
Pak Dogol adalah salah satu watak dalam persembahan seni tradisional wayang kulit. Watak manusia biasa, hidup dalam serba sederhana dan menghabiskan usia menghambakan diri sebagai pembantu kepada Raja Seri Rama. Seorang yang digambarkan sebagai berperut buncit dan berkulit hitam dan bercakap dengan bahasa pelatnya. Dia dianggap badut dan seorang pelawak di kerajaan Kuala Dua Derdap Muda. Pak Dogol memang setia dengan Rajanya. Kesetiannya membuta. Itulah kekuatan dan kelemahannya. Kehinaan dan kecantikannya. Warna hitam menandakan dia sentiasa di belakang bayang-bayang raja. Perut buncit melambangkan dia mempunyai kehidupan yang senang.
Tetapi di sebalik watak yang sinikal, Pak Dogol merupakan satu-satunya watak yang dijaga oleh Dalang. Watak Seri Rama sendiri tidak di beri kehormat tertinggi seperti Pak Dogol. Di mana Seri Rama dan lain-lain di ikat di dalam bungkusan biasa, Pak Dogol akan di asingkan dan simpan di atas dinding. Dalang akan berasap batu kemenyan ke arah Pok Dogol sebelum di simpan.
Kenapa Pak Dogol begitu di hormati?
Di katakan Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal, dia merupakan Dewa ditingkat teratas. Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak Dogol. Ada juga menganggap Pok Dogol jelmaan Syaitan. Tugasnya untuk menghasut Raja Seri Rama.
Ada Pak Dogol yang di warisi dari turun-kemurun. Satu kerhormatan menjaganya. Pak Dogol ini perlu di ikut pantang larangnya. Jika tidak, malang akan timpa kepada tuannya.
Ustaz berdialog dengan jin

Aku masuk lambat ke dalam bilik. Ustaz Shahrul telah mula baca ayat-ayat ruqyah. Fuad seperti tak tenteram. Gelisah. Ke kiri. Ke kanan. Mata nya memandang tak tahu ke mana. Tiba-tiba dia jerit…
Jin: KAU TIDAK HIDUP BERTAHUN-TAHUN! KAMI HIDUP LAMA!
Fuad kononnya ingin menuntut ilmu. Mencari pelindung katanya. Tapi tak tahu apa terjadi. Jin dah rasuk dia. Aku bawa dia jumpa Ustaz Shahrul untuk berubat.
Aku ni bukan tahu sangat tentang dunia ghaib. Jadi kalau ada tersilap jangan marah. Aku tulis apa aku perhatikan.
Ustaz Shahrul terus baca ayat-ayat ruqyah sehingga habis.
Jin: IBLIS! IBLIS!
Ustaz: Siapa kau? Mengapa kau dalam badan dia?
Jin itu senyap.
Ustaz: Siapa kau? Mengapa kau dalam badan dia?
Jin: AKU SAKSI KEPADA KEBINASAAN KAUM KAU!
Ustaz: Siapa kau?
Jin: AKU HIDUP DARI ZAMAN SULAIMAN!
Ustaz: Mengapa kau dalam badan dia?
Jin: SIAPA KAU ANAK? APA KAU MAHU DARI AKU?
(rasanya dia cakap begitu. Aku tidak beberapa pasti)
Ustaz: Saya mahu kau keluar dari tubuh ini kerana dia saudara kami sesama muslim. Sesama muslim bersaudara. Kalau kau sakiti dia bermakna kau sakiti aku.
Jin: DIA YANG PANGGIL AKU! KAU SIAPA?
Ustaz: Kau itu siapa? Aku ini hamba Allah. Pengikut Nabi Muhammad.
Jin: AKU TAHU SULAIMAN! BUKAN SELEPASNYA!
Ustaz: Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah. Bertaubatlah.
JIN: SIAPA DIA? SIAPA MUHAMMAD? BUKTIKAN!!
Ustaz: Muhammad adalah utusan Allah.
JIN: MANA DIA? MANA? AKU KENAL SULAIMAN SAJA!
Ustaz Shahrul pegang badan Fuad. Dia seperti tak selesa.
Jin: AKAN AKU PATAH LELAKI INI!
(selagi lagi aku tak berapa pasti apa dia kata)
Ustaz: Ilmu kau ilmu syaitan, tiada kekuatannya dengan Al-Quran
Jin: KAU NAK APA DARI AKU?
Ustaz: Bertaubat
Jin: AKU TAK TAHU NABI MU! NABI SULAIMAN AKU TAHU!
Ustaz: Bertaubatlah. Beriman kepada Allah. Pencipta aku. Pencipta kau. Bersujud kepadanya.
Ustaz itu pegang kepala Fuad. Dia memandang tajam ke arah aku. Lalu dia bersujud.
JIN: AKU TAHU CAHAYA! AKU NAK TAHU SIAPA MUHAMMAD!
Ustaz: Muhammad persuruh Allah. Muhammad nabi terakhir. Ikut aku. Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
JIN: Ash-hadu alla ilaha illallah… SIAPA MUHAMMAD? SULAIMAN AKU TAHU! CAHAYA AKU TAHU! SIAPA MUHAMMAD?
Ustaz: Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
Muka Fuad masih ragu-ragu. Dia memandang kiri dan kanan.
Jin: Ash-hadu alla ilaha illallah…
Ustaz: wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
Jin: wa ash-hadu anna…
Ustaz: ..Muhammadar-Rasulullah.
Jin: Muhammadar-Rasulullah.
Ustaz: Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
Jin: Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar-Rasulullah.
Ustaz: Syukur. Sekarang kau sudah memeluk Islam. Siapa nama kau?
Jin: Idris.
Ustaz: Saudara Idris. Kau dan aku saudara sama Islam, maka itu kau tidak boleh menyakiti saudara Islam mu. Termasuk dia. Boleh?
Jin itu angguk.
Ustaz: Kau berjanji?
Jin: Ya.
Ustaz berbisik sesuatu kepada Fuad, aku tak beberapa dengar. Fuad cuba muntah sesuatu keluar dari mulutnya. Ustaz itu menepuk belakang Fuad. Tak lama kemudian Jin itu keluar dari badan Fuad. Dia nampak lemah. Aku bersyukur member aku dah balik pulih. Ustaz pesan kepada Fuad, jangan main-main dengan ilmu ni jika tak kuat ilmu di dada.
Adik Aku Di Santau

Pada tahun 2010, adik aku, Sani, di santau. Sampai sekarang kami tak tahu dan tak mahu tahu. Biarkan sahaja tapi kami sekeluarga amat terkesan dengan peristiwa itu. Ini kisahnya.
Ia bermula selepas Sani pulang bersama kawan-kawannya dari Pulau Tioman. Sani tiba-tiba gatal satu badan. Apabila berpeluh Sani akan mula garu. Kadang-kala dia beritahu badannya pedih dan sakit. Kami bawa dia jumpa pakar kulit. Mereka kata mungkin Sani alahan dengan pasir. Doktor ber ubat sapu alahan dan anti bakteria. Doktor juga beri ubat gatal kalau rasa gatal.
Selepas mengunakan ubat itu, alhamdulillah, kulit sani mula pulih. Sani pun jarang garu. Tapi perangainya mula ubah. Seorang yang kaki lepak, suka mengembara, tiba-tiba suka berdiam seorang diri dalam bilik. Dia tak mahu berborak atau bersosial dengan sesiapa. Aku hanya nampak dia keluar bilik apabila dia nak makan. Itu pun dia makan dalam bilik. Kata Sani dia banyak tugasan.
Makin hari makin berubah. Sani mula marah-marah. Kadang-kala Sani meninggikan suara kepada ibu. Rasanya benda tu dah mula rasuk dalam badan Sani.
Pada waktu petang, Sani akan tidur sehingga magrib. Apabila ibu cuba kejutkan dia, Sani mengamuk. Memang kejutkan dia boleh berlaku perang dunia ketiga.
Sani juga boleh di dengar seperti bercakap seorang diri. Kadang-kala dia seperti zombi, bila tegur tak jawab. Ibu sangkakan dia ambil dadah.
Satu hari, Sani muntah darah lalu jatuh demam. Dia di bawa masuk ke dalam wad. Di hospital, seleranya mula hilang. Emosinya mengacau. Sentiasa batuk-batuk sehingga berdarah. Deman panas Sani makin teruk. Sani di berikan satu bilik kerana takut dia mengacau yang lain.
Doktor memberitahu dia nak buat beberapa ujian untuk menentukan Sani waras ke tidak. Ibu aku menangis apa dia terbayangkan anak dia gila. Kerana takut keputusan jiran, ibu memutuskan untuk bawa balik Sani.
Satu hari, Mak Ngah datang melawat kami sekeluarga di Kuala Lumpur. Badan Sani semasa tu dah turun sebanyak 8 kg. Pada satu hari, apabila azan magrib boleh di dengar, Sani tiba-tiba menjerit, “Diam! Sakit telinga aku!” Mak Ngah percaya Sani kena santau. Dia suruh kami cari ustaz.
Dalam pukul 9 lebih, Ustaz Karim tiba. Kawan kepada ayah. Ustaz tu baca sesuatu. Selepas itu dia renjis sikit kat muka Sani dan bagi dia minum. Sani seperti terjaga. Dia melihat kelilingnya seperti terkejut. Dia ajak Sani mandi. Bersihkan apa yang kotor. Sani pun ikut.
Dia baca sesuatu sekali lagi dan tuang minyak attar. Selepas itu dia suruh Sani mandi. Sani mandi dengan kain pelekat je. Ustaz beritahu yang dia akan buang sekali kain pelekat itu.
Kata Sani setiap titik air jatuh dekat badannya, dia rasa segar. Seperti mandi air terjun.
Ustaz tidak benarkan Sani pegang kain pelakat itu. Dia membungkusnya dalam plastik beg hitam.
Sani dah mula ceria. Wajahnya seperti Sani yang kami kenali. Tiba-tiba dia kata dia lapar. Ibu ambilkan dia nasi berlauk ayam kicap. Makanan kegemaran Sani. Muka ibu gembira. Mak Ngah memeluknya. Sani meminta maaf atas apa yang dia telah buat. Ibu maafkan.
Ustaz tanya jika kami ingin tahu siapa yang santau kan Sani. Selepas berfikir Sani kata dia tidak mahu tahu, tapi dia nak tahu bila dia santau. Kata Ustaz, semasa Sani pergi bercuti dengan kawan-kawannya.
Hantu Raya: Makhluk Ghaib Yang Terkenal Dengan Nafsunya

Hantu Raya adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara dengan tujuan membantu melakukan kerja-kerja harian dan juga untuk membalas dendam dengan cara memudaratkan pihak musuh. Hantu raya akan melakukan kerja yang berat yang tak terdaya dilakukan oleh manusia. Ia juga boleh merasuk badan musuh.
Hantu Raya tak ada kena mengena dengan Hari Raya, nama Hantu Raya di beri kerana saiznya yang besar seperti penggunaan bahasa Melayu seperti Balairaya, jalanraya, lebuhraya dan sebagainya.
Asal-usul Hantu Raya dipercaya berasal dari orang yang meninggal secara tidak sempurna dan belum sedia menerima kematiannya. Ada jugak menyebut asal usul Hantu Raya terjadi dari lelaki atau perempuan yang tidak dapat menahan nafsu dan mengeluarkan air mani secara sengaja, maka air mani itu yang keluar kerana bercampur nafsu akan hidup dan berkembang menjadi Hantu Raya.
Hantu raya ialah mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain. Ia biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara perlu diberi makan seperti yang telah di janjikan. Selalunya makanan Hantu Raya adalah telur, ayam panggang dan pulut kuning. Sekiranya tidak melanggar perjanjian, Hantu Raya yang kelaparan akan menyerang tuannya sendiri.
Hantu Raya dalam masyarakat Jawa di kenal sebagai ‘Genderuwo’ dan masyarakat Sunda menyebutnya ‘Gandaruwo’.
Mengikut mitos masyarakat Jawa, Hantu Raya suka menggoda isteri-isteri yang kesepian, ditinggal suami atau janda. Dipercaya bahwa benih daripada Hantu Raya dapat menyebabkan seorang wanita menjadi hamil.

Ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mereka yang membela hantu raya mengikut Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Antara tanda-tandanya ialah :
1. Bila bercakap takut bertentang mata
2. Gementar apabila berjumpa orang alim
3. Apabila berada dalam majlis ilmu, hatinya tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupundah berumur tapi masih bertenaga seperti orang muda
6. Keluar rumah senyap-senyap tanpa beritahu keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Semua orang akan ikut cakapnya bila bermesyuarat
9. Mempunyai tenaga yang luar biasa apabila main
10. Gila seks
Cara melemahkan atau mencederakan Hantu Raya ialah dengan mengunakan lada kering, garam dan arang. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.
Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.
sumber: http://syahadahspritualandhealingcenter.blogspot.com/2015/12/gangguan-genderuwa-atau-hantu-raya.html
sumber: https://www.kisahseram.com/fakta-tentang-hantu-raya.html
sumber: https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/15/hantu-raya/
sumber: https://www.soyalemon.org/mistik/baca10-tanda-tanda-orang-membela-hantu/