Tuan rumah baru beli rumah ini. Sudah hampir 5 tahun rumah ini tidak ada penghuni. Mungkin sebab harga tu murah, dia beli. Rumah tu memang memerlukan kerja baik pulih yang banyak. Alhamdulillah, rezeki aku, dia pilih syarikat aku untuk projek rumah dia.

Sudah hampir sebulan kami kerja baik pulih rumah itu. Pekerja aku ada lapor rumah tu berhantu.  Mereka kata ada dengar orang sedang main piano, suara budak berlari-lari. Kadang-kadang hantu tu baling barang mereka.

Pada mulanya aku tak percaya sebab aku sendiri tak pernah lalui. Ingat kan alasan mereka nak poteng kerja. Tapi dah dua pekerja aku berhenti, mungkin ada kebenaran dalam kata-kata mereka.

Kami terpaksa bekerja overtime. Kalau tak siap pasang tile malam ni, aku tak dapat siap pada masa yang ditetapkan. Banyak akan tertangguh.

IKLAN

Semasa menyiapkan tiles, salah seorang dari pekerja aku dengar bunyi ketukan. Dia mula panik. Dia merayu untuk kita sambung esok je, tapi aku tak nak. Tiba-tiba kami terdengar bunyi pecah.

Rupanya dua biji tiles aku pecah. “Siapa buat?” tanya aku. Seorang pun tak mengaku. Aku suruh mereka sambung kerja.

Tak lama kemudian aku dengar bunyi piano. Merdu tapi menyeramkan, eh jap…. mana ada piano dalam rumah ini. Aku mula berasa lain macam. Lagu itu makin kuat. Seperti seseorang sedang membawa piano sambil berlari ke arah aku. Tiba-tiba lagu piano itu berhenti. Aku baru nak rasa lega, datang sebuah jeritan mengilai yang kuat.

IKLAN

Semua perkerja aku lari tinggalkan rumah itu. Tinggal aku seorang. Aku tengok tiles yang hampir siap. Nak lari ke nak siapkan tiles.

Lampu pulak tiba-tiba mati. Black out. Aduh. Memang kena balik la. Aku keluarkan handphone aku dan buka lampu suluh dari apps. Aku terus menghala ke pintu masuk.

IKLAN

Sebelum sempat aku nak keluar, aku di halang oleh sebuah lembaga. Apabila aku suluh muka dia, aku nampak lembaga itu rupa seperti aku. Apa lagi, lari lingkang pukang aku ke pintu keluar.

Keesokkan hari ni aku menelefon tuan rumah. Aku beritahu dia aku tak dapat sambung kerja rumah dia. Aku juga beritahu rumah dia berhantu.

 

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI