Bila baca tajuk di atas, mesti ramai rasa aku ni mengarut. Tapi ia benar-benar berlaku. Ceritanya bermula semasa kami membuat pengambaran di Pagoh. Seperti biasa, nak jimat, saya menawarkan rumah ayah di atas bukit Dusun Indah. Kalau sesiapa dah baca Siri Dusun Indah, mesti dah tahu kawasan ni memang keras. Banyak benda-benda pelik berlaku di situ.

Ceritanya bermula begini. Kami baru habis pengambaran. Kami dalam perjalanan pulang ke Dusun Indah. Dalam van tu ada aku, pengurus produksi, Make up artist dan runner. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam.

IKLAN

Dalam kawasan Dusun Indah, ada satu selokah yang kereta perlu pusing 180 darjah ke rumah ayah. Kami mengambil agak lama juga nak pusing. Jalan sempit, van besar. Tiba-tiba kami semua terbau sesuatu yang busuk. Aku tak mahu tegur. Sebab aku tahu tempat itu memang keras. Kak Gee (make up artist) tegur sambil bermain candy crushnya, “Apa bau busuk ni?” Ketiga-tiga kami senyap. Kak Gee ni walaupun dah tua, tapi masih lawa. Janda, anak satu. Ramai gak suka ganggu dia. Dia habiskan masanya dengan main game Candy Crush. Semakin laju budak runner tu cuba pusing van. Foward. Reverse. Foward. Reverse. Bau tu makin kuat. “Tak boleh laju lagi ke?” tanya penolong pengurus. “Saya tak nampak kat luar tu. Takut terbabas dalam gaung.” jawab runner.

Akhirnya van dapat pusing. Lega rasanya. Sebaik sahaja nak teruskan jalan, kami dengar kereta kami di hentak kuat. “Apa tu?” kata kak Gee, “Tak nak check ke?” Aku perhati je Kak Gee. Dia senang-senang main game, kami bertiga tengah cuak. Budak runner tengok aku dan penolong pengurus, aku buat signal terus gerak. “kita check kat rumah nanti,” kara penolon pengurus.

Sampai tempat tinggal, kami angkat barang-barang. Saya check kereta, alhamdulillah tak ada kesan hentakkan. Team kami yang lain pun sampai tak lama kemudian.

Oleh kerana kami ramai, ada yang kena mandi kat luar rumah. Salah seorangnya aku. Apabila aku keluar, aku perasan penolong produksi sedang berdiri tepi tandas memerhati ke luar rumah. Aku tegur. Dia buat tak dengar. Situasi tu agak pelik, tapi kerana perut tak selesa, aku terus masuk tandas. Dalam tandas, aku nampak bayang-bayang lalu depan aku. Aku tanya, “Siapa tu?” tiada ada orang jawab. Sekali lagi bayang-bayang lalu depan aku. Siapa pulak main-main dengan aku ni. “Siapa tu?” masih tak ada orang jawab.

IKLAN

Tak lama kemudian aku dengar orang berlari di luar tandas. Aku cepatkan mandi aku.

Selepas selesai mandi dan buang air besar, aku keluar dari bilik air. Penolong produksi tu masih di situ. Dia ke main lari-lari tadi. Oleh kerana takut nak tegur, aku terusmasuk ke dalam.

Terkejut aku apabila nampak penolong produksi sedang menonton tv. Seperti aku cakap, tempat ni keras. Jadi malas nak besar-besarkan cerita. Aku salin baju dan buat pengumuman, “Siapa tak mandi lagi, pergi mandi.” Tiba-tiba dengar Kak Gee menjerit.

Kak Gee tercungap-cunggap keluar dari bilik sambil berkemban. “Kenapa kak Gee?” tanya salah seorang krew. Kak Gee tengok semua orang sedang perhatikan dia, dia rasa tak selesa. Kak Gee panggil Amira, penolongnya, teman dia masuk ke dalam bilik. Tak lama kemudian Kak Gee keluar dengan Amira.

Kak Gee cerita ada hantu main game Candy crush dia. Kami semua gelak. Biar betul. Pandai pulak hantu main game.

Kata kak Gee, “Selepas Amira mandi, aku mandi pulak. Lepas aku mandi, aku lepak main game Candy Crush. Semasa main tu rasa badan sejuk mengiggil. Mula-mula aku buat bodoh. Tak lama kemudian aku rasakan ada seseorang sedang berjalan di belakang aku. Bila toleh, tak nampak ada sesiapa. Tak lama kemudian rasa macam ada orang duduk sebelah aku. Tapi memang tak ada orang. Aku berhenti main game. Aku rasa macam ada orang sedang bernafas tepi aku. Aku cuba buat bodoh dan sambung game aku. Sebaik sahaja aku nak main, game log out sendiri. Aku buka balik candy crush dan tiba-tiba je aku cabar benda tu untuk main. Aku tak tahu kenapa. Apa lagi, game candy crush bergerak sendiri. Itu yang aku lari keluar bilik tu”

“Dari tadi Kak Gee tunjuk hebat. Tempat ni keras Kak Gee. Dia tak ganggu kalau kita tak ganggu dia.” aku jawab. Kak Gee senyap je.

“Kak, cuba tengok belakang Mira.” tanya Mira. Apabila tengok, ada bekas cakar kat badan Mira. Bila masa pulak Mira di cakar. “Ni siapa yang cakar ni Mira?” tanya Kak Gee.

Sebelum sempat dia jawab Mira histeria… (bersambung)

 

Seram ke idok?

Seram Meter: 1 / 5. Meremangmers: 1

Tiada lagi Seram Meter

Kalau cerita ni best...

Follow kami di media social!