
Pak Dogol adalah salah satu watak dalam persembahan seni tradisional wayang kulit. Watak manusia biasa, hidup dalam serba sederhana dan menghabiskan usia menghambakan diri sebagai pembantu kepada Raja Seri Rama. Seorang yang digambarkan sebagai berperut buncit dan berkulit hitam dan bercakap dengan bahasa pelatnya. Dia dianggap badut dan seorang pelawak di kerajaan Kuala Dua Derdap Muda. Pak Dogol memang setia dengan Rajanya. Kesetiannya membuta. Itulah kekuatan dan kelemahannya. Kehinaan dan kecantikannya. Warna hitam menandakan dia sentiasa di belakang bayang-bayang raja. Perut buncit melambangkan dia mempunyai kehidupan yang senang.
Tetapi di sebalik watak yang sinikal, Pak Dogol merupakan satu-satunya watak yang dijaga oleh Dalang. Watak Seri Rama sendiri tidak di beri kehormat tertinggi seperti Pak Dogol. Di mana Seri Rama dan lain-lain di ikat di dalam bungkusan biasa, Pak Dogol akan di asingkan dan simpan di atas dinding. Dalang akan berasap batu kemenyan ke arah Pok Dogol sebelum di simpan.
Kenapa Pak Dogol begitu di hormati?
Di katakan Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal, dia merupakan Dewa ditingkat teratas. Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak Dogol. Ada juga menganggap Pok Dogol jelmaan Syaitan. Tugasnya untuk menghasut Raja Seri Rama.
Ada Pak Dogol yang di warisi dari turun-kemurun. Satu kerhormatan menjaganya. Pak Dogol ini perlu di ikut pantang larangnya. Jika tidak, malang akan timpa kepada tuannya.
Kisah Santau Penuh Misteri: Perjalanan Sakit & Sembuhnya Sani

Permulaan Kisah Santau
Segalanya bermula selepas Sani pulang bercuti dari Pulau Tioman bersama rakan-rakannya. Tidak lama kemudian, Sani tiba-tiba gatal seluruh badan. Apabila berpeluh, dia akan mula menggaru hingga kulitnya pedih. Kami segera membawanya berjumpa pakar kulit. Doktor mengatakan kemungkinan besar Sani alahan pasir, lalu memberi ubat sapu alahan, ubat anti-bakteria, dan ubat gatal.
Alhamdulillah, selepas menggunakan ubat itu, kulit Sani mula pulih. Namun, sikapnya mula berubah. Daripada seorang yang periang dan suka mengembara, Sani tiba-tiba lebih suka mengasingkan diri. Dia sering menghabiskan masa dalam bilik, enggan berbual atau bergaul, malah makan pun dibawa ke dalam biliknya.
Perubahan Sikap & Misteri Santau
Hari demi hari, perubahan itu semakin ketara. Sani mudah marah, malah pernah meninggikan suara kepada ibu. Pada waktu petang, dia tidur hingga Maghrib dan jika dikejutkan, amarahnya seperti meletup. Kadang-kala kami terdengar dia bercakap seorang diri, wajahnya seperti zombi yang kosong. Ibu menyangka dia terjebak dengan dadah.
Sakit Fizikal yang Menakutkan
Satu hari, Sani muntah darah dan terus demam panas. Dia dimasukkan ke wad, selera makannya hilang, emosinya kacau, dan batuk berdarah semakin teruk. Doktor mencadangkan ujian mental kerana keadaannya membimbangkan. Ibu menangis kerana bimbang anaknya dianggap gila. Namun, kerana risau pandangan jiran, ibu memutuskan untuk membawa Sani pulang.
Bukti Sani Terkena Santau
Kemudian, Mak Ngah datang melawat. Badan Sani sudah susut 8 kg. Ketika azan Maghrib berkumandang, Sani menjerit, “Diam! Sakit telinga aku!” Saat itu, Mak Ngah yakin Sani terkena kisah santau dan menyuruh kami mencari ustaz.
Malam itu, Ustaz Karim, kenalan ayah, datang. Beliau membaca ayat-ayat tertentu, merenjis air ke wajah Sani, dan memberinya minum. Sani tiba-tiba tersedar, wajahnya kembali segar. Beliau mengajaknya mandi dengan air ruqyah dan minyak attar, sambil kain pelekatnya dibuang sebagai sebahagian rawatan.
Pulih dari Kisah Santau
Setiap titik air mandi dirasai Sani seperti menyegarkan tubuhnya. Setelah selesai, wajahnya kembali ceria, dia meminta makan nasi berlauk ayam kicap kegemarannya. Ibu tersenyum lega, Mak Ngah memeluknya, dan Sani memohon maaf atas segala kelakuannya. Ustaz kemudian bertanya sama ada kami ingin tahu siapa yang menyantau. Namun, Sani memilih untuk tidak tahu, hanya ingin tahu bila ia berlaku. Menurut ustaz, santau itu berlaku ketika Sani bercuti bersama rakan-rakannya.
Pengajaran dari Kisah Santau
Kisah ini menjadi pengajaran besar buat keluarga kami. Walau siapa pun pelakunya, kami memilih untuk redha. Yang penting, Sani kembali pulih, ceria, dan kehidupan kami kembali tenang. Kisah santau ini tetap menjadi memori hitam tetapi juga bukti bahawa doa, ikhtiar, dan rawatan Islam mampu menjadi penawar terbaik.
Saka: Makhluk Halus Peliharaan

Saka merujuk kepada sejenis makhluk halus yang di perlihara bagi tujuan mempertahankan diri, membantu dan memusnahkan musuh. Makhluk halus seperti Hantu Raya, Saka Harimau, Pelesit, Toyol dan macam-macam lagi adalah saka dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tujuan mereka berlainan tapi motif mereka sama, mengikut perintah tuannya.
Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Mereka di jammu acak seperti telur, ayam panggang atau pulut kuning, mengikut perjanjian mereka dengan tuannya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Walaupun saka di gunakan untuk kerja harian seperti bertani dan memburu, tapi ia masih salah di sisi Islam.
“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)
Apabila di kalangan manusia menyeru untuk berdamping dengan makhluk halus, perbuatan itu telah mengembirakan Syaitan, kerana sememangnya mereka sudah sesat dan telah mempersekutukan Allah S.W.T. Ia telah jatuh syirik dan syirik adalah perbuatan yang termasuk di dalam dosa-dosa besar.
Saka bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau paling keji memijak al-Quran.
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)
Saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk di buangnya.
Seperti di sebut di atas, Saka perlu di warisi. Jika tuan mati dan tiada pewaris, Saka boleh mengamuk dan mengacau keluarga dan jiran tertangga.
Ketika hendak mati, tuan saka akan menghadapi seksaan amat perit kerana roh sukar keluar daripada jasad lalu terseksa sehingga akhir nafasnya. Apabila tuannya sudah mati tetapi saka yang dimilikinya tidak mahu meninggalkan tuannya, keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya. Tuan saka itu kelihatan seolah-olah bernyawa dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah mati.
sumber: https://www.soyalemon.org/mistik/baca10-tanda-tanda-orang-membela-hantu/
Hantu Raya: Makhluk Ghaib Yang Terkenal Dengan Nafsunya

Hantu Raya adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara dengan tujuan membantu melakukan kerja-kerja harian dan juga untuk membalas dendam dengan cara memudaratkan pihak musuh. Hantu raya akan melakukan kerja yang berat yang tak terdaya dilakukan oleh manusia. Ia juga boleh merasuk badan musuh.
Hantu Raya tak ada kena mengena dengan Hari Raya, nama Hantu Raya di beri kerana saiznya yang besar seperti penggunaan bahasa Melayu seperti Balairaya, jalanraya, lebuhraya dan sebagainya.
Asal-usul Hantu Raya dipercaya berasal dari orang yang meninggal secara tidak sempurna dan belum sedia menerima kematiannya. Ada jugak menyebut asal usul Hantu Raya terjadi dari lelaki atau perempuan yang tidak dapat menahan nafsu dan mengeluarkan air mani secara sengaja, maka air mani itu yang keluar kerana bercampur nafsu akan hidup dan berkembang menjadi Hantu Raya.
Hantu raya ialah mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain. Ia biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara perlu diberi makan seperti yang telah di janjikan. Selalunya makanan Hantu Raya adalah telur, ayam panggang dan pulut kuning. Sekiranya tidak melanggar perjanjian, Hantu Raya yang kelaparan akan menyerang tuannya sendiri.
Hantu Raya dalam masyarakat Jawa di kenal sebagai ‘Genderuwo’ dan masyarakat Sunda menyebutnya ‘Gandaruwo’.
Mengikut mitos masyarakat Jawa, Hantu Raya suka menggoda isteri-isteri yang kesepian, ditinggal suami atau janda. Dipercaya bahwa benih daripada Hantu Raya dapat menyebabkan seorang wanita menjadi hamil.

Ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mereka yang membela hantu raya mengikut Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Antara tanda-tandanya ialah :
1. Bila bercakap takut bertentang mata
2. Gementar apabila berjumpa orang alim
3. Apabila berada dalam majlis ilmu, hatinya tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupundah berumur tapi masih bertenaga seperti orang muda
6. Keluar rumah senyap-senyap tanpa beritahu keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Semua orang akan ikut cakapnya bila bermesyuarat
9. Mempunyai tenaga yang luar biasa apabila main
10. Gila seks
Cara melemahkan atau mencederakan Hantu Raya ialah dengan mengunakan lada kering, garam dan arang. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.
Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.
sumber: http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2015/12/gangguan-genderuwa-atau-hantu-raya.html
sumber: https://www.kisahseram.com/fakta-tentang-hantu-raya.html
sumber: https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/15/hantu-raya/
sumber: https://www.soyalemon.org/mistik/baca10-tanda-tanda-orang-membela-hantu/