung, seseorang mesti mengiktiraf impuls negatif untuk mengekalkan kesihatan mental. Kita mesti mengakui kegelapan di dalam diri kita tetapi tidak mengenalinya. Apabila anda tidak mengiktiraf kegelapan itu, apabila kita rosak, ia akan mengambil alih dan membuatkan seseorang itu tidak tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Joker adalah bukti di mana seseorang yang telah rosak mengikut teori Carl Jung.
Mari pergi ke tempat yang berbahaya. Mari masuk ke dalam kepala Joker. Kepada Joker yang menunjukkan ideologi hipokrasi melalui manipulasi adalah kekuatannya. Permainan ini tidak berkesudahan dalam pemikirannya. Bagaimana seseorang atau masyarakat peroleh nilai-nilai ini?
Pemikiran atau kebenaran objektif wujud kerana tidak peduli tentang sistem yang sudah sedia ada. 2+2=4. 31 Ogos 1957 tarikh Malaysia merdeka. Ini semua tidak relevan malah ia subjektiv.
Dengan sistem kita memperoleh nilai-nilai. Sekiranya saya memberitahu anda sebagai contoh bahawa ia tidak bermoral mencederakan orang lain dan jika anda mencabar dakwaan itu, akhirnya tiada sebab untuk saya merayu dan membuktikan tuntutan saya. Kerana awak percaya dengan pemikiran awak.
Joker bukan tidak rasional, dia psikotik. Ada perbezaannya. Individu yang telah melihat dengan mendalam pemikiran dunia lelaki. Di dalam sistem itu, pada tahap yang paling dalam, kita sebenarnya bersendirian dalam “pengasingan mutlak”, yang membentuk sejenis kegilaan atau kegilaan ilahi. Untuknya, nilai ‘sosial norma’ adalah satu lawak jenaka. Kita adalah seperti beruk dalam sangkar dan jika beri cukup kekecohan, semua akan musnah.
Batman yang hidup di luar norma sosial tapi masih mengikut undang-undang, malah memperjuangkan. Joker terpesona dengan Batman. Seorang lelaki dewasa yang berpakaian sebagai kelawar adalah tidak norma. Untuk Joker, Batman adalah tetangannya. Yin dan Yan. Negatif dan Positif. Tanpa Batman, tak wujudlah Joker.
Pembunuh bersiri apabila di kaji adalah subjek yang menarik kerana cara mereka berfikir lain dari kita yang normal. Infografik di bawah menunjukkan beberapa pembunuh bersiri terkenal dan kajian yang telah di buat untuk memahami cara mereka berfikir.
10 tahun lepas, Kampung Rusuk Kambing menjadi huru-hara apabila anak dara kampung itu di ganggu Orang Minyak. Ibu bapa yang mempunyai anak dara tidak benarkan anaknya keluar rumah. Orang Kampung membuat operasi mencari orang minyak. Selepas 2 minggu, orang minyak itu hilang begitu sahaja. Tiada siapa tahu mana ia hilang atau siapa orang minyak itu.
10 tahun berlalu. Orang Minyak muncul semula. Beberapa anak dara memberitahu mereka nampak kelibat orang minyak di rumahnya semasa mereka keseorangan. Setakat ni tiada sesiapa yang di sentuh oleh orang minyak, oleh itu Ramli, anak saudara penghulu, memberi pendapat untuk tidak buat apa-apa selagi tidak ada kes yang kukuh. Penghulu kampung setuju.
Sehingga Tuti, anak Pak Ghani menjadi orang pertama di ganggu. Pak Ghani menangis-nangis depan penghulu. Rita, anak penghulu sendang mengintai di tepi jendela. Penghulu berasa salah. Dia janji untuk menangkap orang minyak itu.
Apabila penghulu naik ke rumah, Rita sambut dia, “Betul ke dia dah balik?”
“Nampaknya begitu.” kata penghulu.
Ramli yang juga berada di situ tidak percaya dengan kata-kata Pak Ghani. “Membazir masa je mencari orang minyak tu. 10 tahun lepas berhari-hari kita cari, tapi langsung tak jumpa. Sampaikan kematian ayah saya tak ada orang ambil kisah!”
Semasa ayah Ramli meninggal dunia, kesemua penduduk kampung sedang mencari orang minyak. Sehinggakan majlis tahlil tak dapat nak buat. Ramli berdendam sehingga hari ini.
“Esok saya ke Kuala Lumpur. Rita, Pak long, jaga diri. Lupakan sahaja orang minyak tu. Ia tak wujud.” Ramli beredar dari situ.
Keesokkan malam penghulu mengumpul kesemua penduduk kampung untuk berbincang tentang kemunculan Orang Minyak. Semua setuju untuk mencarinya.
Sementara semua orang sedang berbincang tentang orang minyak, Rita pulang dari kerja. Di rumahnya tiada orang. Ayahnya suruh Rita terus ke dewan tapi Rita malas.
Rita masuk ke dalam bilik air. Dia gosok gigi sambil menyanyi lagu Cindai. Tanpa di sedar, orang minyak sedang memerhatikan dia.
Rita tak tahu dia di perhatikan. Selepas selesai mandi, dia masuk ke dalam biliknya berkemban. Di situ orang minyak sedia untuk menyerang. Rita duduk di depan cermin sambil menyikat rambutnya. Orang minyak mendekatinya. Rita merasakan sesuatu yang tak kena. Dia merasakan sesuatu di atas kepalanya. Dia memandang ke atas dan perasan orang minyak itu. Dia menjerit. Orang minyak menekamnya. Rita tak sempat lari. Orang minyak itu sudah berada di atas badannya. Barang-barang di atas meja cermin berselerak di lantai. Dia cuba menjerit sekali lagi tapi tangannya di tutup oleh orang minyak.
Oleh kerana salah satu tangannya bebas, Rita sempat mencapai gunting dan mencucuk badan orang minyak. Dia sempat menolak orang minyak ke tepi dan berlari keluar rumah.
Orang minyak cuba mengejarnya. Rita berlari dengan kaki ayam dan badan berkemban.
Rita berlari sehingga dia bertemu orang kampung. Dia beritahu apa terjadi kepada ayahnya, orang Kampung di arah untuk mencari orang minyak itu. Rita di bawa pulang rumah bersama penghulu dan beberapa orang lain.
Tak lama kemudian, orang minyak itu berjaya di tangkap. Selepas mengalahkan ilmu orang minyak, ia di dedahkan bahawa Ramli adalah orang minyak. Rita dan penghulu terkejut. Penghulu tanya adalah Ramli orang minyak yang sama.
Ramli mengeling kepala. Dia mendedahkan bahawa ayahnya orang minyak 10 tahun lepas.