Jalan Bentong ke Gua Musang menjadi jalan utama orang Kelantan pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa 6-7 jam itu akan berubah kepada 12-13 jam semasa waktu perayaan. Kadang-kala lebih. Ia sudah menjadi tradisi kami.

Perayaan Deepavali hampir tiba. Walaupun itu bukan perayaan majoriti orang Kelantan, sudah tentu ramai akan balik ke kampung halaman tercinta. Aku membuat keputusan untuk balik dua hari awal dan pada waktu malam. Kiraan aku tepat, waktu itu kereta masih dalam minima.

Aku bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 11.30 bersama dengan isteri dan kedua anak aku. Saya memandu kereta Proton Gen 2 dan keadaan waktu sekitar itu masih terang benderang tanpa ada gangguan cuaca baik kabus mahupun hujan. Tak lama kemudian, kedua anak aku mula ngantuk dan terus lelapkan matanya.

Apabila melepasi kawasan Bentong keadaan mula berubah dan menjadi sunyi. Isteri pula mula lelapkan matanya. Semua masuk tidur kecuali aku yang masih bertahan. Kalau aku pun tidur, siapa nak pandu.

IKLAN

Kiraan aku betul. Memang lengang. Tapi terlalu lengang. Tak ada kereta atau motor selama 15 minit. Hanya ada lori-lori yang berhenti di tepi jalan. Namun cuaca masih berada di dalam keadaan baik. Tapi mata mula ngantuk.

Timbul rasa menyesal kerana memilih waktu malam untuk pulang ke Kota Bharu. Macamlah tak boleh sabar untuk menunggu pagi hari untuk bergerak pulang.

IKLAN

Aku mula capai-capai dan pasang cd lagu Indonesia sebagai teman sewaktu memandu kerana tidak mahu mengganggu anak dan isteri apabila mereka nyenyak tidur.

IKLAN

Akhirnya sampai Gua Musang. Aku berhenti di RnR untuk rehatkan badan. Isteri terjaga. Dia beritahu dia nak buang air kecil. Aku terpaksa jaga anak sementara dia ke tandas. Selepas dia pulang barulah aku boleh ke tandas.

Kami teruskan perjalanan kami. Isteri tidur semula. Di Felda Paloh, bulu roma tiba-tiba tegak. Tak tahu kenapa. Keadaan jalannya lurus turun naik bukit. Suasana tiba-tiba berubah. Kabus tebal dan menutup pengihatan aku. Keadaan ini memaksa aku untuk memandu kereta perlahan.

Di satu kawasan naik bukit tu, rasa kereta berat sangat. Aku ternampak apabila menoleh ke cermin pandang belakang, walaupun tak beberapa jelas, ia seperti kaki terjuntai melayang-layang di bonet. Terkejut aku. Badan aku tidak sedap hati.

Aku tak puas hati. Aku menoleh semula. Kali ini aku nampak dengan jelas kaki yang terhoyong hayang itu. Aku mula membuka cd Al-Quran sambil mulut ku terkumat-kamit mengikut ayat-ayat yang sedang di baca.
Tidak mahu kejutkan yang lain, aku membawa kereta berhemat sambil memandang-mandang ke belakang. Dalam hati berdoa agar ia pergi dengan segera.
Tidak lama kemudian, ia hilang buat seketika. Ia muncul semula di sebelah jalanraya. Matanya merah, berkain putih, memandang tajam ke arah ku. Masa tu aku dah takut sangat, aku terus tekan minyak dan pecut laju walaupun dalam kabus. Isteri aku tersedar dan memarahi aku kerana pecut dalam kabus. Kalau lah dia tahu apa terjadi tadi.
Akhirnya aku sampai ke kampung halaman pada jam 6 pagi. Alhamdulillah, tak ada apa-apa berlaku. Tapi itulah kali terakhir aku pandu waktu malam ke Kota Bharu.
Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI