Setiap malam minggu, Hakim (15 tahun) dan rakannya akan main bola di tapak permainan berdekatan rumah mereka. Ibu Hakim selalu marah dan melarang tapi Hakim buat tak peduli.

Tidak sengaja, kawannya, Epul tertendang kuat dan bola itu masuk ke dalam semak samun sebelah tempat mereka bermain. Kawasan semak samun itu agak gelap. Mereka memaksa Epul untuk mengambil bola. Epul beranikan diri mencari bola.

Selepas beberapa minit mencari, akhirnya Epul jumpa bola tu di tepi pokok pisang. Hakim ambil bola lalu tendang ke arah kawan-kawannya. Mereka sambung bermain.

Game tamat. Jam dah tunjuk pukul 12 malam. Sorang-sorang balik ke rumah. Tinggal Hakim dan Epul. Mereka sambung borak. Tentang sekolah, tentang kerja sekolah, tentang awek kat sekolah bernama Nina.

Tengah rancak cerita tiba-tiba Epul ternampak jongkang jongket bergerak sendiri. Apabila Hakim pandang, jongkang jongket tu berhenti. “Agak-agakla nak takut kan.” kata Hakim.

“Betul. Jongkang jongkek tu bergerak sendiri. Sumpah” jawab Epul. Mereka sambung borak.

Jongkang jongkek itu bergerak sekali lagi. “Tu…Tu… bergerak.” kata Epul.

Hakim pusing, tidak nampak jongkang jongkek tu bergerak. Muka Hakim bengkek.

Tiba-tiba buai pulak bergerak. Kali ini Hakim nampakt. Kedua-dua mereka terkejut.

Ketika memerhatikan buai itu, telinga Hakim di sentuh. Dia melompat. Epul pun melompat sambil menjerit.

“Apahal dengan kau ni Kim?” tanya Epul.

“Aku terasa seperti ada orang sentuh telinga aku.” jawab Hakim.

Dengan suara takut, Epul ajak balik. Hakim setuju.

Baju je nak beredar, Epul rasa panas kat belakang badannya. Hakim cuba siasat. Dia mengangkat baju kawannya. Dia nampak dua garis cakar di badan Epul. Mereka makin takut. Tiba-tiba mereka nampak dua budak kecil sedang bermain di jongkang jongkek.

Apa lagi kedua-dua mereka berlari ke arah rumah mereka.

Sebelum sempat keluar dari taman, dua budak tu memanggil nama Epul. Tiba-tiba Epul rebah. Hakim berhenti lari. Dia cuba nak angkat kawan dia. Epul menolak Hakim lalu terduduk.

Epul bangun membongkok sambil memandang ke arah Hakim. Dia melepaskan bunyi yang seram. Hakim tak tahu nak buat apa. Handphone pun tak bawa. Epul melepaskan bunyi sekali lagi tapi lebih tinggi.

Tak lama kemudian sebuah kereta lalu. Hakim berlari lalu menahan kereta itu. Rupanya Abang Zuhdi baru balik dari kerja. Hakim memberitahu apa terjadi. Mereka bergesa ke Epul. Abang Zuhdee membaca sesuatu, lalu dia menepuk di belakang badan Epul. Dua tiga kali juga Abang Zuhdi menepuk. Akhirnya Epul rebah.

Epul mula sedar.  Badannya masih terkejut. Abang Zuhdi bawa Epul pulang. Abang Zuhdi melarang kami bermain bola malam-malam lagi. Dia dah beritahu management untuk tutup lampu tapak permainan kalau lebih jam 10 malam.

Sejak hari itu, Hakim dan kawannya tak lagi main bola tengah malam.