Semenjak balik dari mengerjakan ibadah haji, Pak Malik menghabiskan sisa hidupnya dengan beribadah kepada Allah. Suatu ketika dulu, Pak Malik terkenal dengan ilmu bomohnya.

Walaupun begitu masih ada lagi yang mencari dia untuk berubat. Pak Malik reject semua yang datang untuk meminta pertolongannya. Bukan kerana dia tidak berhati perut tetapi semasa di Mekah, dia sudah nekad untuk berhenti sebagai seorang bomoh.

IKLAN

Satu hari kawan baiknya, Abu meminta bantuannya. Pak Malik tidak dapat menolak permintaan teman lamanya kerana pernah terhutang budi dengan Abu. Dia yang bantu Pak Malik ke Mekah dan rasa berbelah bahagi dengan janjinya atau perlu menolong seorang kawan.

Jalil anak kedua Abu sedang memancing bersama kawannya. Menurut kawannya, Jalil seperti di tarik dalam sungai. Habis satu sungai telah diselami tapi kelibat Jalil tidak ditemui.

Pak Malik sedar, sungai di kampung mereka itu telah meragut ramai nyawa yang tidak berdosa. Sungai itu banyak buaya dan ruang tersembunyi di dasarnya.

Memang benar apa orang kampung katakan tentang sungai itu. Ia ada penunggu dan penunggu ini tidak suka di ganggu. Biasalah, budak muda. Mana nak percaya dengan benda karut seperti itu.

IKLAN

Pernah Pak Malik beberapa kali terlibat dalam usaha mencari mayat mangsa lemas. Itu sebelum dia ‘bersara’. Namun, demi sahabat karibnya itu, Pak Malik terpaksa turun padang.

Solat Hajat

Seperti biasa, sebelum melakukan proses mencari, Pak Malik akan melihat di mana lokasi yang telah dicari oleh pasukan penyelamat. Selepas itu Pak Malik akan mengelilingi sungai mencari kawasan yang sesuai untuk dia melakukan proses mencari.

Selepas selesai setiap proses tersebut, Pak Malik menyuruh Abu berdoa dan bersolat hajat pada Allah agar anaknya dijumpai. Tiada apa pun yang mustahil dengan izin-Nya. Itu pesan Pak Malik.

IKLAN

Sebaik Abu dan Pak Malik menunaikan solat hajat, mereka berdoa agar usaha mencari itu berjaya. Terus Pak Malik menukar pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika menyelam.

Pak Malik melaungkan azan dan mulutnya tidak berhenti membaca ayat suci Al-Quran. Beberapa minit kemudian Pak Malik pun terus terjun ke dalam sungai.

Lama juga Pak Malik menyelam. Mereka menunggu kemunculan Pak Malik. Selepas beberapa minit, Pak Malik muncul. Dia memberitahu bahawa anak Abu telah mengambil sesuatu yang bukan kepunyaan dia beberapa hari sebelum kejadian itu. Penunggu itu ingin benda itu kembali.

Abu bergegas ke rumahnya dan mencari objek yang di katakan. Selepas beberapa minit mencari,  Abu jumpa benda itu. Ia adalah sebuah keris kecil. Abu dengan cepatnya kembali ke sungai dan Pak Malik membawa keris itu lalu terjun semula ke dalam air.

IKLAN

Tidak beberapa lama kemudian, Pak Malik timbul sambil menarik sesuatu. Salah seorang budak kampung yang ada di situ terus membantu Pak Malik.

Reda

Alhamdulillah mayat anak Abu telah ditemui. Tidak ada kata yang dapat mengungkapkan perasaan syukur dalam hati Abu. Sudah puas Abu menangis. Dia reda dengan takdir Allah. Tidak lagi dia tertanya-tanya.

Salah seorang budak kampung tanya apa ilmu yang Pak Malik guna. Pak Malik menceritakan ilmu mencari orang lemas itu diperoleh secara tidak sengaja. Dia pernah bermimpi dan dalam mimpi itu ada orang alim telah mengajarnya cara-cara mencari orang yang hilang tidak kiralah di darat, air mahu pun alam lain.

Selama tiga hari berturut-turut Pak Malik bermimpi perkara yang sama. Selama itu juga ilmu itu telah dipelajarinya. Cuma pesan orang alim itu dia hanya pilih Pak Malik untuk menerimanya. Ilmu itu tidak boleh diajar dengan sewenang-wenangnya. Sebab itu Pak Malik tidak boleh bercerita lebih lanjut.

Seram ke idok?

Seram Meter: 0 / 5. Meremangmers: 0

Tiada lagi Seram Meter

Kalau cerita ni best...

Follow kami di media social!