Roy seorang pemandu lori. Hidupnya banyak di habiskan di jalanraya. Kali ini dia dapat kontrak untuk menghantar beberapa ekor lembu ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Roy bertolak waktu malam. Sudah 3 lebih jam memandu, Roy mula ngantuk. Dia pun singgah di sebuah stesen minyak di Gua Musang dan beli beberapa barang. Lembu di belakang lori dia dah selamat tidur. Oleh kerana penat, Roy pun mengambil keputsan untuk rehatkan matanya sekejap.

Baru nak lelap, ada bunyi hon yang kuat. Ada sebuah kereta yang sedang buat turn, hampir terlanggar sebuah motosikal apabila dia nak masuk ke dalam stesen minyak itu. Ada juga beberapa kenderaan lain yang keluar masuk ke kawasan itu. Roy membuat keputusan untuk teruskan perjalanannya. Semasa dia nak keluar dari stesen minyak, Roy perasan susuk tubuh perempuan berbaju merah di jalan besar. Roy hanya dapat lihat belakangnya kerana dia sedang memerhati ke semak samun bukan ke jalan besar. Roy tak ada lah fikir apa-apa, lalu dia teruskan perjalanannya.

Saya memandu tak laju sangat, mata pula mula ngantuk semula. Roy cuba buat macam-macam untuk hilang ngantuknya. Menyanyi, hisap rokok, minum air tenaga, semua tak berkesan. Dia masih mengantuk. Terkebil-kebil mata.

Tiba-tiba saya terlelep dalam beberapa saat. Lori saya terpesong masuk bahu jalan. Nasib saya terjaga semula. Roy pun tampar muka sendiri. Dalam dirinya dia kena cari tempat untuk tidur, kalau tidak masalah ni.

IKLAN

Satu benda peli yang berlaku, Roy nampak perempuan berbaju merah yang sama di bahu jalan beberapa meter dari lorinya. Apabila dia lalu sebelahnya, perempuan itu telah hilang. Dia tak nak fikir bukan-bukan, dia anggap perempuan yang dia nampak tu imiginasinya kerana terlalu ngantuk.

Roy bakar rokok semula untuk hilangkan ngantuk. Selepas bakar, dia pun buka tingkap. Sedang nikmati rokonya, dia dengar satu bunyi yang kuat datang dari bumbung lorinya. Lembu di belakangnya terus tidak senang tidur.

IKLAN

Roy berhenti di tepi bahu jalan untuk melihat apa yang bunyi kuat itu. Sebaik sahaja dia pusing ke atas bumbung, terkejut dia melihat perempuan berbaju merah yang sama mengikut kami.

IKLAN

Roy terus masuk ke dalam lorinya dan buka surah rugyah. Perempuan itu mengintai melalui tingkap tepi Roy.  Roy hampir terbabas sekali di bahu jalan. Tak lama kemdian, di depannya dia nampak tempat lori berehat. Dia pun segera ke situ. Dia keluar, perempuan itu dah tak ada. Dia masuk semula ke dalam lorinya dan tidur. Dia ngantuk gila.

Apabila dia sedar, dia liha jam menujukkan pukul 4 pagi. Baru dia nak gerak, dia perasan ada sesuatu di sebelah seatnya. Roy pusing dan nampak perempuan yang berbaju merah itu sedang memerhatikannya.

Lima saat lepas tu, dia hilang. Walaupun takut, Roy teruskan perjalanannya.

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI